Di Kota Bharu yang selalu kita jumpa adalah Roti canai pisang.Doh roti canai di balut dengan adunan pisang dan goreng seperti menggoreng murtabak.Ia sedap dan tentunya manis.Di dapur, saya telah mengolah semula Roti canai pisang tetapi menggunakan kulit popia.Versi ini rangup sahaja dan tidak lah manis sangat seperti Roti canai pisang yang kita makan di kedai .
Saya buat dalam tiga versi-di campur kismis,coklat cip dan kepingan badam.Ia perlu di goreng terus,jika tidak susu akan meresap pada kulit popia dan ia akan jadi lembik.Versi yang saya buat tidak begitu cantik bentuknya kerana di biar beberapa jam dahulu sebab tak sempat untuk di goreng terus kerana keluar membeli- belah.
MURTABAK MINI PISANG
Olahan:daridapursuzana
Banan-bahan
kulit popia secukupnya
gam- tepung gandum campur air
pisang-potong bulat
isian
1/2 tin susu cair
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
susu pekat manis secukup rasa
kismis,coklat cip ,kepingan badam goreng
Cara membuatnya
- Pecahkan telur dan campurkan dengan susu cair,susu pekat manis dan esen vanila.Pukul sebati.
- Letakkan pisang yang di potong tadi ke dalam pinggan.Jangan gunakan pinggan leper nanti isian akan mengalir semasa kita melipatnya.
- Masukkan bahan isian dan taburkan kismis atau coklat cip atau kepingan badam.
- Lipat berbentuk empat segi dan gamkan hujungnya.Buat sampai habis.
- Panaskan minyak dan goreng Murtabak mini pisang hingga perang dan rangup.
- Sedia untuk di hidangkan.
comel dan menarik la murtabak tu..wana x penah makan lagi..mesti sedap sangat ni kan kak su
BalasPadamsedap la wana..cuba buat deh..
Padam