Masak sotong untuk makan tengahari.
Dah lama sotong tu saya beli,dari yang segar then keep frozen baru semalam ada masa untuk memasaknya.
Kulitnya pun dah hampir tertanggal lama sangat dok bertapa dalam peti ais.
Masakan sotong ni mudah dan ringkas sahaja.
Let's try masak.
Bahan-bahan
400 gm sotong
3 biji tomato-di hiris
3 tangkai cili hijau-di hiris
1 labu bawang besar-di mayang
3 ulas bawang putih-di hiris
1 sudu kecil serbuk jintan manis
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar gula perang
6 helai daun limau purut
serbuk cukup rasa maggi
Cara memmbuatnya
- Tumis bawang hingga naik baunya.
- Kemudian masukkan jintan dan tumis lagi.
- Masukkan tomato,daun limau purut dan cili hijau.
- Tumis hingga layu dan tomato hancur.
- Masukkan sos tiram,sos tomato,sos cili thai,gula perang dan serbuk cukup rasa Maggi.
- Akhir sekali masukkan sotong.
- Masak hingga sotong lembut dan kuah sedikit pekat.
- Bila masak,masukkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar dan tomato.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan