style="text-align: center"

Rabu, 13 April 2016

JALAN-JALAN KE TERENGGANU

Assalam buat semua..
Jalan-jalan lagi,kali ini dekat jer..ke Kuala Terengganu.Bertolak dari rumah jam sebelas pagi dan kembali semula jam sebelas malam.Destinasinya adalah ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.Kami mengambil pakej melawat ke dalam monumen park-TTI River Cruise yang mengelilingi pulau-pulau di sekitar Pulau Wan Man.
Kena pakai life vest dan kami naik cruise yang biasa sahaja, ada tingkap.Siap ada cruise guide yang beritahu info dan aktiviti di sepanjang tepi sungai serta pulau-pulau kecil di sekitarnya.
 salah plan,sepatutnya masuk dalam monumen park dulu,baru rehatkan kaki dalam cruise,Kami pula naik cruise dulu baru menapak hampir dua jam dalam tu.Di sediakan perkhidmatan seperti basikal,trem dan buggy tapi tak naik sebab nak execise(bukan nak safe budget ke).Elok masuk waktu pagi atau sebelah petang,kurang sikit bahang panasnya.
Taman monumen TTI menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman unik.memaparkan 23 buah monumen islam yang hebat.Lawatan monumen pertama adalah Kudus Minar,Indonesia  di bina dalam tahun 1549.Rekabentuk masjid ini bercirikan campuran hindu dan jawa.
Gambar bawah adalah Pattani Central Mosque,Thailand.Ia menyerupai rekabentuk Taj Mahal
Dari kiri,adalah replika Taj mahal di Agra,India.Di bina oleh Maharaja Mughal Aurangzeb Alamgir pada tahun 1673M untuk isterinya Mumtaz..Gambar tengah adalah Great Mosque of Samarra,Iraq di bina semasa pemerintahan Khalifah Abassiyah pada abad ke -9.Keunikannya terletak  pada menara berpusingnya .
Gambar bawah dari kanan adalah masjid Sultan Omar Ali Saifuddin,Brunei Darussalam.Kubahnya dari emas.Di sebelahnya adalah Masjid Sultan,Singapura.Kubahnyanya juga diperbuat dari  emas.
Ok jalan-jalan lagi tengok Great Mosque of Qairawan,Tunisia(kiri atas ) yang d bina pada 670M iaitu monumen tertua di Tunisia.Di sebelahnya adalah replika Al-Haram Mosque,Mekah,Arab Saudi.Bangunan asal di bina dari batu biru yang terdapat di lembah Hijaz.
Di bawah dari kiri adalah,Mosque of Mohamed Ali,Egypt.
Kincir air TTI(tengah) juga tempat menarik untuk singgah.Gambar kanan adalah Suleyman Mosque,Turki yang di bina pada tahun 1557M zaman empayar Ottoman.Semunya cantik dan unik.
Dari kiri adalah replika Masjid Nabawi,Madinah,Masjid kedua termulia di dunia.masjid ini di bina di atas kawasan rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda di semadikan.
Di sebelahnya adalah Sheikh Lutfallah Mosque,Iran merupakan satu contoh senibina islam yang terbaik dan di gunakan sebagai masjid di raja.
Di bawah adalah replika makam Abu Nasr Parsa,Afghanistan yang di bina pada abad ke-17.Replika makam ini berbentuk oktagon dan ada dua tiang berpusing di hadapannya.
Akhir sekali adalah Aleppo citadel,Syria.Ia adalah sebuah kubu istana di bina di atas sebuah bukit di Syria.
Pembinaan semula masjid ini setelah di biarkan musnah selepas kejatuhan Soviet Union iaitu Kul Sharif Mosque,Russia(atas kanan).Gambar bawah adalah Kalyan Minaret,Uzbekistan.Menara ini telah di bina pada tahun 1127M dari bata yang di bakar .
Gambar tengah adalah Masjid Xian,China yang di bina dalam tahun 1392M oleh Laksamana Cheng Ho pada zaman Dinasti Tang.Walaupan nampak seperti kuil buddha kedudukannya mengadap kiblat.
Di atas sekali adalah Great Mosque of Agadez,Niger.Ia di perbuat dari tanah di bina pada abad ke-16.Ada menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan strukturnya.
Gambar bawah sekali adalah Badshahi Mosque,Lahore,Pakistan di bina pada tahun 1673M untuk Maharaja Mughal.
Akhir sekali adalah binaan replika Dome of the rock./Kubah As-Sakhrah,Baitul Muqqaddis,Palestine.Didalamnya,di tengah-tengah kubah terdapat batu yang di ambil dari Gunung Moriah iaitu batu tempat Nabi berpijak semasa peristiwa Israj dan Mikraj.
Gambar bawah adalah replika Masjid Negara yang di bina dalam tahun 1965 sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bumbung utama merupakan lambang payung di raja yang terbuka dan menaranya adalah payung yang tertutup.
Tiada dalam gambar.The Palace of Al-Hambra,Granada,Spain kerana sedang di baik-pulih.
Inilah sahaja catatan buat anak-anak pada kali ini..ambil masa 4 hari untuk completekannya..
Ok lah sampai di sini dahulu..kalau lah sejarah boleh berulang..

1 ulasan:

  1. शिवपाल के शिकार बने युवा नेताओं को मिला अखिलेश का ‘वीटो’
    Readmore todaynews18.com https://goo.gl/YE0Wyp

    BalasPadam