Ini kali ketiga saya membuat Roti sarang lebah aka Bee hives bun.Roti yang di siram dengan sos karamel yang sedap.Dah roti buat sendiri,taburan di atasnya saya letak lebih lah.Apa-apa yang di makan dengan sos karamel memang sedap,anak-anak pun suka.Ia lembut dan gebu padanlah dengan sos karamelnya yang lemak berkrim.Resepi kali ini di ambil dari blog Azlita masam-manis.Jika ingin lihat dengan lebih jelas sila tengoklah kat sana ya kerana ada gambar langkah demi langkah cara membuatnya..Let's try baking..
BEE HIVES BUN
Sumber:azlitamasammanis /roti.thanks
Bahan-bahan
300 gram tepung roti atau tepung high protein atau tepung superfine
200 gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung atau skim milk
2 sudu besar madu
1 biji telur
250 ml susu segar
6 gram yis
40 gram gula
40 gram butter
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar plain yogurt
Cara membuatnya(saya menggunakan kaedah uli dengan tangan)
- Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
- Setelah menjadi doh ambil plastik bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
- Anda perlu meletakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit suhunya seperti di dalam almari atau di dalam oven yang tidak di on suisnya supaya doh anda naik 2 kali ganda dengan cantik dan gebu.
- Selepas 40 minit di perap doh tersebut,tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
- Kemudian bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, lebih kurang 40 gm setiap satu, bulat-bulatkan, susun doh di dalam loyang yang telah di sapukan sedikit butter. Susun dalam loyang hingga habis.Adunan ni agak banyak jika guna loyang 8 inc boleh dapat 2 loyang.
- Kemudian tutup atasnya dengan kain dan perap semula.
Biarkan sehingga doh naik dua kali ganda.Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit. - Selepas 40 minit, doh akan naik 2 kali ganda.
Sediakan glis telur iaitu campurkan 1 biji telur dengan 1 sudu besar susu segar dan kocok sebentar. - Gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, taburkan kuaci hijau, kuaci putih atau badam dan bijan hitam di atasnya. Sapukan sekali lagi atasnya dengan egg wash supaya semua bahan topping melekat di atas doh,
- Akhir sekali bakar pada suhu 170'c selama 20 minit atau sehingga permukaan bun perang.Setelah bun di angkat, terus gliss permukaan buns dengan butter atau marjerin, supaya permukaan bun berkilat.
- Letakkan bun atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel
Sos karamel
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim atau tick cream atau fresh cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter
Cairkan butter
Masukkan gula dan masak hingga gula mencair
Tuangkan krim, garam dan vanilla
Kacau rata
Jika sos agak pekat tuangkan susu cair , jangan tuang semua agak-agak ia licin sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan