style="text-align: center"

Ahad, 14 Oktober 2012

KEK OREN SUNQUICK

Salam bahagia buat semua...
Kek Oren Sunquick yang penuh dengan rasa orennya.Kali pertama membuatnya saya tidak meletakkan sebarang topping di atasnya.Sedap juga di makan tanpa di letak topping.
Pada kali kedua membuatnya saya meletakkan topping seperti di dalam resepinya.Kek ini adalah kek mentega yang mempunyai rasa jus pekat oren sunquick...dalam hati ada taman,jadi hiasannya berbunga-bunga!.Sukatan gula dikurangkan dalam adunannya kerana topping kek ini sudah manis.Saya membuatnya sempena hari lahir my bodyguard pada 7 Oktober yang lepas.Mr Azim yang minta saya tuliskan seperti itu,konon-kononnya kek tu dia yang hadiahkan.Waa..my bodyguard sudah masuk era 40-an macam saya!.Dia seperti saya juga,masih perasan muda.Sulah hampir tue..hee..hee..

KEK OREN SUNQUICK
Sumber : Happy Cooking Time

Bahan-bahan kek
  • 250 gm mentega-biarkan lembut pada suhu bilik
  • 4 biji telur saiz L
  • 210 gm gula      saya letak 150 gm.
  • 200 gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 60 mls jus pekat oren sunquick
  • 20 mls air panas-bancuh bersama jus oren
  • Sedikit esen vanilla
  • 1/2 sd teh garam halus*
  • 1 sd teh baking powder*
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat*
Cara membuatnya
  • Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180' C
  • Pukul mentega bersama gula hingga gebu.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang,lebih kurang selama 1 1/2 minit
  • Ayakkan semua bahan yang bertanda * ke dalamnya dan masukkan juga jus oren.Pukul perlahan sehingga sebati sahaja.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang dialas dengan cooking sheet/digris dengan mentega.
  • Bakar pada suhu 170 C lebih kurang 45-55 minit atau sehingga masak,bergantung pada jenis oven.
  • Untuk test kek sudah masak atau belum,cucuk ditengah-tengah kek dengan lidi sate, jika lidi bersih maknanya kek dah masak.Jika belum, tutup atas kek dengan aluminium foil (tujuannya untuk mengelakkan bahagian atas kek hangus ) dan teruskan membakar lagi .
Bahan-bahan krim
  • 600 mls whipping  krim
  • 7 sd besar gula.....boleh dilebihkan/dikurangkan
  • 1/2 sd teh garam
  • 2 sd besar jus pekat oren sunquick 
*saya tidak meletakkan gula dan garam di dalam bahan krim .
Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan di dalam satu bekas.
  • Putar sehingga kembang dan pekat
Bahan-bahan jeli oren
  • 100 mls air panas
  • 1 sd besar gelatin
  • 2 sd besar jus pekat oren sunquick
  • 2 sd besar jem oren...optional
  • 1 sd besar gula halus....boleh ditambah/dikurangkan
  • 30 mls air panas.. untuk bancuh dengan jus oren dan jem oren
Cara membuatnya
  • Masukkan gelatin ke dalam 100 mls air panas,kacau dan biarkan beberapa minit supaya ia larut.
  • Campurkan jus oren, jem oren, gula bersama lebih kurang 30 mls air panas dan kacau.
  • Masukkan campuran jus oren tadi ke dalam campuran gelatin dankacau sebati.
  • Biarkan ia menjadi sedikit pekat sebelum dicurahkan ke atas kek.
Bahan hiasan : Buah limau mandarin dalam tin   saya guna bunga hiasan ready made.


2 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terimakasih,kalau jadi jiran saya tentu dapat sepotong!hee...he

      Padam