Selasa, 20 Jun 2017

AGAR -AGAR SANTAN PANDAN

Assalam buat semua..
Agar-agar santan yang saya buat untuk berbuka semalam..
Resepinya ringkas sahaja.
Buat awal-awal letak dalam peti sejuk baru lah makan sedap kan.
Let's try buat

AGAR -AGAR SANTAN PANDAN

Bahan-bahan
1 paket agar-agar Nona (8 gm)
350 ml santan
700 ml air
1 biji telur
gula -ikut manis sendiri
pewarna hijau
1 sudu teh esen pandan
sedikit garam

Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan kecuali santan dan telur.
  • Masak di atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga mendidih.
  • Campurkan santan dan telur dan kacau sebati.
  • Masukkan ke dalam adunan agar-agar dan kacau sentiasa.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.
  • Basahkan acuan dan masukkan ke dalam acuan pilihan.
  • Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam peti sejuk

2 ulasan:

  1. Cantik agar2 ni. PH suka warna hijau. Dan PH nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada Suzana sekeluarga.

    BalasPadam