Isnin, 31 Oktober 2011

IKAN SAMBAL BERMAYONIS

As-Salam buat semua...
Masakan ikan ini di buat untuk makan tengahari.ia sungguh menepati selera dengan rasa yang sedap.terimakasih untuk penyumbang resipi iaitu DJ yang cumel itu.


IKAN SAMBAL BERMAYONIS
Resepi : dayangjack.blogspot.com/.thanks 
Bahan-bahan :

  • 5-6 ekor ikan kembong atau lain-lain jenis ikan (dibersihkan dan digoreng seperti biasa hingga 3/4 masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 sudu besar cili giling
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • 2 sudu makan mayonis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
Cara membuatnya 
  • Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  • Masukkan ikan goreng tadi dan gaul-gaulkan ingga bersalut dengan sambal. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu.
  • Setelah masak, angkat dan hiaskan dengan bawang yang sudah digoreng tadi. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Ahad, 30 Oktober 2011

TAUHU KUKUS SOS TIRAM

As-Salam ...saya membuat tauhu kukus ni pada pagi Jumaat yang lepas yang kebetulannya cuti selepas kerja malam(scary night duty he..hee)...pagi-pagi dah makan tauhu,ada orang kisah!.rasanya yang sedap sekali di tambah pula tauhunya yang amat lembut ..smooth aje masuk dalam mulut.Lain kali rasa nak buat lagi.Saya dapat resipi tauhu kukus ni kat Blog Dayang Jack yang cumel tu.Saya kongsi di sini pula untuk rujukan.
TAUHU KUKUS
Sumber:dayangjack.blogspot.com/Dapurku sayang
Bahan-bahan
  • 1 keping tofu lembut-di kukus 5-7 min.
  • 2 sudu mkn. sos tiram
  • 2 sudu mkn. sos cili
  • 1 sudu mkn. kicap manis
  • 1 sudu kecil madu(pilihan)
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 1/4 kiub ayam/ikan bilis
  • sedikit minyak masak
  • 1 sudu mkn. kacang tanah kisar
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air
  • 1 batang sosej(saya tambah)


Cara membuatnya
  • Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga terbit bau.
  • Kemudian masukkan sos tiram,madu, sos cili,kicap manis,kiub ayam,sosej dan sedikit air.Kacau sebati.
  • Setelah masak,angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah di kukus tadi.
  • Taburkan kacang tanah dan daun bawang.Hidangkan.

BLENDED ORANGE CAKE


As-Salam semua buat pembaca sekelian.Di petang yang damai ini beserta dengan hujan yang tak berhenti -henti semenjak dari pagi lagi, rasa sungguh tenang sekali duduk depan komputer sambil makan kek oren yang sedap ini.wah..bunyi macam jiwang-jiwang pulak...memang pun!
 
Walaupun ia cuma kek kosong sahaja tetapi ia sungguh lembut dan lembab sekali.Pukul 1 petang masak,pukul 2 petang dah tinggal 1/4. Patutlah semasa saya singgah kat mana-mana blog masakan dah ramai orang membuat kek ini.Resipi di ambil dari Blog Yatimemorries.Terimakasih ye di atas resipi kek yang sedap ini buat di makan bersama secawan nescafe.(Adaptasi dari ayat- buat menyapu si airmata).

BLENDED ORANGE CAKE
Bahan-bahan
  • 1 biji buah limau sunkist
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula kastor(saya guna 1 1/2 cawan)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt.baking powder
  • 1 sudu besar oren sunquik(pilihan)
Cara membuatnya
  • Ayak gandum bersama baking powder.Ketepikan.
  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Cuci buah limau,parut sedikit kulitnya dan potong serta buang biji dan urat putihnya .
  • Potong lagi buah limau kecil-kecil,masukkan ke dalam blender bersama gula dan kisar hingga halus.
  • Putar telur hingga kembang.Tuang bahan yang di kisar ke dalam mangkuk.
  • Tambahkan jus oren sunquik, masukkan minyak sambil di kacau rata.
  • Tuangkan tepung sedikit-sedikit hingga habis sambil di kacau sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas.
  • Bakar pada suhu 170'c selama 40min.-1 jam atau sehingga masak
*cara membuat kek ini telah di olah dari cara  membuatnya yang sebenar.Suka sangat memandai-mandai!

Sabtu, 29 Oktober 2011

TELUR DADAR BERSAYUR

Salam bahagia buat semua ...

Petang tadi kakak membuat permohonan(bunyi macam isi borang je!) nak makan telur dadar yang di hiris cili di dalamnya serta di letakkan sedikit sayur.Baru-baru ni dia dah mula' termakan' sayur.Saya suka juga sebab pola pemakanannya dah berubah.Sekarang ni dia suka makan fresh tomato di buat ulam.Hari-hari makan tomato tapi hanya makan tomato besar yang di beli kat Tesco sahaja.Tomato beli kat pasar tak nak makan..katanya masam!.Ini adalah salah satu menu kegemaran kakak.Besok-besok kalau kakak nak buat telur ni sila rujuk resipi di bawah ye!.senang sangat...

TELUR DADAR BERSAYUR
sumber:Dari dapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 helai daun kubis-hiris halus
  • 1 biji lada merah-hiris nipis
  • garam secukup rasa
  • sedikit daun ketumbar-hiris nipis
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
Cara membuatnya
  • Panaskan secukup minyak di dalam kuali.
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul hingga sedikit kembang.
  • Masukkan bawang kisar, lada merah,kubis,daun ketumbar dan  garam.
  • Kacau hingga bergaul rata.
  • Bila minyak panas,masukkan adunan telur dengan perlahan-lahan.
  • Tunggu sehingga bahagian bawah garing baru balikkan di sebelah lagi.
  • Bila masak ,angkat dan hidangkan .Makan semasa masih panas-panas.

SAHABAT SEJATI

SAHABAT UMPAMA TANGAN DAN MATA
Masih adakah sahabat sejati di dunia ini?barangkali ada yang menjawab YA dan ada juga yang mengatakan TIDAK.Kebanyakkan orang akan kata ,kawan memang ramai tetapi sahabat belum tentu.Sebab antara kawan dan sahabat ada perbezaan.
Kawan senang di cari tetapi tidak sahabat.Kita boleh berkawan dengan sesiapa sahaja yang kita suka dan memiliki seberapa ramai  kawan yang kita mahu(macam kat Facebook tu).Namun sahabat hanyalah untuk orang tertentu sahaja.Sahabat lebih akrab hubungannya.Susah senang segalanya boleh di kongsi bersama.
Apa pula kaitan tangan dan mata dengan persahabatan.Jawapannya adalah persahabatan itu seperti tangan dan mata.Ketika tangan terluka,mata menangis dan saat mata menangis,tangan menghapuskan air mata.

Sahabat sejati adalah sahabat yang sama-sama mahu menempuh saat suka dan duka.Sahabat begini sesungguhnya susah di temui tetapi ada di dunia ini. Cuma masa dan keadaan  akan menemukam kita dengan sahabat sejati.
                                                                                                                                                             Pengalaman kita bersama sahabat kadang-kadang membuatkan kita sangat lelah dan terasa jengkel.Tetapi itulah yang mengikat tali  persahabatan semakin mempunyai nilai indah.
Setiap pesahabatan akan berdepan dengan cabaran tetapi akan sentiasa mengatasi cabaran hingga mengukuhkan perhubungan itu.Sahabat akan mewarnakan dunia persahabtan dengan segala pengalaman suka dan duka.kadangkala terhibur,adakala berjauh hati,di beri perhatian,tidak kurang di kecewakan,didengar dan diabaikan,dibantu- ditolak namun semua itu tidak pernah sengaja di lakukan.

Semua orang memerlukan sahabat sejati,namun tidak semua orang beruntung mendapatkannya.Banyak juga orang yang telah menikmati indahnya persahabatan.Namun ada juga  yang begitu hancur  kerana di khianati sahabatnya.


Sumber:Mingguan Wanita Julai 2011
Gambar:Cik Google

LONTONG/KUAH LODEH

As-Salam semua..resipi kuah lodeh ini saya buat semasa hari raya ke -3 yang lepas tapi baru sekarang dapat giliran nak masuk ke blog.Resipi asal  di ambil dari blog Potret kasih.Terimakasih ye.Saya ingin berkongsi di sini pula sebagai rujukan di masa akan datang.

SAYUR LODEH
Sumber:Potret kasih

Bahan-bahan
  • 1/2 biji kobis
  • 1 biji karot
  • 1 biji terung
  • 20 btg kacang panjang
  • 1 keping tempe  – dipotong dan di goreng sebentar.
  • 4 biji kentang - dipotong kecil
  • 1 paket suhun ( 50 g )
  • 2 keping tauhu-di goreng dan di potong kiub
  • 100 g udang basah
  • 1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
  • 2 keping fucuk
  • garam/gula secukup rasa

Bahan kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3/4 inci halia
  • 3/4 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 4 biji cili merah
  • 1 inci kunyit hidup

Cara membuatnya
  • Semua sayuran di bersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  • Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  • Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.
  • Masukkan  santan pekat dan sayuran yang lain, suhun, fucuk,tauhu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
  • Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
 Nasi impit
  • Paling senang, beli yang siap di jual dalam plastik, jenama berbagai (Nona, Adabi dan sebagai)
  • Basuh plastik berisi beras dan rebus dalam air yang melitupi plastik beras .Kalau air kurang, tambah lagi ke dalam periuk.
  • Semasa di dalam periuk balik- balikkan kampit nasi supaya masaknya rata.
  • Boleh di masukkan daun pandan dan garam ke dalam air rebusan.
  • Apabila sudah masak, angkat nasi impit, kemudian perlulah di sejukkan selama 12 jam sebelum dipotong. Jika tidak, nasi impit  tidak akan menjadi mampat. 
*biasanya arahan memasak nasi impit sudah ada di plastik pembungkusan.
    * kuah lodeh yang saya buat di atas tidak di letakkan banyak sayur-anakku tak makan sayur!

    Jumaat, 28 Oktober 2011

    JUS FRESH ORANGE ROSELLE


    Roselle ataupun juga dipanggil asam paya, asam kumbang dan asam susur merupakan tumbuhan daripada spesies Hibiscus sabdariffa L. Roselle mempunyai keluarga yang sama dengan bunga raya (Hibiscus rosasinensis). Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga pendapat yang mengatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Tumbuhan Roselle ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau. Di India Barat ia dipanggil Jamaican Sorrel.
    Pokok roselle boleh tumbuh daripada biji benih atau keratan dengan ketinggian yang boleh mencapai sehingga 3–5 meter serta mengeluarkan bunga hampir sepanjang tahun. Bunga roselle berwarna cerah, salut bunga atau kaliksnya berwarna merah gelap dan lebih tebal jika dibandingkan dengan bunga raya biasa. Bahagian bunga roselle yang boleh diproses menjadi makanan ialah salut bunganya (kaliks) yang mempunyai rasa yang amat masam. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan makanan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

    Daun dan batang muda roselle boleh juga dimakan sebagai ulam atau salad dan juga sebagai perisa di dalam kuah kari. Sementara itu di Afrika, biji roselle dimakan kerana dikatakan mengandungi minyak tertentu. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.

    Pokok roselle adalah sejenis pokok yang mudah ditaman.Cara penanamannya dengan menggunakan biji yang kering kemudian disemai.Satu pokok boleh mengeluarkan buah yang banyak.Pokok ini jenis bercabang-cabang serta tahan lama.Cara penjagaanya pula amatlah mudah jika cuaca panas ia memerlukan banyak air,dan pembajaannya adalah setengah bulan sekali.(Sumber:wikipedia)

    Jus Fresh Orange Roselle
    Sumber:dari dapur

    Bahan-bahan
    • 3 biji fresh orange
    • 2 sudu besar jus roselle
    • beberapa ketul ais kiub
    • 2 cawan air sejuk
    Cara membuatnya
    • Basuh fresh orange dan belah dua serta perahkan jusnya.
    • Masukkan jus roselle ke dalam gelas sesuai dan tambahkan jus fresh orange.
    • Tambahkan sedikit air dan ketulan ais kiub.Sejukkan.
    • Sedia untuk di minum...sungguh menyegarkan.
    Gambar roselle:Cik Google

    IKAN CENCARU SUMBAT

     As-Salam buat semua..
    Ikan cencaru sumbat boleh di bakar dan juga di goreng saja.Cadang mulanya nak di bakar sahaja tetapi hari ni hujan lebat sangat tak jadi nak bakar.Bila di goreng dah terbako pulak sebab tu nampak hitam.Inti yang di sumbat pun tak nampak lagi tapi ada tu.. kat dalam badan ikan ,malu nak menonjolkan diri.

    IKAN CENCARU SUMBAT
    Sumber:yatiememories.blogspot.com.Terimakasih di atas resipi ini.Saya kongsi di sini pula ye!.

    Bahan-Bahan

    • 3 ekor ikan cencaru
    • 1 biji bawang besar
    • 1 ulas bawang putih
    • 1/2 in kunyit hidup
    • 1 biji cili merah
    • 3 - 5 biji cili api
    • sedikit belacan(saya guna cencaluk)
    • 3 sudu besar air asam jawa pekat
    • 1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
    • garam
    • gula
    • minyak
    Cara membuatnya
    • Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
    • Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
    • Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
    • Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
    • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.
    Cara bakar.
    ** Setelah siap semuanya, saya bungkus ikan dlm aluminium foil dan letak di loyang. Saya bakar dlm 45 minit. Siap utk di hidangkan.
     

    BAHAGIA

    Di pagi Jumaat yang mulia ni marilah kita bermuhasabah diri sekejap...

    Setiap manusia,Allah bekalkan dengan akal dan tubuh badan serta kekuatan tersendiri.Terpulang pada manusia  itu untuk melihat dan mencari di mana kekuatan yang ada padanya dan menggunakan seluruh kekuatan tersebut.
    Manusia memang punya kelemahan,namun dia juga ada kelebihan dan kekuatan dan keistimewaan diri sendiri.
    Bahagia bukan pada benda dan apa yang ada.Bahagia itu daripada hati dan cara kita melihatnya. Bahagia juga bukan destinasi tetapi adalah pilihan kita.Jika kita memilih untuk  menjadi bahagia,kita akan bahagia walaupun tanpa kemewahan.
    Jika kita memilih untuk tidak merasa bahagia,kita akan merasa malang,walaupun banyak nikmat di sekeliling kita.
    Cuba cari kelebihan diri dan gunakan ia sebaik mungkin.Senyum dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada adalah kunci kebahagiaan.Rasulullah berpesan bahawa, hidup orang islam bertuah dan bahagia kerana apabila dia mendapat nikmat,dia bersyukur dan apabila mendapat ujian ,dia bersabar.
    Setiap hari jika kita melihat kehidupan orang lain sentiasa baik dan di penuhi gelak ketawa serta keluarga bahagia jangan cuba membandingkan dengan kehidupan kita kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
    Sumber:Datuk Dr.Mashitah-Majalah Wanita
    Gambar:Cik Google

    Khamis, 27 Oktober 2011

    SALAD BUAH


    Salad buah yang sedap ini di buat oleh Cik Nor semasa jamuan hari raya penghujung Syawal hari tu.Saya lupa kat mana ambil resipinya dan setelah di buat sedikit 'penambahbaikkan' pada resipi  ini maka terhasil lah salad buah yang glamer ini.Apapun terimakasih kepada penyumbang resipi .Biasanya kalau buat masa jamuan kat tempat kerja cepat saja habis!.
    Ia adalah dessert yang sedap di makan bagi yang tidak suka makan fresh fruit seperti saya.Kalau buat salad dan jus kemudian  di makan sejuk-sejuk barulah saya akan makan buah-buahan.Laa..tak leh dietlah kalau gitu!.

    SALAD BUAH
    Bahan-bahan
    Buah pilihan-saya biasa guna:
    • 1 biji honey dew
    • 4 biji epal merah/hijau
    • 2 biji mangga masak
    • 1/2 biji betik masak
    • 1 tangkai anggur merah dan hijau
    • 1 tin nenas kiub(saya tambah)
    • mayones secukupnya
    • sedikit gula
    • 1 cawan yogurt apa2 perisa(saya tambah)

     Cara membuatnya
    • Basuh bersih semua buah-buahan .
    • Masukkan air ke dalam bekas dan perahkan sedikit air limau nipis(supaya buah tidak bertukar warna bila di potong).
    • Potong dadu buah-buahan dan masukkan ke dalam air kecuali betik dan mangga.Toskan
    • masukkan semua buah-buahan ke dalam mangkuk besar dan tambahkan sedikit gula,mayones,yogurt dan nenas tin(buangkan sirapnya).
    • Gaulkan hingga bercampur rata dan sejukkan .
    • Sedia untuk di hidangkan.
    *buah ini di potong dengan kerjasama Cik Pah yang cumeel tu!

      BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE

        Lagi versi kek coklat yang telah saya cuba.Ada bermacam-maca jenis kek coklat dan di letak berbagai nama dan semuanya sedap-sedap belaka.Tinggal ambil masa nak buat sahaja di sebabkan kesuntukan masa kadang-kadang mengambil masa yang agak lama untuk membuat dan mencuba sesuatu resipi baru.Saya cuma dapat membuat kek hanya pada hari tidak bekerja sahaja.Walaupun rupa mu black tapi beauty and delicious!!!


      Black Beauty Chocolate cake
      Bahan A
      • 2 cawan tepung gandum/superfine
      • 3/4 cawan serbuk koko
      • 2 sdt.soda bikarbonat
      • 2 sdt.serbuk penaik
      Bahan B 
      • 2 cawan gula kastor
      • 1 cawan susu cair
      • 1 cawan minyak masak/mentega cair
      • 1 cawan air panas suam
      • 1 sdb.coklat emulco
      • 3 biji telur
      cara membuatnya
      • Ayak bahan A .Ketepikan.
      • Campurkan semua bahan B dan kacau sebati-guna whisker.
      • Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan gaul rata.
      • Bakar pada suhu 150'c selama 50 min.hingga 1 jam bergantung pada oven masing-masing.
      Topping-mudah dan sedap
      • 1/2 cawan serbuk koko
      • 1 cawan gula
      • 2 1/2 cawan air(saya guna susu cair)
      • 1/2 cawan tepung jagung
      • 2 sdb. mentega
      Cara membuatnya
      • Masuk semua bahan kecuali serbuk koko  dalam non stick pan dan masakkan atas dapur dengan menggunakan api kecil.Sentiasa di kacau.
      • Bila semua hampir larut masukkan serbuk koko dan kacau hingga rata.
      • Bila siap,sejukkan sebentar dan curah terus di atas kek.Hias ikut kreativiti masing-masing
      Sumber resipi:Yatimemories.blogspot.Terimakasih!

      IKAN MASAK KICAP SEDAP

       As-Salam buat semua...
      Ikan masak kicap ni sedap sangat kalau sekali-sekala di makan dengan nasi panas.Kita boleh menggunakan Ikan kembung dan Ikan bawal.Di dalam resipi ini saya menggunakan ikan tongkol.
      IKAN MASAK KICAP SEDAP
      Resepi: : dayangjack.blogspot.com/ thanks
      Bahan-bahan :

      • 4 ekor ikan kembong besar (digoreng seperti biasa)
      • 1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
      • sedikit hirisan cili benggala 
      • sedikit cili giling
      • 1 sudu besar kicap pekat
      • 2 sudu besar kicap manis
      • 2 sudu besar sos tomato
      • 1 sudu besar sos tiram
      • 3 helai daun limau purut-hiris halus
      Bahan-bahan kisar :
      • 1/2 labu bawang besar 
      • 4 biji bawang merah
      • 2 ulas bawang putih
      • 1/2 inci halia
      Cara membuatnya :
      • Tumis bahan-bahan kisar hingga berbau wangi. Kemudian masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
      • Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap manis dan sos tomato. Kacau hingga sebati. Masukkan air secukupnya. 
      • Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang goreng dan cili benggala. Gaul-gaulkan selama lebih kurang 1 minit. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan. 
      • Setelah sebati, tutupkan api. 

      Rabu, 26 Oktober 2011

      PASANGAN BAHAGIA

      PASANGAN SEIRAS SELALUNYA BAHAGIA

      Kata orang,kalau seseorang itu ada mirip-mirip wajah kita dia adalah jodoh kita.Kalau kita renung-renungkan pasangan suami isteri ,kata-kata itu mungkin ada benarnya.Tengoklah kebanyakkan mereka,memang ada iras-iras bukan?kecuali mereka yang berkahwin berlainan bangsa.


