style="text-align: center"

Isnin, 30 April 2012

SOTONG MASAK REBUS


Selamat petang buat semua...mengikut masa catatan ini di tulis.
Pada suatu hari....(teringat ayat mula untuk tulis karangan)saya masak resipi sotong yang mudah ini untuk makan tengahari.Ia adalah resipi main campak-campak dalam kuali mengikut apa bahan yang ada di dapur.Jom makan..
                                                                                                                               
SOTONG MASAK REBUS
Sumber:daridapursuzana
Bahan-bahan
  • 10 ekor sotong saiz sederhana
  • 1 biji tomato.potong 6
  • beberapa daun limau purut
  • 2 batang serai1 labu bawang besar-potong nipis
  •  4 ulas bawang putih-di ketuk
  • 1 batang karot-potong bulat
  • 4 biji cili padi-di ketuk
  • 1 sdt.serbuk lada hitam
  • garam/gula secukup rasa
 Cara membuatnya
  • Sotong di belah dua,basuh bersih dan potong memanjang/potong bulat.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga naik bau.Masukkan cili padi.
  • Tambahkan air secukupnya dan masukkan sotong dan karot,daun limau purut dan serai.
  • biarkan ia masak sekejap,tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit gula
  • Masukkan tomato dan tambahkan garam secukup rasa serta bolehlah di angkat.

MINUMAN YOGURT MANGGA DAN CINCAU

MINUMAN YOGURT MANGGA DAN CINCAU
Sumber:Majalah Keluarga September 2008

Bahan-bahan
  • 1 bekas yogurt mangga(135 gm.)
  • cincau-potong dadu
  • air gula
  • ais kiub
  • air sejuk dari peti ais
Cara membuatnya
  • Ambil gelas tinggi dan masukkan yogurt dan cincau yang di potong dadu
  • Masukkan pula air gula,air sejuk dan kacau sebati
  • Masukkan ais kiub dan sedia di hidangkan sejuk.


Ahad, 29 April 2012

MINI PIZZA

Salam bahagia buat semua...

Saya selalu buat mini piza ini di rumah.Untuk lebih menarik dan sedap bolehlah di taburkan keju mozarella di atas sebelum membakarnya .Saya cuma meletakkan mayonis dan sos cili sahaja mengikut resipi dari kak Yati.tq!!

MINI PIZZA
Sumber:yatimemories.blogspot

BAHAN-BAHAN
  • 250 gram tepung roti (high protein flour)
  • 50 gram gula halus @ gula kastor
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 10 gm. susu tepung
  • 1/4 sdt. bread improver
  • 1/4 sdt.bread softener
  • 30 gm. telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
  • 6 gm. instant yeast
  • 20 gm. mentega
  • 125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)
  • 10 batang sosej , celur sekejap, tos dan sejukkan
  • Mayonis secukupnya
  • Sos cili/sos tomato, secukupnya
  • Mix. vege secukupnya


CARA MEMBUAT DOH
  • Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  • Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
  • Bulat-bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
  • bila doh sudah mengembang sekali ganda dari saiz asal, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 gm. setiap satu). Ambil satu bahagian, canai dan ratakan.
  • Sapukan sedikit sos cili/sos tomato...boleh juga sapukan sos prego. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perap 45 minit.
  • Tabur mix vege, sosej yg di potong-potong, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonis.
  • Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.Selamat mencuba.

PINEAPPLE VANILLA


Salam bahagia buat semua....

Cubalah buat dessert seperti yang di tunjukkan di dalam gambar -gambar ini.Saya jamin rasanya amat sedap sekali.Lupa pula ambil resipinya kat mana.Apapun saya amat berterimakasih kepada pemilik resipi ini kerana sudi berkongsi.
Selamat mencuba...saya mengunakan aiskrim perasa vanila yang di buat sendiri.



PINEAPPLE VANILLA

Bahan-bahan
  • 2 keping nenas yang di potong bulat
  • tepung gandum
  • tepung beras
  • seketul air batu
  • air
  • garam secukup rasa
  • aiskrim vanilla
  • minyak masak secukupnya
Cara membuatnya
  • Campurkankan tepung gandum,tepung beras,air batu,air dan garam.Kepekatannya seperti adunan untuk menggoreng pisang.
  • Potong nenas tadi kepada 4 keping yang berbentuk baji.
  • Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali,celupkan potongan nenas di dalam adunan tepung dan goreng terendam di dalam minyak panas hingga garing.
  • Angkat dan toskan minyak dan hidangkan dengan aiskrim vanilla.

7 GOLDEN OF RULES


7 GOLDEN OF RULES

1st
Don't let someone become priorty in your life,when you are just an option in their life.
Relationships work best when they are balanced.


2nd
Never explain yourself to anyone.
because the person who likes you doesn't need it,and the person who doesn't like you won't believe it.

3rd
When you keep saying you are busy,then you are never free.
When you keep saying you have no time,then you will
never have time.
When you keep saying that you will do it tomorrow,then 
your tomorrow will never come.

4th
When we wake up in the morning,we have  two simple choices.
Go back to sleep and dream,or wake up and chase those dreams.
Choice is yours.

5th
We make them cry who care for us.
We cry for those who never care for us.
And we care for those who will never cry for us.
This is the truth of life,it's strange but true.
Once you
realize this,it's never too late to change.

6th
Don't make promise when you are in joy.
Don't reply when you are sad.
Don't take decision when you are angry.
Think twice,act twice.

7th
Time is like a river.You can't touch the same water twice,
Because the flow that has passed will never pass again.

Sabtu, 28 April 2012

LEMON FANCY MERINGUE

Salam bahagia buat semua ....

Sudah lama saya ingin mencuba untuk membuat meringue ini.Akhirnya setelah berjaya membuatnya ,ia agak hangus sedikit ,mungkin oven panas sangat.Kalau mengikut resipi asal dari Majalah Sedap,sewaktu membakarnya pintu oven kena buka sedikit tetapi saya tidak membukanya...lepas tu lupa pula nak letak warna kuning.Tu la.. asyik terlupa dan pelupa pula!!
LEMON FANCY MERINGUE
Sumber:Majalah Sedap

Bahan-bahan
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sdt.garam
  • 1/2 sdt.krim tartar
  • 150 gm.gula pasir halus
  • 1/2 makan air perahan lemon
  • pewarna pink,kuning muda dan hijau muda
Bahan pelengkap
  • 1 bungkus biskut kecil
  • 1 bungkus biskut panda
Cara membuatnya
  • Pukul putih telur,garam dan krim tartar hingga setengah kembang.
  • Masukkan gula pasir halus sedikit demi sedikit sambil di pukul sehingga pekat dan licin.Masukkan air perahan lemon.Pukul rata sehingga berkilat.
  • Bahagikan kepada kepada 3 bahagian.Setiap bahagian di campurkan warna pink,warna hijau muda dan warna kuning muda serta di kacau rata.
  • Masukkan dalam piping bag dan gunakan nozzle bintang .Picit bentuk kecil di atas loyang pembakar
  • Bakar selama 35min.dengan api bawah suhu 100'C dengan pintu sedikit terbuka sehingga kering.
  • Bila masak,simpan meringue dalam bekas kedap udara supaya tidak lembab.
**Bungkus biskut meringue dengan biskut kecil dan biskut panda(kalau nak buat door gift).

KACANG BENDI TUMIS BILIS

KACANG BENDI TUMIS BILIS
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • kacang bendi
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sdb.ikan bilis-basuh dan toskan
  • 2 biji lada hijau-potong 
  • 4 biji cili api
  • 2sdb.sos tiram
  • 1 biji tomato-di potong
  • sos ikan -secukup rasa
 Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih ,ikan bilis dan cili padi.Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah di tumbuk tadi hingga naik baunya.
  • Masukkan sos tiram dan potong kacang bendi lalu terus di masukkan kedalam kuali.
  • Kacau hingga rata.Tambahkan sos ikan secukup rasa dan tomato yang telah di potong tadi.
  • Sesuaikan rasanya dan bila nampak kacang bendi hampir layu bolehlah di angkat dan di hidangkan.
*Kacang bendi tidak boleh di potong awal untuk mengelakkan dari berlendir.

