Hari ini,saya ada satu lagi kenangan yang akan tersimpan dalam lipatan sanubari ini.Saya terbitkan di ruangan ini untuk di jadikan kenangan manis buat diri sendiri yang sedang meniti hari-hari terindah dalam hidup buat kenangan hari esok.Anugerah perkhidmatan cemerlang buat kali ke-2 yang di adakan di Dewan Utama USM Kampus Kesihatan Kelantan.
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang saya dapat pertama kali dulu di adakan di Hotel Diamond Puteri,Kota Bharu dalam tahun 2005.Dah hampir sepuluh tahun berlalu dan ia berulang kembali hari ini.
Semoga saya sentiasa menjadi seorang pekerja yang
cemerlang di masa kini dan masa akan datang.Allah telah menentukan
rezeki saya di bidang ini.Memang best berada dalam dunia perubatan yang sudah sebati dengan jiwa saya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan