Cara yang paling ringkas nak bawa bekal ke tempat bertugas.Buat piza segera dengan menggunakan base dari roti pita.Lagipun tarikh luputnya dalam dua hari lagi,kena la proses cepat-cepat.Toppingnya dari daging cincang dan bawang besar sahaja.Manis sahaja rasa bawang besar bila kena bakar.Topping pilihan sendiri ,terpulang pada selera masing-masing apa yang nak di letakkan.
PIZA BAWANG ROTI PITA
Olahan:daridapursuzana
Bahan-bahan
2 keping roti piza
sos pasta prego
mayones
Bahan topping
125 gm daging cincang
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 ulas bawang putih-cincang
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk kari daging -jadikan pes
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk. menumis
untuk taburan
keju Mozarella parut
bawang besar-pootng bulat dan leraikan
Cara membuatnya
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar dadu dan bawang putih hingga naik baunya.
- Masukkan rempah kari yang di bancuh dengan air dan tumis hingga masak.
- Masukkan daging dan gaul rata.Tambah sedikit air.
- Tambahkan sos tomato dan sos cili serta garam dan gula secukup rasa.
- Angkat dan ketepikan.
- Panaskan oven pada suhu 175'c.
- Sementara itu,ambil roti pita tadi dan sapukan sos pasta prego dan mayones.
- Letakkan topping daging rata -rata di atas permukaan roti pita.
- Taburkan bawang besar lerai tadi dan akhir sekali taburkan keju mozarella parut.
- Bakar hingga keju mencair dan roti pita menjadi garing.
- Sedia di hidangkan panas-panas.
nak juga wana buat piza sendiri nanti..mesti best kan kak su bleh tambah atau kurangkan bahan ikut taste sendiri.. :)
BalasPadambetul tu wana,boleh campak dan guna apa saja yang kita sukai..he..hee
Padam