style="text-align: center"

Selasa, 19 Jun 2012

MANGO SAGO

Salam bahagia buat semua...

MANGO SAGO
Sumber:Aku.Zack.blogspot
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga besar
  • 1/4 cawan sagu kecil
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu segar
  • gula-jika perlu
  • sedikit ais kiub
Cara membuatnya
  • Rendam sagu biji ,basuh dan tapiskan airnya untuk buang lebihan kanji.Ketepikan.
  • Didihkan  air dan masukkan sagu biji tadi dan rebus hingga masak.Tapis dan lalukan di bawah air untuk elak sagu dari melekat.
  • Buangkan kulit mangga dan potong dadu.Ketepikan sedikit untuk hiasan.
  • Kisar baki mangga,susu pekat manis,susu segar,gula dan  ais kiub hingga hancur.Boleh di tambahkan susu segar lagi jika inginkan adunan yang lebih cair.
  • Tuangkan kedalam bekas pilihan dan masukkan sagu yang telah masak tadi.Kacau rata.
  • Simpan di dalam peti sejuk sebentar.Sedap di makan sejuk.
  • Hiaskan di atasnya dengan mangga yang di potong dadu.

1 ulasan:

  1. Terliurnya tgk..kena plk tgk mangga kuning2 cmtu..manis2 mangga lagi...adehhhh..

    BalasPadam