Selasa, 8 Julai 2014

KARIPAP MINI

As-Salam buat semua...
Selalunya karipap mini saya beli sahaja kalau nak makan.Hari tu dah terajin pulak gi buat karipap mini.Naik lenguh pinggang nak menyudahkannya.Agaknya sekali ni saja saya membuatnya.Macam mana la  orang  yang mengambil tempahan banyak-banyak time raya ni...

KARIPAP MINI RANGUP(inti serunding)
Sumber:idealrecipes.blogspot.com/Julia homemade.thanks

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
50 gm marjerin
1/2 sudu teh garam halus
110 ml air sejuk
serunding secukupnya

Cara membuatnya
  • Di dalam mangkuk campur tepung dan garam,kacau biar rata.
  • Tambah marjerin dan air sejuk sedikit demi sedikit.Uli hingga sebati dan elastik.Rehatkan untuk 15 minit.
  • Ambil adunan dan canai nipis.Tekap bulat dan isikan dengan inti serunding(saya guna serunding ikan).
  • Kelim bahagian tepi karipap dengan kemas.Buat sehingga adunan habis.
  • Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga kekuningan.Angkat dan biarkan seketika.
*saya goreng sekali lagi karipap supaya lebih rangup.
  • Toskan di atas tisu dapur dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.

3 ulasan: