Sabtu, 26 April 2014

AISKRIM SIMPLE

As-Salam buat semua...
Aiskrim terbaru yang saya buat walaupun resepinya dah lama terperap dalam draf.Buat untuk simpanan dalam peti sejuk kerana petang-petang Azim suka makan aiskrim ni sandwich dengan roti.Bukan azim saja makan,saya pun tumpang sekaki..

AISKRIM SIMPLE(versi coffeemate)
Resepi:May Agumo/Story of my life.Thanks

Bahan-bahan
2 cawan susu UHT-sebarang perisa
2 cawan coffeemate
1-2 sudu gula -optional    tak letak

Cara membuatnya
  • Blend semua bahan di atas hingga berbuih.boleh juga menggunakan mixer.Putar sehingga ia menjadi gebu dan pekat.
  • Kemudian simpan dalam bekas dan masukkan ke dalam freezer.
  • Setelah agak beku,keluarkan semula dan blend/putar sekali lagi.
  • Kemudian bekukan semula di dalam freezer.
  • Simpan semalaman di dalam peti sejuk dan sedia untuk di makan.

2 ulasan:

  1. simple resepi aiskrim ni kan..buat pun mudah..sya pun penah buat tapi perisa strawberi..sedap makan time cuaca panas sekarang ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu wana,tepat sekali,perisa juga boleh di pelbagaikan.

      Padam