style="text-align: center"

Isnin, 25 Februari 2013

KEK BUAH KUKUS


Salam bahagia buat semua...

Hari ini saya postkan satu lagi resepi kek yang dah lama saya ingin cuba membuatnya.Selalunya tak jadi nak buat sebab kebanyakkan resepi masa mengukusnya adalah 4 jam,tapi yang ni masanya hanyalah 90 minit sahaja.Teringat masa masuk kelas baking dulu-dulu(sekarang ni tidak lagi)chef tu ada cakap,mana-mana kek buah yang kita buat tak kiralah guna buah kering jenis mana pun,sukatan buahnya mestilah sebanyak 500 gm.
Tengoklah kek buah saya tu penuh dengan buah merata-rata!tak rasa makan kek,rasa makan mixed fruits sahaja pula...

KEK BUAH KUKUS
Sumber:Alex Goh 
dari  KakZu Semanisgula.blogspot

Bahan-bahan

150 gm air
100 gm mentega
1 20 gm gula perang
500 gm mixed fruits
3 biji telur
200 gm tepung gandum
1 1/2 sudu kecil double action baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
80 gm walnut  tak letak
80 gm badam cincang

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum,double action baking powder dan soda bikarbonat.Panaskan periuk kukusan.
  • Masak air,mentega dan gula perang hingga gula larut dan sebati.Masukkan mixed fruits dan sejukkan seketika.
  • Putarkan telur dan masukkan ke dalam adunan tadi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.Tambahkan walnut dan badam cincang.
  • Masukkan adunan ke ke dalam loyang yang telah berlapik dengan baking sheet.
  • Kukus selama 90 minit atau sehingga masak dengan api yang besar.
  • Bila masak sejukkan dahulu sebelum di potong .
 
 Nota,
  • Jika kek sudah sejuk simpan di dalam bekas yang bertutup rapat(tupperware la tu! )supaya kek tidak menjadi kering.
  • Kek ini boleh tahan lebih dari seminggu jika di simpan di dalam peti ais atau bungkus sahaja di dalam aluminium foil kemas-kemas, letak kat freezer boleh tahan berbulan lamanya.
  • Tak perlu di simpan di dalam peti ais untuk di sejukkan kerana walaupun di sejukkan di dalam suhu bilik kek ini tetap cantik untuk di potong

2 ulasan:

  1. padatnya dgn buah2 tu sedapp nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yea la namanya pun kek buah,makan buah saja la alamatnya.

      Padam