style="text-align: center"

Ahad, 9 Mac 2014

JELLY KELAPA


As-Salam buat semua..
Laku dan cepat saja habis Jeli kelapa ni dalam cuaca yang panas begini.Saya bekukannya dalam bekas-bekas kecil dan simpan dalam peti ais.Sejuk dan nyaman tekak ,tak puas makan lepas satu-satu kena culik!.Kebetulan pula buah kelapa muda tengah berbuah dengan banyaknya kat belakang rumah.Nanti nak ulang buat lagi sebab dah ada orang tu request suruh buat lagi.

JELLY KELAPA
By:Kak Nor/Secubit garam.Thanks.

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gm)
2.6 liter air kelapa muda isi kelapa muda
11 sudu besar gula       saya letak 8 sudu besar
3 helai daun pandan

Cara membuatnya
  • Masukkan air kelapa muda,serbuk  agar-agar,gula dan daun pandan ke dalam periuk.
  • Masak hingga mendidih dan masukkan isi kelapa muda.
  • Padamkan api.
  • Biarkan sejuk sedikit dan bolehlah di masukkan ke dalam bekas yang di sukai.
  • Sejukkan dalam peti ais dan bila dah sejuk bolehlah di makan.
**sekiranya air kelapa muda tidak mencukupi,bolehlah di tambah 
dengan air biasa untuk mencukupkan sukatan 2.6 liter.

2 ulasan:

  1. salam kak su..

    sedap ni musim panas sekarang ni makan jelly kelapa ni..sya pun dah lama x buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la sejuk mata memandang sejuk lagi tekak menelannya.

      Padam