Kuih Belebat ubi antara kuih yang di sukai oleh saya.Kuih dulu-dulu yang masih saya minati walau zaman telah banyak muncul dengan kuih-kuih moden.Di sini Ubi keledek aka Sweet potato di panggil Ubi Stelo.Ia ada dua warna-oren dan purple.Kalau buat dua kaler lagi nampak cantik.Tapi saya cuma ada ubi stelo oren sahaja.
BELEBAT UBI STELO
Sumber:Majalah Rasa
Bahan-bahan
500 ml santan
500 gm Ubi Stelo oren-potong kiub dan rebus
480 gm tepung beras
120 gm gula/ikut manis
sedikit garam
daun pisang secukupnya
Cara membuatnya
- Campurkan santan,tepung beras,gula dan garam di dalam bekas adunan.
- Tapis dan masukkan ke dalam kuali dan sentiasa kacau hingga agak pekat menggunakan api yang kecil.
- Tutup api dan masukkan Ubi stelo yang siap di rebus tadi.Gaul rata.
- Sediakan daun pisang,potong empat segi kecil dan masukkan sesudu besar adunan dan bungkus seperti kita membungkus pulut inti.Biar bahagian atas terbuka sikit.
- Kukus selama 10 minit hingga masak.
tak pernah makan, akan dicuba nanti. terima kasih share resepi.
BalasPadamcuba lah tentu sedap.ia adalah salah satu jenis dari kuih -muih kelantan.
PadamMohon Share ye..tq
BalasPadam