Isnin, 30 Jun 2014

SOTONG BERKICAP PEDAS

 As-Salam buat semua...2 Ramadhan.
Semalam hari pertama puasa,saya bertugas pada sebelah malamnya.Siang hari asyik dok layan tidur sahaja.
Hari ini keadaan rasa ok sedikit.Biasalah hari pertama,sistem tubuh sedang dalam fasa pembetulan waktu makan.Tuan punya badan terumbang-ambing sedikit,pening kepala symptom hypoglycaemic...
sementara badan dah sihat sedikit saya postkan satu resepi masakan sotong.Sesuai untuk berbuka dan juga bersahur.Best sotong ni sebab ia ada telur..

MASAK SOTONG BERKICAP PEDAS
Resepi:Azie Kitchen.Thanks

Bahan-bahan
sotong-potong kecil,kalau bertelur tidak perlu potong
2-3 sudu besar cili kisar-ikut pedas yang di sukai
4 ulas bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih-hiris
1 biji bawang besar-hiris bulat
kicap manis secukupnya
3 biji cili padi
1 batang kayu manis
1 batang serai-di ketuk
asam keping

Cara membuatnya
  • Tumis bawang putih dan kayu manis dan masukkan bahan kisar.Tumis hingga cili benar-benar masak.
  • Masukkan kicap dan sotong.Kemudian masukkan sedikit air untuk di jadikan kuahnya.
  • Akhir sekali masukkan bawang besar,cili padi,asam keping dan gula.
  • Sesuaikan rasanya dan tambah sedikit garam jika perlu.
  • Siap untuk di hidangkan.

Sabtu, 28 Jun 2014

ROTI TELUR SCRAMBLE

 As-Salam buat semua...
Roti telur yang saya buat untuk sarapan pagi dan juga untuk di bawa semasa bertugas.Sekarang ni banyak saya sediakan 'food on the run'juga makanan yang menjimatkan masa untuk di makan semasa bertugas kerana keadaan sentiasa sahaja- sibuk sana -sini,sibuk entah apa-apa dan sibuk nak menyibuk dan pelbagai...he..hee,nak 'makan beradap'pun tak sempat!.

ROTI TELUR SCRAMBLE
Resepi:Aneka roti sahur/Chef Asma&Chef Danial 
            Majalah Rasa edisi Ramadhan Mei 2014

Bahan-bahan
2 keping roti -di buang kulit
2 biji telur
3 sudu makan susu penuh krim
1/4 lada benggala merah-dadu
1/4 lada benggala hijau-dadu
garam dan lada sulah secukup rasa
serbuk lada hitam   saya tambah

Cara membuatnya
  • Pukul telur bersama susu,lada benggala merah dan hijau,garam serta lada sulah,serbuk lada hitam sehingga kembang(saya tambah hirisan daun ketumbar).
  • Panaskan kuali non-stick,tuang bancuhan telur dan masak dengan api perlahan sambil di kacau sehingga telur masak berketul-ketul.
  • Bentangkan roti,letakkan telur hancur di atasnya.
  • Sedia untuk di hidangkan(saya picitkan sos cili dan mayonis diatasnya).
SELAMAT BERSAHUR DAN MENYAMBUT RAMADHAN ESOK BUAT SEMUA FOLLOWER BLOG INI DAN JUGA SILENT READER.

Jumaat, 27 Jun 2014

SUPER FUDGY BROWNIES


As-Salam buat semua..
Entri seterusnya adalah Super fudgy brownies.Oleh kerana anak-anak suka makan brownies coklat acap kali juga saya membuatnya dalam bulan ini.Lagipun saiznya tidaklah besar sangat,cukup untuk 2-3 kali makan.Tabur coklat cip banyak-banyak lagi lah cepat laku...

SUPER FUDGY BROWNIES
Resepi:Martha Stewart
Sumber:qaseyhoney.blogspot.com.thanks.

Bahan-bahan
120 gm mentega tanpa garam
130 gm tepung serbaguna
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat maskan-dadu kecil
240 gm gula perang    saya letak 150 gm 
3 biji telur gred A
3/4 cawan coklat cip

Bahan tabur
almond slice/coklat cip   saya guna coklat cip butterscotch dan coklat cip gelap

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 180'c.Sapukan loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan di tepi loyang untuk memudahkan di keluarkan brownies nanti.Sapu juga baking paper dengan mentega.Ketepikan.
  • Ayak tepung,serbuk koko,baking powder,garam dan coklat cip sekali.Ketepikan.
  • Pindahkan coklat cip yang telah di ayak ke dalam bekas lain.
  • Cairkan coklat masakan dan mentega guna kaedah double boiler.Pastikan air tidak masuk ke dalam coklat.Matikan api.
  • Masukkan gula ke dalm adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat.
  • Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
  • Masukkan adunan tepung yang telah di ayak tadi sedikit -sedikit hingga bercampur rata.Masukkan sekali coklat cip yang telah di ayak tadi.Jangan gaul terlalu lama.,cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
  • Tuang adunan dalam loyang dan ratakan.Taburkan almond slice dan coklat cip ikut suka.
  • Bakar selama 50 minit atau hingga masak.
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 30 minit.
  • Bila sudah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai kek dan bolehlah di potong.

Khamis, 26 Jun 2014

BUN KARI KENTANG

As-Salam buat semua...
Resepi roti terakhir yang saya entrikan hari ini demi nak menghabiskan tepung roti sebelum bulan puasa tiba.Kalau tidak ia akan terbiar hingga lepas raya nanti.Lagipun semua roti yang saya buat,uli dengan tangan sahaja,lagi lah malas nak buat campur dengan bulan puasa tak ada siapa pun nak makan roti homemade.

BUN KARI KENTANG
Sumber:yatiememories.blogspot.com.thanks

Bahan-bahan
250 gm high protein flour
50 gm gula kastor
1/2 suud teh garam halus
10 gm susu tepung
1/2 sudu teh bread improver
1/4 sudu teh bread softener
30 gm telur-pecahkan,kacau dan timbang
6 gm instant yeast
20 gm mentega
125 mi air suam

Cara membuat doh
  • Larutkan yis dalam air suam,biar berbuih.
  • Satukan semua bahan lain kecuali mentega,masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
  • Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal(lebih kurang 20 minit).
  • Bulat-bulatkan doh,letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih dan biarkan selama 45 minit hingga doh naik 2 kali ganda. 
Bahan inti
6 biji kentang
3 sudu besar serbuk kari ayam/daging-jadikan pes
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering
1 cawan daging/ayam kisar
garam dan gula
air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara membuat inti
  • Kentang dikupas dan di potong dadu dan ketepikan
  • Kisar bawang besar,bawang putih dan udang kering.Tumiskan bahan-bahan tersebut hinga naik baunya.
  • Masukkan pes kari dan kacau rata.
  • Kemudian masukkan kentang,daging/ayam kisar,air ,garam dan gula secukup rasa..
  • Masak dengan menggunakan api sederhana sehingga kentang empuk dan air kering.
  • Setelah masak,angkat dan sejukkan.
Untuk bun kari
  • Bahagikan doh kepada 9 bahagian atau mengikut kuantiti yang di inginkan.Leperkan doh,isi 1 sudu besar inti dan cantumkan.
  • Bulat-bulatkan ,susun dalam dulang pembakar yang telah di sapu dengan mentega.**saya letak dalam cawan kertas.
  • Buat hingga siap.Sapu sedikit air pada permuksaan roti.**saya hias dengan bijan dan almond slices
  • Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 200'c selama 20 minit atau hingga masak.
  • Keluarkan dari oven dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas.

Rabu, 25 Jun 2014

JAGUNG KUKUS KELAPA

As-Salam buat semua...
Resepi ringkas sahaja petang ini,iaitu jagung kukus .Di kenali juga sebagai Urap jagung.Yang biasa di jual di sini,Urap jagung menggunakan jagung yang di kukus hingga kembang betul dan hampir pecah bijinya.Yang tu lebih enak di makan dan lembut sahaja.Di dalam gambar di atas saya menggunakan jagung manis frozen kat pasaraya .

JAGUNG KUKUS KELAPA
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
isi jagung manis
kelapa muda-parut
gula pasir/susu pekat manis secukupnya
mentega
sedikit garam 

Cara membuatnya
  • Kukus atau rebus isi jagung sehinga masak sempurna.Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
  • Kemudian gaulkan dengan mentega,susu pekat manis/gula dan garam hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan kelapa parut dan gaul sehingga rata.
  • Sedia untuk di nikmati.

Selasa, 24 Jun 2014

QUICHE BERINTI SOSEJ

 As-Salam buat semua...
Mula-mula beli muffin pan nak buat Egg benedict.Lepas tu terjumpa pula dengan resepi ini semasa blog walking.Tertarik dengan Quiche yang menggunakan roti ini..terus berkenan(macam nak beli barang pula!).Sementara semua bahan-bahan sudah ada plan asal dah tertukar ..let's try buat.

QUICHE BERINTI SOSEJ
Resepi:LirikLagu.Net.Thanks

Bahan-bahan
6 keping roti(saya guna whole meal bread)
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu cair/susu segar/susu penuh krim
2 batang sosej-di belah dua dan hiris bulat
1/2 biji tomato-dadu
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk oregano
garam secukup rasa
cheese untuk topping  saya guna cheddar cheese

hiasan
serbuk daun parsley   saya guna daun ketumbar

Cara membuatnya
  • Letakkan roti dalam muffin pan.
  • Bancuh susu dan telur.*saya tambah hirisan daun ketumbar.
  • Masukkan inti sosej dan tomato.
  • Tuangkan bancuhan susu dan telur ke dalam roti dan taburkan cheese.
  • Taburkan juga serbuk daun parsley dan serbuk lada hitam.
  • Bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 170'c selama 20 -30 minit atau sampai masak.
**paipkan mayones dan sos cili di atasnya...lagi best!

Isnin, 23 Jun 2014

BANANA CHEESECAKE

 As-Salam buat semua...
Sesuai juga gabungan pisang dengan cheese menjadikan kek ni enak di makan.Teksturnya pula gebu dan lembap sahaja.Resepi ini menghasikan sebiji kek yang bersaiz sederhana,sesuai di buat hidangan minum petang.Kalau saya, makan kek tiga syif- pagi,petang dan malam ....barulah berbaloi, penat-penat buat kan!

BANANA CHEESECAKE
Sumber:dapurkakyah.blogspot.com/.Thanks

Bahan-bahan
4 biji telur -asingkan putih dan kuning
200 gm gula perang    saya letak 150 gm
1 cawan minyak masak
50 gm gula kastor 
1 1/2 cawan pisang yang telah di lenyekkan
1 sudu teh esen vanila
50 gm walnut cincang
50 gm kismis -hiris halus

Bahan di ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawn tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam

Cara membuatnya
  • Kuning telur di putar bersama gula perang hinga kembang.
  • Dengan menggunakan senduk,masukkan minyak masak,pisang,esen vanila.Kacau rata.
  • Masukkan bahan yang di ayak tadi.
  • Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.
  • Putih telur di putar hingga kembang dan beku.Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat.
  • Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati.
  • Gliskan tin pembakar dan alas dengan kertas kek yang di biarkan terlebih dari ketinggian loyang dan bakarlah kek selama 1 jam dengan suhu 180'c bergantung pada oven masing-masing.

Lapisan cream keju
250 gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20 gm tepung gandum
25 ml air

Cara membuatnya
  • Putar krim keju bersama gula hingga sebati
  • Masukkan telur,putar hingga kembang
  • masukkan tepung dan air,putar biar sebati.
Apabila kek sudah masak,tuang adunan krim keju ke atasnya, Simpan 2 sudu besar untuk buat corak atas kek.
Campurkan dengan sedikit pewarna pilihan pada lebihan adunan tadi dan buat lakaran marble atau corak yang di sukai di atasnya.
Bakar selama 15 minit.
Keluarkan kek dengan menggunakan lebihan kertas tadi.Biar kek sejuk dahulu sebelum di keluarkan.

Ahad, 22 Jun 2014

UDANG GORENG WANGI BEREMPAH

As-Salam buat semua...
Saya membeli Udang galah ni di pasar borong RTC di komplek hasil tani FAMA ,di kenali juga sebagai pasar TEMAN.Disitu berbagai jenis barangan dapur,sayuran bahan-bahan basah dan barang keperluan lain di jual dengan harga yang agak murah.Biasanya sayur dan kuih-muih di Kota Bharu ni,boleh di beli dengan harga serendah RM 1 sahaja.Udang galah ni pula masih dalam keadaan segar dan ada juga yang bertelur.

UDANG GORENG WANGI BEREMPAH
Resepi:Jorhan Abdul Malik/Majalah Rasa Mac 2014

Bahan-bahan
10 ekor udang galah
1/2 biji bawang merah/besar- di potong bulat
2 cm halia-di mayang
5 helai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara memasak
  • Bersihkan udang,tos dan keringkan airnya.Kemudian masukkan serbuk kunyit,serbuk cili,serbuk kari,serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.
  • Setelah itu masukkan garam secukup rasa
  • Gaul sebati udang dan perap seketika.
  • Panaskan minyak,tumis halia mayamg sehingga naik baunya dan masukkan udang dan daun kari
  • Akhir sekali,masukkan bawang merah dan biarkan sehingga layu.Sedia untuk di hidangkan.

Sabtu, 21 Jun 2014

BISKUT OAT EMPING JAGUNG

As-Salam buat semua..
Ada beberapa jenis biskut yang saya telah cuba buat,dan salah satunya adalah Biskut oat emping jagung ini.Penggunaan oat dan emping jagung telah menjadikan biskut ini bertambah-tambah rangup lagi.
Let's try buat...

BISKUT OAT EMPING JAGUNG
Sumber:Majalah Saji Ogos 2013

Bahan A
100 gm mentega tanpa garam
1 sudu kecil esen vanila
70 gm gula aising
1 biji telur gred A

Bahan B
100 gm tepung gandum
2 gm serbuk penaik
30 gm tepung jagung
*semua bahan di atas di ayak bersama

120 gm emping jagung-di ramas kasar
100 gm oat

Hiasan:coklat masakan -di cairkan

Cara membuatnya
  • Satukan dan pukul bahan A hingga kembang.
  • Masukkan bahan ayak,emping jagung dan oat.Uli hingga menjadi doh.
  • Bulatkan adunan menjadi bebola kecil.Aturkan dalam dulang yang digriskan mentega.
  • Bakar selama 20 minit dengan suhu 180'c.Hias dengan coklat cair apabila biskut sudah sejuk.

Jumaat, 20 Jun 2014

BANANA CUPCAKE


As-Salam buat semua...
Resepi asak kek ini adalah Kek pisang lembap dari blog Kak Azie.Menggunakan adunan yang sama ,cuma saya letakkan dalam acuan kek cawan.Ia tetap gebu dan lembut sahaja.Saya taburkan biji kuaci di atasnya sebagai hiasan.

BANANA CUP CAKE
Sumber:Azie Kitchen.thanks.
resepi asal:Kek pisang lembap

Bahan-bahan
4 biji pisang emas
1 cawan gula  kastor   saya guna 3/4 cawan
1 cawan minyak jagung
4 biji telur gred A

Bahan di ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan lain
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu kecil esen vanila
biji kuaci-hiasan

Cara membuatnya
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.Sediakan acuan kek cawan. Ketepikan.
  • Putar gula,telur dan minyak dalam anggaran 3-5 minit atau hingga putih.Masukkan pisang dan kacau rata.
  • Masukkan pula tepung yang di ayak sedikit demi sedikit.Kacau sebati dengan menggunakan spatula.
  • Masukkan esen vanila,jus limau dan gaul sebati.Tuang dalam acuan kek cawan,taburkan biji kuaci dan bakar sehingga masak atau sehingga permukaan atas kek berwarna perang.