style="text-align: center"

Isnin, 15 Oktober 2012

ROTI PITA INTI DAGING


Salam bahagia buat semua,...
Hai semua...hari ini saya buat Roti pita berintikan daging cincang.Sepanjang minggu ini saya makan roti untuk menggantikan nasi.Naik penimbang tak turun-turun kilogramnya.Berat badan statik kat situ juga!.Roti pita yang saya gunakan adalah Roti pita keju yang ready made di beli kat pasaraya TESCO.Dalam satu pek ada 5 keping.Roti pita ini boleh di letakkan berbagai inti di dalamnya.Antaranya ialah inti tuna,daging/ayam burger,kepingan dada ayam yang disalut tepung dan kemudiannya di goreng rangup.Pilihan saya adalah daging cincang yang di masak sendiri.

ROTI PITA INTI DAGING
Sumber:daridapurSuzana 

Bahan Roti Pita
  • 5 keping roti Pita-potong dua
  • Marjerin-disapu pada luar roti

Bahan Inti:
  • 250 gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji tomato -dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih- dicincang halus
  • 1/2 batang lobak merah -dipotong dadu
  • 1 biji kentang-potong dadu
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos cili thai 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit sos ikan
  • sedikit kicap saus manis Heinz
  • daun salad secukupnya
  • mayonis dan sos cili secukupnya
Cara membuatnya
  • Sapu marjerin pada roti pita dan bakar sekejap atas kuali non-stick.Kemudian belah dua roti pita.Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak/marjerin, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng hingga cili masak.Tambahkan sos cili thai dan sos tiram.
  • Masukkan daging cincang ,kentang dan lobak merah. Kacau hingga daging masak.Tambah sedikit air.
  • Gaul rata dengan api sederhana hingga masak.Tambahkan pula serbuk lada hitam dan kicap saus manis secukup rasa.
  • Masukkan tomato yang dipotong dadu tadi.Akhir sekali tambahkan sos ikan secukup rasa.
  • Gaul rata hingga masak. Siap untuk dihidangkan bersama roti pita.
Cara menghidang
  • Ambil roti pita bakar yang di belah dua  tadi,kemudian alaskan dengan daun salad.
  • Masukkan inti daging dan paipkan mayonis dan sos cili keatasnya.Siap untuk di makan.

2 ulasan:

  1. sungguh menyelerakan..:)

    BalasPadam
  2. dah buat,sedap,tq. Saya share.

    BalasPadam