Isnin, 6 Ogos 2012

CORNFLAKES MADU

Salam bahagia buat semua...
Biskut raya kedua  yang saya buat selepas Tart nenas.Saya hanya buat biskut yang anak-anak makan sahaja dalam jumlah yang banyak.Biskut yang saya ingin makan,di beli sahaja.Saya hanya membeli satu bekas bagi setiap jenis biskut yang berlainan.Hajat di hati memang nak buat sendiri tapi apakan dayaku,asyik letih memanjang sahaja!

CORNFLAKES MADU
Sumber:My Resepi

Bahan A
  • 125 gm .mentega
  • 1/2 cawa gula perang
  • 1 cawan madu
Bahan B
  • 1 kotak cornflakes Nestle(375gm.)
  • 1 cawan kismis
  • 1 cawan badam/gajus cincang-panggang
Hiasan
  • kiub kecil hirisan ceri merah dan hijau
  • cawan kertas kecil secukupnya
Cara membuatnya
  • Panaskan bahan A sehingga mentega cair.Setelah cair,masukkan bahan B dan gaul rata.
  • Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
  • Hiaskan hirisan ceri merah dan hijau(saya guna coklat urai warna -warni)
  • Bakar di dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 170'C selama 8- 10 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan