style="text-align: center"

Ahad, 24 Februari 2013

KAKI AYAM MASAK TAUCU


Salam bahagia buat semua...

Saya masak taucu lagi tapi kali ini menggunakan kaki ayam pula.Tak payah le nak beli kolagen yang mahal-mahal tu,makan kolagen asli dari kaki ayam ni pun boleh juga kan!.Tapi di khaskan untuk orang yang suka makan kaki ayam sahaja.Yang tak boleh tengok dan tak biasa makan baik lupakan sahaja,beli saja kolagen kat kedai..habis cerita.
Kembali kepada cerita resepi Kaki ayam masak taucu....

KAKI AYAM MASAK TAUCU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1/2 kg kaki ayam-potong dua dan rebus empuk
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 batang serai-di ketuk
  • 3 sudu besar taucu 
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 cawan air rebusan kaki ayam
  • 4 tangkai cili padi - ketuk
  • 1 labu bawang besar -belah dua dan potong nipis
  • gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara membuatnya
  • Bawang merah,bawang putih dan halia di tumbuk bersama.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan kacau lagi .Biar cili masak.masukkan taucu.
  • Masukkan kaki ayam tadi beserta  bawang besar,serai dan cili padi serta kicap manis.Boleh tambah sedikit air lagi dari sukatan di atas, jika ingin kuah yg banyak.
  • Masukkan gula dan seimbangkan rasa, jika tak cukup masin boleh tambah sedikit garam.
  • Reneh sebentar hingga kaki ayam lembut dalam kuah. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih. 

 

5 ulasan:

  1. Saya pun biasa dengar tentang khasiat kaki ayam ni Suzana, memang bagus untuk kesihatan!
    Sedap ni kalau kulitnya lembut, hisap2 je masa makan tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye la mulanya segan juga nak post resepi kaki ayam takut ada yang rasa geli.tapi dek kerana kesedapannya,hanya orang yang makan shj. mengetahui kesedapannya.

      Padam
  2. teringin plak bila tengok kaki ayam masak cmni...sedapnya..nk tumpang meratah kaki ayam kt sini la..kihkih

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saja Adda,mari kat kota bharu ni macam-macam resepi kaki ayam akan awak jumpa.

      Padam
  3. sedapnyer...bangsa cina suka sgt kaki ayam berbnding melayu yg geli kata nya...bersihlah beto2.,buang kudis2 dan hitam2..sedap sgt

    BalasPadam