       Jadi,bolehkah persamaan wajah ini menjadi alasan untuk rasa cenderung terhadap satu sama lain?jawapannya boleh.Satu lagi yang kita boleh perhati dan ambil pelajaran adalah apabila kita berkahwin,lama kelamaan kita akan dapati pasangan kita itu semakin mirip dengan wajah kita,walhal sebelumnya adalah berlainan,kecuali mereka yang berkahwin berlainan bangsa.
      Perasan atau tidak hal ini memang ada benarnya.Rajin -rajinlah membelek wajah pasangan bahagia,selalunya mereka ada persamaaan wajah meskipun wajah ketika mereka berkahwin dulu jauh berbeza.
      Seiring waktu, pasangan akan semakin mirip satu sama lain dengan syarat mereka adalah pasangan bahagia.Jadi usah risau  oleh wajah anda yang kurang cantik sewaktu hendak berkahwin.
      Jika pasangan anda itu ada rupa dan anda berdua menjadi pasangan yang bahagia,ada harapan ketampanan wajahnya itu akan berjangkit kepada anda pula.
      Tetapi andainya anda seorang yang jelita tetapi tiada memperolehi kebahagiaan dalam perkahwinan,boleh jadi anda akan bertukar buruk meskipun pasangan anda itupun seorang yang kacak.
      Oleh itu berbahagialah  kamu sebab bahagia akan memulihkan  struktur wajah anda selari dengan kebahagiaan yang anda nikmati itu.

      Sumber:Dr Hm Tuah Iskandar Al-Haj
      Gambar:Cik Google

      MAKARONI BAKAR BEREMPAH


      As-Salam buat semua..
      Saya suka makan pasta.Salah satunya adalah Makaroni Bakar.Selain dari bakar, makaroni juga boleh di buat goreng dan di masak sup.Semuanya sedap tak kiralah masak apa cara pun...kalau hati sudah suka semuanya indah dan sedap belaka.
      Makaroni tidak boleh di rebus lama sangat nanti ia akan menjadi lembik ..al-dente,orang kata,dan masakan yang di buat jadi tidak sedap.Cara-cara memasak pasta ada di terangkan dalam entri saya yang lepas.Sila rujuk pada info tentang pasta.

      Makaroni Bakar Berempah
      Bahan -bahan
      • 250 gm. makaroni
      • 400 gm.(1 paket )daging/ayam kisar Ramly 
      • 4 labu bawang besar-potong kiub
      • 1 labu bawang putih-cincang
      • 1 cm.halia-cincang
      • 1 peket bawang goreng
      • 1 ikat daun bawang/sup-potong halus
      • 1 biji cili merah-hiris halus
      • 4 sdb.cili kering kisar
      • 4 sdb.rempah kari daging Adabi
      • 1/2 peket sayur campur(frozen)
      • 8-10 biji telur ayam-di pukul sedikit
      • garam/gula secukup rasa
      Cara membuatnya
      • Rebus air hingga mendidih .Letak sedikit garam dan masukkan makaroni dan sedikit minyak.Rebus sehingga makaroni masak.
      • Angkat dan toskan.Ketepikan.
      • Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dadu,bawang putih dan halia cincang tadi.
      • Bila naik bau masukkan cili kisar dan goreng hingga cili masak .Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan air.
      • Bila rempah kari masak, masukkan daging/ayam kisar,sayur campur dan gaul rata.
      • Tunggu hingga daging/ayam masak barulah di masukkan makaroni dan balik-balikkan hingga rata.
      • Padamkan api dan masukkan bawang goreng,daun bawang/sup,garam/gula dan telur(simpan telur sedikit utk.di curah atas makaroni sebelum di bakar).
      • Bila semua sudah bergaul rata masukkan di dalam bekas yang sesuai dan curahkan telur yang selebihnya tadi.
      • Bakar pada suhu 180'c sehingga masak.Bila masak sejukkan sebentar dan taburkan bawang goreng,cili yang di hiris dan daun sup/bawang.
      • Sedap di makan dengan sos cili dan mayones.Selamat mencuba.

      Selasa, 25 Oktober 2011

      WALNUT BREAD


      Baking projek hari ini semata-mata nak menghabiskan baki tepung roti yang masih ada,kalau tidak tak boleh gi 'membeli-belah' kat kedai bahan-bahan kek.
      Saya bersua dengan resipi roti ini semasa blog walking kat fotopages Kak Rusnah.Sekali tengok nampak  macam cekodok pula.Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi roti yang sedap ini.Sebaik aje keluar dari oven semua pakat makan masa panas-panas.Sekejap dah habis.Penat pun tak hilang lagi.
      Gambar di atas adalah sebelum roti di bakar dan telah siap di paipkan dengan mexican  cream.

      Walnut Bread
      Bahan-bahan
      • 260 ml.air sejuk
      • 1 biji telur
      • 50 gm.mentega
      • 500 gm.tepung roti
      • 11 gm.yis segera
      • 100 gm.gula
      • 1 sdt.pelembut roti
      • sedikit garam
      • inti-kismis/kacang merah
      • 1 biji telur-di pukul utk di sapu atas roti
      • 60 gm. walnut cincang

       Cara membuatnya
        • Uli semua macam biasalah kan... biarkan naik kemudian potong setiap satu seberat 60 gm.
        • Isikan intinya di dalam kemudian bulat-bulatkan dan sapu telur di atasnya.
        • Tekapkan permukaan roti dengan walnut cincang.
        • Biarkan ia naik sekali lagi kemudian paipkan dengan mexican cream.
        • Bakar pada suhu 180'c selama lebih kurang 20 min.
        Mexican Cream
        • 100 gm.tepung gandum
        • 100 gm. mentega
        • 100 gm.gula kastor
        • 2 biji telur
        • 1 sdt.esen vanila
        *Semua bahan di campur sebati dan masukkan dalam beg  plastik kecil.Bila nak paipkan atas roti, gunting bucu plastik tersebut.

        PUDING

        TEKNIK MEMBUAT PUDING

        Bahan-bahan asas membuat puding adalah telur,susu dan gula.Puding karamel yang asli hanya menggunakan esen vanila untuk menambah rasa dan aromanya tetapi rasanya juga boleh di pelbagaikan dengan menambah perisa nescafe,pandan atau coklat.
        Teknik yang paling penting  dalam membuat puding karamel adalah ketika membuat gula karamelnya.
        Gula karamel juga di kenali sebagai gula perang.
        Gula ini di panaskan sehingga bertukar menjadi perang dan jangan biarkan gula yang di panaskan itu menjadi hangus.Gula yang hangus membuat puding menjadi pahit dan tidak  enak untuk di makan .
        Gula yang sudah menjadi perang sepenuhnya harus  di tutup apinya dan serta merta tuangkannya ke dalam loyang.Biarkan gula itu mengeras sebelum menuang adunan puding nanti.
        Gula yang sedang di cairkan hanya perlu di kacau sekali-sekala,jangan kacau dengan terlalu kerap dan keterlaluan kerana ia akan merubah kristal gula dan mengganggu pencairan gula.

         Gunakan api yang sederhana  agar gula dapat di perangkan dengan sekata dan terkawal.

        Untuk membuat pudingnya pula,sila pastikan ketika membancuh adunan puding jangan memukul susu,telur dan gula terlalu kuat.
        Memukul dengan kuat akan membentuk buih yang akan menyebabkan permukaan puding kasar dan berbintik-bintik.
        Tapis bancuhan ke dalam loyang yang mengandungi gula karamel tadi.

        Menapis dapat membuang chalazae(seakan-akan bentuk jeli putih) yang melekat di antara putih telur dan kuning telur .Ini penting untuk mendapatkan puding yang licin dan bersih.
        Terdapat dua teknik memasak puding karamel iaitu mengukus dan menggunakan steam bake(kukus dan bakar).Steam bake adalah teknik yang menggunakan oven.

        Caranya,letakkan air lebih kurang 1/4 penuh di dalam dulang,kemudian letakkan loyang yang berisi puding di atas dulang yang berisi air tadi.Pastikan dulang yang berisi air tadi lebih besar dari  loyang yang mengandungi puding.
        Masukkan  di dalam ketuhar dan bakarlah seperti biasa.Anda di galakkan menggunakan api di atas dan bawah supaya puding anda masak dengan sekata.
        Itulah teknik-teknik membuat puding karamel dari dapur Azli Razali.Terimakasih di atas panduan yang berguna ini.Saya letakkan di dalam blog ini sebagai rujukan untuk anak-anak saya di kemudian hari.
        Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Deepavali dan ambilah kesempatan cuti ini untuk membuat puding karamel.
        Sumber gambar:Cik Google

        Isnin, 24 Oktober 2011

        KEK SPONGE BLUEBERI

        As-Salam semua.....hari ini terasa nak makan kek.Sudah lama tidak membuat kek.Misi pertama saya ialah memeriksa peti Doraemon apa bahan yang masih ada.Mula-mula nak buat Kek sponge blueberi setelah terjumpa blueberi filling dan tepung sponge mix.Alahai krim putarnya tiada yang ada cuma krimwell.Buatlah juga walaupun aising krimwell bukanlah paduan yang sesuai untuk blueberi filing.
        Apapun kita layan resipi kek sponge yang di ambil dari Blog Ummi Zaihadi-Home sweet home.Terimakasih kerana sudi berkongsi resipi.Saya letakkan di sini sebagai rujukan.

        KEK SPONGE BLUEBERRY
        Bahan-bahan kek
        • 250 gm.tepung sponge mix vanila
        • 3 biji telur ayam
        • 125 ml.air
        • 125 ml.minyak   
                                                                        Cara membuatnya 
        • Panaskan oven selama 10 min.pada suhu 175'c.
        • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak  dalam mangkuk adunan dan putar pada kelajuan tinggi selama 8 min.
        • Masukkan minyak dan kaup balikkan sehingga rata.
        • Masukkan aduinan dalam loyang yang telah di alas.
        • Bakar selama 25-30 min. atau sehingga masak .Biar sejuk dulu dalam loyang baru di keluarkan .
        *saya membuat 2 warna pada adunan kek ini.
        Aising krimwell
        • 500 gm.krimwell
        • 250 gm.gula aising-ayak 3 kali(saya guna 200gm.)
        Cara membuatnya
        • Putar krimwell bersama gula hingga ringan dan gebu.
        • Sedia untuk di sapu atas kek.
                                                        Cara menghias kek
        • Ambil kek dan potong dua lapisan .
        • Sapukan dengan aising dan letakkan kek yang selapis lagi.
        • Sapu keseluruhan kek dengan aising dan akhir sekali curahkan blueberi filing di atas kek.
        • Sejukkan di dalam peti sejuk sebentar dan bolehlah di makan.

        SUP SAYUR BEBOLA IKAN

        As-Salam semua,semalam saya bercuti. Periksa peti sejuk nampak ikan banyak dalam simpanan semuanya tengah kesejukan .             Saya rasa nak buat bebola ikan supaya ikan tu cepat habis .Bebola ikan yang di buat sendiri dan jadikan sup sayur sangat sedap di makan begitu saja.Tak payah makan nasi pun tak apa.

        SUP SAYUR BEBOLA IKAN
        Olahan:daridapursuzana
         
        Bahan-bahan bebola ikan
        3 keping ikan tenggiri/ikan pilihan
        2 sudu besar tepung jagung
        sedikit garam dan lada sulah/lada hitam
        daun sup/bawang-di hiris halus.
        Cara membuatnya
        • Basuh bersih ikan ,ambil isinya sahaja dan tumbuk sehingga hancur.
        • Masukkan ke dalam mangkuk kemudian tambahkan garam,daun bawang/sup,lada sulah/lada hitam dan tepung jagung.
        • Gaulkan sehingga rata dan bulatkan  kecil-kecil.
        • Buat sehingga habis dan ketepikan.
        Bahan-bahan sup sayur
        2 ulas bawang merah-cincang
        3 ulas bawang putih-cincang
        2 sdb. sos ikan/garam/gula
        1 sdb.sos tiram
        3 helai daun kubis/sayur pilihan
        1 biji tomato-belah 6
        1 batang karot-potong bulat
        Cara membuatnya
        • Panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang merah,bawang putih hingga naik bau.
        • Masukkan sos tiram dan tambahkan air.
        • Masukkan bebola ikan tadi dan tunggu sekejap hingga bebola ikan masak dan kuah mendidih.
        • Masukkan sayur kubis/sayur pilihan serta karot.
        • Perasakan dengan sos ikan/garam dan sedikit gula.
        • Akhir sekali masukkan tomato dan bolehlah di hidangkan.