Sabtu, 14 Februari 2015

BRUCHETTA DAGING

 As-Salam buat semua..
Pagi ini saya postkan satu resepi untuk sarapan pagi atau untuk makan petang -petang.Resepi yang ringkas dan senang sahaja untuk membuatnya.Ada beberapa bahan seperti cili merah,karot dan tomato tak letak kerana tiada stok..

BRUCHETTA DAGING
Sumber:Majalah Rasa November 2013

Bahan-bahan
1 batang roti perancis-di potong serong
300 gm daging cincang
200 gm keju Mozarella
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
2 sudu makan tomato puri
1 sudu makan serbuk kari daging
1 batang saderi       saya ganti dengan daun ketumbar
1/3 biji lobak merah
3 biji cendawan butang-hiris halus
1/3 sudu makan serbuk lada hitam
garam dan gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis

Cara membuatnya
  • Cincang bawang besar,bawang putih dan cili merah.Ketepikan
  • Cincang pula batang saderi,lobak merah dan buah tomato.Ketepikan
  • Panaskan minyak zaitun,tumis bawang besar,bawang putih,cili merah dan cendawan butang hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan daging cincang dan serbuk kari.Kacau sebentar hingga daging kecut.
  • Seterusnya masukkan pula saderi/daun ketumbar,lobak merah dan puri tomato.Sebatikan.
  • Seterusnya masukkan tomato cincang.Kacau rata.
  • Perasakan secukupnya dengan garam,gula dan serbuk lada hitam sambil di kacau bahan hingga sebati.
  • Akhir sekali sudu kan daging cincang tadi ke atas roti perancis dan taburkan keju mozarella.
  • Bakar pada suhu 190'c selama 5 minit.
  • Sedia untuk di hidangkan.Sedap di makan panas-panas kerana roti rangup sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan