Isnin, 6 Ogos 2012

PUDING LAPIS JELLY

Salam bahagia buat semua...
Resepi puding yang sangat mudah ini membuat hati saya tertarik untuk membuatnya untuk di makan semasa berbuka nanti.Dalam resepi sebenarnya, puding ini hanya di makan dengan buah koktel tetapi macam biasa,saya yang suka menokok tambah  telah menambahkan kuah untuk puding ini.Sedap juga!

PUDING LAPIS JELLY
By:Chef Hanieliza
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan jagung krim
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan air
  • 1 kotak instant jelly perisa raspberry/strawberry
  • buah koktel secukupnya
Cara membuatnya
  • Masak 6 bahan pertama sehingga mendidih dan pekat.
  • Masukan ke dalam bekas yang sesuai.
  • Masak instant jelly mengikut arahan pada kotaknya.
  • Curahkan ke atas lapisan puding.
  • Hias dengan buah koktel.Sejukkan.
*Kuah puding yang saya buat:Masak 1/2 cawan susu cair bersama dengan 2 sudu besar susu pekat manis.
Curah ke atas puding dengan taburan buah koktel di atasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan