Selasa, 19 Ogos 2014

CANAPES COMEL

As-Salam buat semua...
Biskut keju yang tiada peminatnya di rumah ini telah di olah balik dengan membuat canapes.Ia tidak boleh di simpan lama,kalau nak buat terus saja kena makan.Kalau tidak lama-lama biskut akan jadi lembik dan tidak rangup.


CANAPES COMEL
Sumber:Majalah Rasa

Bahan-bahan
biskut kraker keju secukupnya
krim putar
perisa mocha/coklat/kopi
coklat chips
serbuk biskut kraker keju

Cara membuatnya
  • Putar krim putar hingga kaku.Tambahkan perisa mocha/coklat/kopi
  • Ambil 2 keping biskut kraker keju,picitkan sedikit krim putar dan lapis dua.
  • Picitkan krim putar di atas dan taburkan coklat chip.
  • Akhir sekali taburkan serbuk biskut.Sedia untuk di makan.

4 ulasan:

  1. senang nya nak buat ni su, ada kelaianan lah sikit lah bila mkan biskut kraker tu kan, boleh try nanti

    BalasPadam
  2. bagus juga buat macam ni kak su, laju ja habis kan..hehe

    BalasPadam