KOPI ALA VIENNA



Salam bahagia buat semua..
Saya adalah penggemar kopi sejak dari dulu lagi..terjumpa pula dengan resipi kopi yang lazat dan berkrim ini dalam Majalah Mingguan Wanita.Selepas cuba membuatnya malam tadi,rasanya sedap juga pada selera saya...

KOPI ALA VIENNA

Bahan-bahan
  • 1 cawan kopi pekat tanpa gula
  • 1 scoop ais krim
  • 1 sdb.krim putar
  • sedikit serbuk koko
Cara  membuatnya
  • Masukkan kopi ke dalam gelas tinggi yang sesuai.
  • Masukkan aiskrim di atasnya
  • Kemudian masukkan krim putar.
  • Taburkan serbuk koko di atasnya.

Jumaat, 27 April 2012

MANGO CHEESE CAKE

Selamat bertemu kembali..
sudah lama tidak bersiaran
macam biasa...kabel telefon kena curi lagi,hot spot sungguh di kawasan ini,sehari dua ni dapatlah bersiaran kerana saya guna Maxis broadband pula.Tu pun kadang-kala tersekat-sekat...alahai

Mari kita tengok resipi dan layan je gambar kek yang sedap ni.Jemput makan!!...

MANGO CHEESE CAKE
Sumber:Aku.Zack blogspot.Tq very much for your recipe!

Bahan base kek
  • 100 gm.biskut digestive
  • 55 gm. mentega -di cairkan
  • 1 sdb.gula perang,di padatkan
  • 25 gm.cornflakes-kisar halus
Cara membuatnya
  • Alas dan lengserkan dasar dan tepi loyang dengan mentega cair dan baking sheet.
  • Campurkan kesemua bahan base kek dan tekan padat pada dasar loyang spring form/loose pan
  • Bakar pada suhu 160'C selama 8-10 min. atau sehingga masak.Ketepikan pada suhu bilik.
Inti
  • 250 gm.cream cheese-suhu bilik
  • 4 sdb@60 gm.gula kastor
  • 1/2 sdb.+ 1/2 sdt.@6 gm.tepung kastard
  • 2 sdb.@15 gm.tepung jagung
*tepung kastard dan tepung jagung di ayak bersama
  • 1/2 cawan@180 gm.isi mangga masak
  • 2 biji telut gred A
  • 100ml.@100gm UHT whipping cream
Hiasan
  • isi mangga-kisar halus atau
  • 1 biji mangga-di hiris
  • 40 gm.apricot gel/apricot glaze
  • 40 ml.air
Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'C
  • Dalam bekas besar,pukul cream cheese bersama gula kastor hingga sebati.Masukkan tepung jagung,tepung kastard dan kacau sebati.Masukkan isi mangga yang di kisar halus dan pukul lagi.
  • Masukkan telur satu-persatu,sambil di pukul rata.Masukkan whipping cream dan pukul hingga adunan menjadi pekat.
  • Tuangkan adunan ke dalam base kek tadi.Balut loyang springform dengan aluminium foil untuk elak air dari masuk meresap ke dalam loyang kek.
  • Bakar secara bain marie selama 1 jam 15 min.dengan 10 min.terakhir loyang di rotatekan supaya permukaan kek di bakar rata.
  • Bila masak,tutup suis oven dan biarkan kek di dalam oven selama 30 min. Keluarkan bekas berisi air dan biarkan kek sejuk dengan pintu oven di regangkan sedikit.Setelah kek sejuk,keluarkan  dari oven.
  • Biarkan kek selama 6 jam sebelum di keluarkan dari loyang spring form.
  • Bolehlah di hiaskan dengan mangga kisar/hirisan mangga dan whipping cream.
 Nota
  • Jika tiada whipping cream boleh di gantikan dengan yogurt asli atau yogurt perisa mangga dan kena adjust gula ikut kesesuaian.
  • Jika menggunakan hirisan mangga,boleh di gunakan apricot glaze dan air yang di panaskan di atas api yang kecil.
  • Kacau sehingga larut dan bolehlah di sapu diatas hirisan mangga tadi(utk.elak mangga teroksida dan menjadi hitam)
  • Saya telah menambahkan mangga kiub ke dalam kek ini .

DORAYAKI BLACK FOREST


DORAYAKI BLACK FOREST
Sumber;Majalah Sedap-kudapan pilihan

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan madu
  • 20 gm.gula aising
  • 1/4 sdt.garam
  • 100ml.susu cair
  • 135gm.tepung gandum
  • 10 gm.serbuk koko
  • 1sdt.serbuk penaik
Bahan inti
  • 100gm. krim pekat manis/krim putar
  • 100gm.coklat masak hitam-kikis kasar
Cara membuatnya
  • Pukul ringan telur, madu,gula aising dan garam sehingga rata.
  • Tuangkan susu cair sedikit demi sedikit sambil dipukul rata.
  • Tuangkan ke dalam adunan tepung gandum,serbuk koko dan serbuk penaik yang telah di ayak dan di kacau rata.
  • Sudukan di kuali anti lekat.Biarkan sehingga kembang,balikkan dan biarkan masak.
  • Sejukkan sebentar dan picitkan krim putar ke atasnya.Taburkan kikisan coklat masak.Tutup dengan dorayaki yang lain.Sedia untuk di makan.
**Setelah dipukul sejukkan semula krim putar supaya lebih tahan.

Bunga-bungaku di bulan RabiulAwal..

RabiulAwal yang membawa maksud musim bunga awal..di mana pada bulan ini banyak pokok-pokok mengeluarkan bunga dan pokok tumbuh menghijau....
Gambar bunga-bunga yang sempat di rakamkan di sekitar rumah pada bulan Rabiulawal yang lepas.


















....ia berkembang dan berwarna-warni

Ahad, 1 April 2012

TAUHU BUNGKUS




TAUHU BUNGKUS
Kepada Puan Ros...
Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi ini.Saya ingin kongsikan di blog ini pula kerana anak-anak saya begitu sukakannya.Misi saya telah berjaya untuk membuatkan mereka memakan tauhu!!..

Bahan-bahan
  • 6 keping tauhu
  • 1/2 biji timun
  • taugeh
  • 2 biji cili padi
  • 1 tangkai daun bawang
**saya telah menambahkan karot parut,daun bawang/sup yang di hiris halus ke dalam resipi ini.




Bahan tepung
  • 2 biji telur
  • 90 gram tepung goreng serba guna Adabi
  • 50 gram bread crumb
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk deep fry
**Saya tidak menggunakan bread crumb di dalam resipi ini.
Cara membuatnya
  • Tauhu digoreng hingga kuning dan sejukkan.Kemudian potong 2 menjadi bentuk triangle.
  • Buat slit ditengah untuk dimasukkan inti.
  • Timun dipotong halus.Rendam taugeh dalam air panas selama 3- 4 minit dan toskan.Potong cili padi dan daun bawang.Campurkan semua bahan sayur.
  • Masukkan hirisan sayur tadi kedalam tauhu.Ketepikan.
  • Didalam mangkuk campurkan tepung goreng adabi,bread crumb dan telur.Masukkan air sedikit demi sedikit dan bancuh sampai bancuhan nampak tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat .
  • Celupkan tauhu tadi kedalam tepung bancuhan dan goreng hingga garing dengan api sederhana.(lakukan perlahan-lahan semasa mencelup supaya inti tak terkeluar).
  • Hidang bersama thai cili sos.
  **Tak payah masuk garam sebab tepung serbaguna dah ada perasa.