style="text-align: center"

Rabu, 10 Disember 2014

SANDWICH TUNA MAYONIS

As-Salam buat semua...
Roti sandwich untuk sarapan pagi dan bekal ke tempat bertugas.Walaupun ia ringkas dan mudah sahaja tapi ia dapat mengalas perut saya sewaktu hari yang sibuk.Dalam sibuk-sibuk pun,sempat lagi saya korner kanan (pantri berada di sebelah kanan dalam wad)zupp....masuk ngappp..sekejap,baru tak ada thought block.Kalau lapar tu asyik block saja sana-sini...

SANDWICH TUNA MAYONIS
Sumber:Majalah Rasa .thanks.

Bahan-bahan
12 keping roti putih   saya guna roti perang
1/3 tin tuna -di tos
1 biji telur rebus
1 sudu makan bawang besar -cincang
3 keping keju cheedar-potong dua
3 helai daun salad
3 biji tomato ceri
3 tangkai cili  merah-cincang
4 sudu makan mayonis
1/4 sudu makan serbuk lada hitam
1/4 sudu makan garam/secukup rasa

Cara membuatnya
  • Hancurkan telur rebus di dalam mangkuk.
  • Kemudian masukkan isi tuna dan hancurkan serta gaul sebati.
  • Setelah itu,masukkan bawang dan cili merah cincang.Gaul rata.
  • Setelah itu masukkan mayonis,serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.Gaul sebati.
  • Akhir sekali,sudukan adunan tadi di atas roti yang telah di lapiskan dengan daun salad dan keju cheddar.
  • Tutupkan dengan sekeping roti lagi dan letak tomato ceri di atasnya.
** di dalam resepi sebenar,cili padi di gunakan,roti juga di potong bulat dan tomato ceri di cucuk dengan lidi di atas roti.

4 ulasan:

  1. Kenyang perut bila dapat makan ni kan Kak su :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa-apa masuk mulut tu,memang kenyang la wana

      Padam
  2. Bila tengok sandwich tuna ni... teringat menu MAS masa pergi balik kg ari tu... hidangannya pilihan roti sandwich tuna atau roti sandwich ayam sama keju... entah kenapa MAS tak hidang variasi menu macam dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. chef dia orang dah bertukar kot..he..hee

      Padam