style="text-align: center"

Sabtu, 15 November 2014

CORNFLAKES RANGUP

 As-Salam buat semua...
Saya buat biskut homemade untuk kudapan anak-anak di hujung minggu.Kalau nak cuba buat biskut ni,adjust la mana patut ye ikut kesesuaian sendiri.Biasanya resepi biskut dalam majalah ni,ada yang kena,kadang tidak.Hari ini dah hampir semingu hujan masih lagi turun,pusat kaji cuaca dah letak amaran jingga,maknanya nak sampai ke amaran merah la tu,so kena jaga-jaga.Saya cuma jaga makan saja..he..hee, sebab tidak tinggal kawasan banjir.

CORNFLAKES RANGUP
Sumber:Majalah Saji 2008

Bahan-bahan
250 gm mentega
150 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji kuning telur

Bahan B
250 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
50 gm serbuk badam
50 gm cornflakes

*salutan luar-cornflakes secukupnya

Cara membuatnya
  • Putar bahan A sehingga sebati kemudian masukkan bahan B.
  • Gaul rata adunan dan buat bebola kecil.
  • Golekkan ke dalam cornflakes(jangan hancurkan)dan susun dalam dulang pembakar.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 130'c sehingga masak.

4 ulasan:

  1. Rajinnya Kak sue, sesuai sgt buat kudapan..best!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena buat-buat rajin la Wana baru perut tak lapar!he...hee

      Padam
  2. kaknoor belum pernah buat mcm ni Su, nanti nak try jgak lah macam sedapppp je kan sbb kalau ranggup pasti besttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat la kak noor..krupp...krapppp jer!

      Padam