Jumaat, 28 Februari 2014

KEK BLACK FOREST

As-Salam buat semua...
Semoga hidup kita sentiasa di rahmati dan di berkati olehNya di pagi Jumaat yang mulia ini.Saya baru saja balik dari bertugas malam,nak tidur pun mata masih tak mengantuk lagi.Sempat lagi ni nak postkan resepi Kek Black Forest yang telah saya cuba buat dari blog Happy cooking time/Ida Japan.Dalam banyak-banyak resepi Kek Black Forest,resepi dari Ida ni nampak mudah.Lagipun kek ni baru pertama kali saya buat,cuba resepi yang mudah dahulu.Nanti-nanti kalau dah pro kita buat Kek Black Forest yang macam kat kedai tu!..

KEK BLACK FOREST
By:Sharm 1969@My Resepi
Sumber:HAPPY COOKING TIME .Thanks
Loyang saiz 9 inci
Kalau nak kek lebih besar,boleh buat 1 1/2 adunan atau gandakan.


Bahan-bahan
120 gm gula kastor
100 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
4 biji telur
10 gm ovalette
20 gm air sejuk
20 ml minyak jagung/mentega cair

Bahan krim
400 ml whipping cream
6-7 sudu besar gula kastor   saya tak letak
secubit garam 

Campurkan semua bahan krim dan pukul hingga kembang dan pekat(jangan terlalu pekat)


Cara  membuat kek dan hias

  • Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Putar pada kelajuan tinggi selama 10-15 minit.
  • Perlahankan putaran, masukkan minyak.
  • Griskan loyang, masukkan adunan dan bakar selama 30-35 minit.
  • Sejukan kek, potong 2 lapisan atau 3 lapis.
  • Sapu krim dan letakkan beri.( saya sapu krim, sapu sikit blueberry filling dan tabur coklat parut  di setiap lapis )
  • Letak lapisan akhir kek atas lapisan yang telah di krim tadi dan sapu semua bahagian kek dengan krim.
  • Hiaslah mengikut citarasa kita.
  • Saya  hias atasnya dengan blueberry filling yang dicampurkan sedikit dengan air panas.Tepi atasnya dengan coklat parut. Tepi kek juga saya hias dengan parutan coklat masakan.Boleh juga guna chocolate rice.

Selasa, 25 Februari 2014

BINGKA PISANG

 As-Salam buat semua...
Produk dari pisang lagi...tapi kali ini saya cuba buat Bingka pisang pula dan alhamdulillah ia menjadi .
Kuih ini sesuai di buat hidangan minum petang,mujur kebetulannya selepas saya membuat kuih ini ada pula tetamu yang datang,syukur cepat je habis kalau tidak maunya memakan masa 2-3 hari untuk di habiskan.

BINGKA PISANG
Sumber:dzanariah.blogspot.Thanks.

Bahan-bahan
1 sisir pisang kapas(lebih kurang 3 cawan)
3/4 cawan gula/ikut kemanisan sendiri
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 biji telur
2 sudu besar mentega

Cara membuatnya
  • Lecek pisang dan ketepikan.Kisar semua bahan di atas.
  • Dalam satu mangkuk campurkan semua bahan kisar bersama pisang lecek tadi dan gaul rata.
  • Masukkan ke dalam loyang yang telah di lengser dengan mentega.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 180'c selama 1 jam dan jika inginkan kerak yang lebih gelap warnanya tambahkan masa bakar.
  • Sejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum di potong.


Isnin, 24 Februari 2014

ROJAK PASEMBOR


As-Salam buat semua..
Baru puas hati saya dapat makan Rojak Pasembor yang di buat sendiri..hampir separuh hari saya menyediakannyaPenatnya badan tak usah kira.Kalau time nak makan ramai-ramai tu sesuai juga di buat makanan ini kerana kalau nak buat sikit rasa tak berbaloi pula,lagipun bahan-bahannya mudah di dapati.

ROJAK PASEMBOR
Sumber: Gee-Hut/Corat-coret panorama hidup
Resepi:Chef Hanieliza....dua-dua Thanks.


Bahan kuahnya
 200 gm kacang tanah – goreng tanpa minyak dan mesin halus
1 biji keledek – rebus dan lecek
4 sudu cili kisar
4 – 5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Udang kering
1/2 cawan gula merah – dimasak bersama secawan air
3-4 sudu kicap manis
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukupnya


Cara  membuatnya
Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Tumis bahan kisar sehingga bangkit baunya.Masukkan kacang tanah yang disudah dimesin dan gaul rata.Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih.Masukkan pula keledek lecek, kicap, air asam jawa dan gula merah.Kacau rata dan biarkan sehingga kuah pekat sedikit. Sejukkan.

Bahan sayuran 
1 biji sengkuang
Timun hiris memanjang
Karot
Timun
Taugeh – dicelur

Bahan lain
Tauhu digoreng dan dihiris nipis
Telur rebus 



 Bahan untuk Cucur Udang
 2 cawan tepung gandum
1 cawang tepung beras
Taugeh
Kucai
Bawang besar – dihiris nipis
Udang hidup
Sedikit udang kering
Garam
Air secukupnya


Cara membuatnya 
  • Bancuh semua bahan kecuali udang hidup di dalam mangkuk.Kacau rata.
  • Panaskan minyak dan rendamkan sudip ke dalamnya.
  • Tuangkan bancuhan ke dalam sudip panas dan letakkan  udang hidup di atasnya.
  • Biarkan garing sedikit dan keluarkan dari sudip terus ke dalam minyak tadi.Biarkan sehingga garing 
  • Buat lagi sehingga bancuhan habis.
  •  Untuk menghidang,pastikan cucur udang di potong kecil.

Cadangan hidangan
Campurkan bahan sayuran,tauhu goreng,telur rebus dan curahkan kacang di atasnya.Gaulkan dan sedia untuk di nikmati.

Ahad, 23 Februari 2014

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

As-Salam buat semua...
Resepi seterusnya untuk hari ini ialah Kek lapis kukus cream cheese.Sementara nak tunggu untuk masak makan tengahari nanti baik saja saya mengadap Pc sekejap baru dapat segarkan minda sikit.Kek ini dah lama di buat tersimpan di dalam draf,lupa pulak nak postkan..Ia adalah kek kukus yang lembut dan moist sahaja di tambah pula dengan rasa cream cheese di tengah-tengah membuatkan kek ini .....enak sekali!sorry gambar kurang jelas sikit kerana di ambil pada sebelah malam.

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Sumber:Sinar Kehidupanku  .Thanks..
 (loyang 8x8x3inci)

Bahan A

  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara membuatnya
  • Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
  • Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar.
Bahan B (Kek)
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit garam
  • 1/2 cawan air panas didih
  • 1/2 cawan susu segar/cair
  • 1/2 cawan minyak jagung/masak
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan-bahan perlu diayak dulu)
Cara membuatnya
  • Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  • Setelah kembang masukkan esen vanila dan garam.
  • Masukkan air panas,susu dan minyak.
  • Setelah itu masukkan tepung gandum,bakingsoda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati.
  • Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.
Cara memasak kek
  • Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.Guna api sederhana.
  • Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
  • Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  • Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  • Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  • Setelah benar-benar sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sabtu, 22 Februari 2014

CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES

As-Salam buat semua..
Hari ini sudah masuk hari ke-7 saya bercuti,bosan sudah melanda(cuti sampai Isnin).Beginilah adat manusia bila tengah bertugas rasa nak ambil cuti,bila dapat cuti rasa nak pergi kerja.Masuk dapur,masak,tidur,tengok TV,baca buku,pergi shopping,blog walking semua dah buat,masih lagi bosan melanda.Dalam bosan-bosan ni siap juga buat cookies untuk Amzar yang suka sangat makan biskut yang saya buat.Jom tengok resepi biskut yang rangup dan penuh dengan rasa coklat ni..

CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES
By:Baking and Life.Thanks.

Bahan-bahan
100 gm coklat masakan -cincang
125 gm mentega
100 gm gula kastor   saya letak 50 gm
100 gm gula perang   saya letak 80 gm
1 biji telur
220 gm tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu kecil serbuk nescafe
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat 

Cara membuatnya
  • Pukul mentega dan gula hingga ringan.
  • Masukkan telur dan pukul sebati.
  • Masukkan bahan-bahan lain dan sebatikan semuanya di akhiri dengan coklat cincang.
  • Bentukkan doh bulat kecil dan tekan dengan garfu atau bentukkan mengikut selera masing-masing.
  • Bakar pada suhu 180'c selama 15 minit atau sehingga masak.
  • Sejukkan dahulu supaya biskut rangup sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Jumaat, 21 Februari 2014

TAUHU GORENG RENCAH AYAM

As-Salam buat semua...
Dah lama saya tak masak tauhu,dah ketandusan idea nak mengolah tauhu walaupun macam -macam resepi saya jumpa kat blog masakan.Dalam dok cari-cari resepi tu,terjumpa resepi Tauhu goreng rencah ayam ni,nampak macam best aje.dah buat memang best pun(mesti la kita yang buat!!),sedap di makan begitu sahaja atau dengan nasi. 

TAUHU GORENG RENCAH AYAM
Sumber:recipesasha.blogspot.comThanks.

Bahan
tauhu -potong dua   saya potong empat
lada sulah 
secubit garam

campurkan semua bahan di atas.
salutkan tauhu dengan tepung yang telah di gaul tadi
goreng dengan minyak yang banyak dan panas
angkat dan ketepikan.

Bahan rencah ayam
isi ayam secukupnya-di dadu kecil
seulas bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
sedikti lada sulah
sedikit kicap manis
sedikit minyak bijan
daun bawang -untuk hiasan
secubit garam

Cara membuatnya
  • Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya.
  • Masukkan isi ayam,kacau rata hingga ayam masak.
  • Masukkan kicap,lada sulah dan garam secukup rasa.Tutup api
  • Letakkan minyak bijan di atas ayam.
  • Susun tauhu di atas pinggan.Sudukan isi ayam atas tauhu dan hias dengan daun bawang dan lada merah hiris.

Khamis, 20 Februari 2014

BLUEBERRY VANILA PANNA COTTA

As-Salam buat semua...
Resepi asalnya bertajuk Vanila panna cotta with blackberry dari ilhamdapur.blogspot.Saya dah ubah-suai sikit resepi ini bergantung kepada bahan-bahan yang ada,tu la namanya pun dah bertukar.Jarang-jarang saya jumpa buah blackberries kat Kota Bharu ni,kalau adapun mungkin kat Tesco saja.

BLUEBERRY VANILA PANNA COTTA
Sumber:ilhamdapur.blogspot.Thanks.

Bahan-bahan
125 ml susu segar
75 ml whipping cream
2 sudu besar madu atau gula pasir    saya letak 1 sudu madu
1 sudu besar gelatin
1/2 sudu kecil esen vanila
secubit garam
*blackberries secukupnya atau boleh guna buahan lain.
-saya gantikan dengan blueberry filings
2-3 sudu besar air panas mendidih

Cara membuatnya 
  • Satukan air panas dan gelatin,kacau agar gelatin larut sepenuhnya.
  • Dalam periuk,panaskan susu segar dengan api perlahan sehingga sedikit panas,kemudian masukkan gelatin yang telah larut tadi dan kacau sebati.
  • Masukkan whipping cream,vanila,garam dan madu.Kacau agar semua sebati.Padamkan api.
  • Tuang dalam bekas/ramekin dan biarkan keras dalam peti ais sekitar 4-5 jam.Letakkan blueberry filing(campurkan dengan sedikit air panas) di lapisan atas dan sejukkan semula di dalam peti sejuk
  • Kemudian bolehlah di hidangkan.
Jika guna buah blackberries
  • Masak5-8 biji buah blackberries bersama 1/4 cawan air dan 1/2 sudu besar gula sambil di tekan-tekan sehingga berbuih dan keluar jus dari buah,kemudian sejukkan dulu agar jadi sos pekat.
  • Kemudaian bolehlah di hidang bersama Vanila panna cotta.

Isnin, 17 Februari 2014

RISOLES AYAM


As-Salam buat semua....
Dah lama saya cuba nak buat Risoles ini selepas makan yang di beli semasa bercuti  di Kuala Lumpur dalam tahun lepas.Tetapi bila tengok langkah membuatnya agak lama saya jadi malas nak mencubanya.Tapi lama-lama saya teruja juga cuba membuatnya bila time cuti dan angin tiba-tiba jadi rajin.Best Risoles ni dan ia menjadi kesukaan di rumah ini.Tambahan pula kalau makan masa panas-panas lagi.Rangup sahaja.Boleh di buat inti kentang atau inti ayam.Dua-dua pun sedap!...


RISOLES AYAM~
Oleh:Hidayatul Hafiza.Thanks.
cc .www.facebook/Buku resepi



Bahan-bahan inti
3 biji ubi kentang- dipotong dadu
*1 tin kecil kacang peas
*1 batang karot sederhana -di potong dadu kecil
kedua-dua bahan *ini saya ganti dengan mix vege.
500 gm isi ayam di cincang atau 4 keping burger ayam
1 biji bawang besar dicincang halus 
3 biji bawang putih, dicincang halus 
3 sudu besar serbuk kari - jadikan pes campurkan dengan air 
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu. Masukkan pes kari. Kacau seketika.
  • Masukkan ayam dan kentang(saya rebus dahulu kentang dadu), dan mix vege.Masak sehingga air kering dan dan semua bahan  empuk.Tambahkan dengan sedikit garam dan gula sebagai perasa.





Kulit Risoles
Sumber:Chik Mimi@qasehmu-abadi.blogspot.Thanks.
- dapat 25kpg guna pan 16cm

Bahan-bahan 

2 cawan tepung gandum
3 cawan air boleh gantikan dengan santan atau susu cair
secubit garam
sebiji telur
minyak untuk mengoreng





Untuk salutan
2 biji telur
breadcrumb secukupnya 


Caranya membuatnya
  • Masukkan semua bahan ke dalam blender,blend sehingga sebati.Adunan jangan terlalu cair atau pekat.
  • Panaskan non-stik pan dan masukkan 1 senduk adunan buat dadar nipis,ulang sehingga habis.Ketepikan.
  • Ambil sehelai kulit, masukkan inti dan gulung macam buat ketayap dan buat sehingga habis.
  • Telur di pukul sebati,celupkan Risoles yang telah siap di gulung tadi,golek ke dalam bread crumb.
  • Panaskan minyak dan goreng keemasan.Siap untuk di hidangkan bersama sos cili dan mayonis atau sos pencicah.


Ahad, 16 Februari 2014

ASAM PEDAS IKAN BAWAL EMAS



As-Salam buat semua...
Hari ini masak Asam pedas buat menu makan tengahari.Masak seekor sahaja ikan pun sudah cukup kerana anak-anak tak makan ikan tambahan pula kalau buat jenis yang berkuah macam ni.Resepinya dari blog kak azie yang menggunakan ikan patin tapi saya tukar ke Ikan bawal emas kerana hanya ikan tu saja yang ada dalam peti sejuk.Tak kisah la ye apa-apa ikan pun janji dapat makan..

ASAM PEDAS IKAN BAWAL EMAS
Sumber:aziejaya.blogspot.com/.thanks Kak Azie

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal emas -saiz sederhana
1 bunga kantan-belah 4
1 ikat daun kesum
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
garam dan gula sebagai peras
kacang bendi secukupnya

Bahan kisar
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang besar-saiz sederhana
1 inci halia
1 senduk cili giling   guna 1/2 senduk
1 ibu jari belacan

Cara membuatnya
  • Kisar bawang ,halia dan belacan.Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili giling.
  • Masak sehingga cili benar- benar masak.Bila naik minyak, masukkan bunga kantan, jika guna bunga kantan.
  • Masukkan air secukupnya.Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, baru dimasukkan ikan dan asam jawa.  
  • Renih atas dapur dan masukkan daun kesum,kacang bendi, garam dan gula secukup rasa.Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.
  • Bila masak bolehlah di hidangkan bersama nasi.

Sabtu, 15 Februari 2014

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE

 As-Salam buat semua...
Saya buat Kek pisang lagi tapi kali ini guna resepi yang lain pula.Banyak juga saya jumpa berbagai versi resepi kek pisang dan kebanyakkannya telah saya cuba buat.Hasilnya berbaloi juga kerana setiap resepi yang di cuba menghasilkan kek pisang yang gebu dan sedap dimakan.

BANANA CHOCOLATE RICE CAKE
By:Amy Wong& KS Lee
Sumber:Home Sweet Home.Thanks..

Bahan A
150gm marjerin atau mentega
150 gm gula kastor
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum-di lecek

 bahan B
200 gm tepung protein rendah/tepung kek/tepung naik sendiri
30 gm coklat rice
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan
2 biji pisang-dipotong nipis bulat  tak letak
1/4 cawan hirisan badam

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170' C.
  • Sediakan loyang 8x3x3 inci./loyang pilihan sendiri
  • Alas baking paper dan griskan dengan mentega.
  • Pukul marjerin atau mentega dan gula hingga nampak keputihan.
  • Masukkan telur satu persatu dan pastikan pukul telur hingga bercampur rata,baru di masukkan yang berikutnya dan pukul lagi hingga sebati.
  • Secara berselang-seli,masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat dan susu ,adun rata.
  • Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.Masukkan coklat rice dan gaul rata.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai .Ratakan adunan  dan susun hirisan pisang(jika letak)atau taburkan hirisan badam di atas kek.
  • Bakar dalam oven yang telah di panaskan  selama 40 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
  • Bila masak,sejukkan kek di atas redai dan sedia untuk di potong.
A