Isnin, 18 Jun 2012

SOTONG GORENG LIMAU PURUT


Salam bahagia buat semua....

Saya masak sotong lagi untuk makan tengahari hari ini(selalu saja 'terjumpa' sotong dalam peti sejuk!),kebetulan saya masuk kerja pada sebelah petang jadi saya dapat memasak.Resipi ini tidak di rujuk kat mana-mana,saya yang main campak sahaja bahan-bahannya.

SOTONG GORENG LIMAU PURUT
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 8 ekor sotong -saiz sederhana
  • 5 helai daun limau purut-hiris halus
  • 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji cili padi-potong kecil
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • sedikit air perahan limau nipis
  • sedikit minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya
  • Bersihkan sotong dan potong kecil memanjang.Perapkan dengan semua bahan selama lebih kurang 15 min.
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng  sotong yang telah di perap tadi dengan api yang sederhana sehingga agak kering sedikit.
  • Bila hampir masak,sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Sedap di makan bersama nasi putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan