Ahad, 17 Jun 2012

CHOCOLATE OREO BROWNIES



Salam bahagia buat semua pengunjung setia...

Anak-anak saya cukup suka makan brownies.
cepat saja di habiskan kalau buat brownies bercoklat seperti ini.Nak buat cuci mata pun tak sempat!(saya suka bila saja buka peti ais nampak kek atau apa-apa makanan yang dah siap untuk di makan).Brownies ini sedap kerana begitu terasa coklatnya.Lupa pula nak catit ,ambil resipinya kat blog siapa.Terimakasih di ucapkan kerana sudi berkongsi resipi ini.



CHOCOLATE OREO BROWNIES
Sumber:Majalah Sedap Volume 4, 2011

Bahan-bahan
  • 75 marjerin/mentega
  • 200gm.coklat masakan-dipotong-potong
  • 1 paket biskut oreo-di kisar
  • 2 biji telur
  • 100 gm.gula pasir
  • 50 gm.tepung gandum
  • 20 gm.serbuk koko
  • 1/4 sudu teh serbuk penaik
  • 50 gm.kacang gajus cincang
  • 75 gm.cip coklat
  • 15 gm hirisan badam-untuk hiasan(saya letak almond nibs)
Cara membuatnya
  • Panaskan marjerin/mentega hingga cair dan matikan api.Masukkan potongan coklat masakan.Kacau hingga semuanya larut.
  • Masukkan oreo kisar,kacau rata dan ketepikan.
  • Pukul telur sebentar dan campurkan dengan gula,campuran coklat,tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik yang telah di ayak bersama.
  • Masukkan kacang gajus dan coklat cip.Kacau sebati.
  • Tuang ke dalam loyang 30x10x4 cm. yang telah di sapu marjerin dan di alas dengan baking sheet.
  • Taburkan hirisan badam.
  • Bakar selama 40 min.bergantung pada oven masing-masing dengan suhu 180' C sehingga masak.Sejukkan dan bolehlah di potong.
**Resipi sebenar brownies ini menggunakan 100 gm.pisang yang di lecek yang di gantikan dengan biskut oreo .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan