Isnin, 1 Disember 2014

BISKUT CIP COKLAT BADAM

As-Salam buat semua..
Selain dari buat cookies dalam bulan puasa,biskut homemade juga di buat dalam musim cuti sekolah.Walaupun macam-macam brand biskut ada kat dapur-biskut Julie la,biskut Munchy la tapi biskut homemade juga yang terlajak larisss...tambah-tambah yang ada coklat cip ni.Let's try baking..

BISKUT CIP COKLAT BADAM
Resepi:Along Masterchef/Majalah Saji Ogos 2013.thanks

Bahan-bahan
1 cawan mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan kepingan badam
1/2 cawan cip coklat

Cara membuatnya
  • Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkkan esen vanila,tepung yang di ayak.
  • Gaul sebati dan masukkan kepingan badam dan coklat cip.
  • Bentukkan mengikut citarasa dan bakar di dalam dulang pembakar hingga masak.
Tip jadikan biskut enak-Nestle.
  1.  Jika mahu menyapu mentega di dulang,pastikan ia mentega putih(shortening).Ia tidak seperti mentega biasa yang mudah hangus dan berbekas di loyang.
  2. Jarakkan adunan biskut di loyang pembakar supaya biskut dapat di bakar dengan seimbang.
  3. Ketika membakar biskut,pastikan dulang di letakkan  di tengah-tengah ketuhar supaya udara panas dapat mengalir.
  4. Biarkan biskut sejuk dahulu di dalam dulang kerana ia masih lembut ketika di keluarkan.Beberapa ketika kemudian barulah ia mengeras dan boleh di angkat. 

2 ulasan:

  1. salam kak su,

    pagi2 singgah sini nampak pula biskut coklat cip..erm, sedap ni buat kudapan..rasa macam dah nak raya semula..heheh..

    BalasPadam
  2. Marilah makan ,Wana sedap ni buat kudapan depan tv.

    BalasPadam