Sabtu, 27 Jun 2015

AGAR-AGAR LAICI BERSANTAN


As-Salam buat semua..
Agar-agar untuk juadah berbuka puasa petang nanti.Sedap juga makan agar-agar yang sejuk time cuaca panas macam ini.Dehidrasi semakin kuat terasa,semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk kita menghabiskan puasa di sepanjang Ramadhan ini.

AGAR-AGAR LAICI BERSANTAN
Sumber:  Noor Abdul Rahim www.bukuresepi.com thanks

Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gm)
450 ml air
1/3 cawan gula
1 tin buah laici-di tapis airnya
300 ml air sirap laici-dari tin laici tadi
200 ml santan kotak
1/4 sudu teh garam 
1/2 sudu kecil esen laici   
3 pewarna pilihan

Cara membuatnya
  • Masak gula,air,sirap laici dan serbuk agar-agar hingga mendidih.
  • Kecilkan api dan masukkan santan dan garam.Kacau hingga mendidih sedikit.Matikan api.
  • Masukkan esen laici dan kacau rata.
  • Bahagikan kepada 3 bahagian.Masukkan pewarna berasingan pada setiap bahagian.
  • Susun buah laici di dalam acuan kemudian tuang lapisan pertama.
  • Masukkan acuan ke dalam freezer hingga agar-agar agak mengeras.
  • Gores permukaan agar-agar dengan garfu dan letakkan buah laici seterusnya.
  • Ulang langkah hingga lapisan ketiga(lapisan terakhir).
  • Lapisan terakhir letak sahaja di dalam peti sejuk.

2 ulasan:

  1. Wah! Bertingkat2 agar-agar dia.... licin jer terus melintasi tekak! Selamat berbuka Suzana and family...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Amie..selamat berbuka juga untuk Amie sekeluarga!

      Padam