style="text-align: center"

Sabtu, 21 Februari 2015

EPAL GORENG

As-Salam buat semua...
Waktu yang sentiasa terbatas untuk selalu menghantar resepi di sini..kena lari-lari dari perkara lain untuk duduk -duduk di sini menulis resepi.Nak berjalan-jalan di dapur orang lain kadang-kala tak sempat nak berlama-lama.Tapi rasanya saya tak akan tinggalkan ruangan ini walau sesibuk mana sekalipun.Cuma menulis diari resepi tidak sekerap dulu.Hari ini kita lihat resepi Epal goreng yang rangup di luar dan lembut di dalam,sedap lagi jika di makan bersama aiskrim.

EPAL GORENG
Sumber:Majalah Saji/Fauziah Abd Ghaffar(Gee-hut).thanks

Bahan-bahan
5 biji epal hijau
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar mentega cair
2 sudu kecil gula
1biji telur
1/2 cawan susu segar
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

bahan taburan
gula kastor
serbuk kayu manis

Cara membuatnya
  • Buang empulur epal,basuh dan hiris bulat-bulat.Gaul dengan sedikit garam
  • Masukkan tepung gandum,tepung jagung,gula dan garam ke dalam bekas adunan.
  • Buat lubang di tengah-tengah tepung kemudian masukkan mentega cair dan telur.Curahkan susu sedikit demi-sedikit.
  • Gaul adunan sehingga sebati dan tidak bergentel.
  • Celupkan hirisan epal ke dalam adunan tepung dan goreng di dalam minyak panas.
  • Balik-balikkan dan angkat apabila warna keperangan.Toskan minyak.
  • Sebelum menghidang,tabur gula kastor dan serbuk kayu manis.
  • Epal goreng enak dimakan bersama krim,jem ,madu atau aiskrim.

    2 ulasan: