Bestnya dah habis bertugas malam,saya cuti tiga hari.Nak round dunia dengan Cik Google la.Macam-macam plan saya nak buat tiga hari ini dan pastinya jadual aturcara padat sekali.Selama tiga hari ni tak ada bau-bau ubat ye.Nak masuk dunia awam sekejap.
Saya masak ringkas sahaja hari ini,sayur lemak putih.Sayur yang sinonim dengan masakan orang Kelantan.Makan pula dengan nasi panas dan ikan masin/ikan pekasam goreng atau ikan kering lagi best.Let's try masak.
SAYUR LEMAK PUTIH
Olahan:daridapursuzana.
Bahan-bahan
sayur pilihan-karot,bunga kubis,terung,timun
1 biji lada hijau-buang biji
4 ulas bawang merah
1 ekor ikan-di rebus
2 cawan santan pekat
2 cawan air
beberapa biji lada hitam
garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya
- Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga hancur.Masukkan isi ikan rebus dan tumbuk lagi biar bergaul rata.
- Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk,tambahkan air dan santan pekat.
- Masak kuah hingga mendidih sambil dikacau selalu.
- Tambahkan sayuran dan biarkan hingga mendidih sekali lagi.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Sedia untuk di hidangkan bersama nasi putih ikan masin/ikan pekasam goreng.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan