style="text-align: center"

Sabtu, 22 November 2014

KACANG PANJANG GORENG

As-Salam buat semua..
Kacang panjang ini di goreng untuk di lawankan dengan Daging mongolia.Makan sayur tak berkuah campur dengan nasi panas yang lembut-lembut sikit ,best kan!..Kebetulan ada beberapa ketul hati dan pedal ayam yang masih tak tau nak buat apa,jadi saya campur saja dalam sayur goreng ni..Let's try masak..

KACANG PANJANG GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
kacang panjang-hiris nipis menyerong
1 labu bawang besar-hiris nipis
4 ulas bawang putih-di ketuk
1 biji lada merah-hiris nipis
serbuk lada hitam
sos tiram
1/2 kiub pati ayam
2 ketul hati dan pedal ayam-hiris nipis
minyak canola

Cara membuatnya
  • Panaskan sedikit minyak canola dan tumiskan bawang besar serta bawang putih sampai naik baunya.
  • Masukkan hati dan pedal ayam bersama sedikit air.Masak hingga empuk.
  • Tambahkan kacang panjang,lada merah,serbuk pati ayam,serbuk lada hitam dan sos tiram, gaul rata. 
  • sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

4 ulasan:

  1. kaknoor suka sangat organ2 ni walaupun tak berapa baik sngt kan Su tpi sesekali gohead aje lah kan sedappp

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan makan hari2 kak noor,yang jadi tak baik tu kalau makan hari2 dan makan banyak2..hehee.

      Padam