Isnin, 26 Ogos 2013

BISKUT BUNGA CINA

 As-Salam buat semua...
Tak habis-habis lagi dengan resepi biskut yang tak sempat nak saya postkan sebelum ini.Lagi pun masih ramai lagi yang sedang buat jamuan raya di tempat kerja.Tak berenti lagi saya makan kuih-muih raya.badan pun dah bam-bam!...


BISKUT BUNGA CINA
Resepi olahan daripada resepi : BISKUT BUNGA DAHLIA
By : Kak Wan

Bahan-bahan
250 gm. mentega
120 gm. gula aising
1 sudu teh esen vanila atau esen rose
1 biji telur 

Bahan Di ayak
230 gm tepung Red Rose
200 gm tepung jagung
50 gm tepung ubi

Ceri merah/hijau - dipotong kecil sebagai hiasan
sedikit pewarna pink - jika suka
sedikit putih telur

Cara membuatnya
  • Pukulkan mentega dan gula aising dengan speed sederhana hingga sebati 
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan terus pukul.
  • Kemudian perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tak melekat di jari.
  • Ambil sedikit doh dan warnakan dengan warna pink - jika suka.
  • Sediakan loyang pembakar dan leserkan dengan sedikit mentega.
  • Panaskan oven pada suhu 140' C .
  • Dengan menggunakan acuan Dahlia atau acuan bunga Cina, masukkan sedikit campuran doh pink dan putih.
  • Tekan adunan di atas dulang pembakar.Buat sehingga habis adunan.
  • Oleskan sedikit putih telur di tengah bunga Cina- ini supaya ceri tidak tertanggal.Letakkan ceri/hijau merah di atasnya.
  • Bakar didalam oven dengan suhu 140'C selama 20 minit atau sehingga biskut dimasak sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan