Isnin, 30 Mei 2016

MEE SUP

Assalam buat semua..
Menu malam,sebab tidur lewat dah terasa lapar pula.
intai dalam peti sejuk cuma ada brownies saja.
Malas la nak makan brownies malam-malam
masak mee kering la..
Mee rebus biasa saja,letak nama mee sup.
tapi tak guna pun perencah sup cuma mee celur dan campur dengan bahan-bahan lain sahaja.
Bolehlah buat penghilang sengsara lapar,buat seketika..
Let's try masak

MEE SUP

Bahan-bahan
1 paket mee kering-celur dan toskan
1 pokok sayur sawi
1/2 dada ayam-potong kecil
1/2 biji tomato-potong kiub
4 ulas bawang putih-ketuk
1/2 labu bawang  besar-hiris nipis
serbuk lada hitam
maggi cukup rasa
2 sudu besar minyak canola
sos ikan secukup rasa

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak canola,masukkan bawang besar dan bawang putih.
  • Tumis hingga naik bau.
  • Tambahkan air secukupnya untuk kuah.
  • Masukkan isi ayam dan biarkan mendidih
  • Tambahkan serbuk lada hitam dan serbuk cukup rasa serta sos ikan secukupnya.
  • Akhir sekali masukkan sayur sawi,tomato, mee yang telah di celur tadi.Gaul rata.
  • Biarkan sebentar,bolehlah di hidangkan.

Sabtu, 28 Mei 2016

BBQ CHICKEN PINWHEELS

Assalam buat semua..
Dalam resepi ini saya mengunakan kulit pastri puff readymade saiz 10x10.
Resepi ini ringkas sahaja dan mudah di buat.
Telah di ubah-suai ikut bahan-bahan yang ada di dapur.
sesuai untuk di buat kudapan makan-makan pada waktu senggang.
Resepi sebenar ada di  https://www.buzzfeed.com/tasty
Let's try baking.

Bahan-bahan
1 keping pastri puff saiz 10 x10
1/2 cawan isi ayam rebus-di carik-carik(saya ganti dengan daging cincang
1/2 biji bawang besar-cincang
1 cawan keju parut
1/2 parsly-cincang

Cara membuatnya
  • Tumis daging cincang sekejap hingga masak.
  • Bentangkan pastri puff,sapukan dengan sos BBQ.
  • Taburkan daging cincang,bawang besar,hirisan daun parsly. 
  • Taburkan keju parut rata-rata.
  • Kemudian gulungkan pastri puff tadi dan potong bulat sampai habis.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 200'c selama 15 minit atau sehingga pastri puff jadi garing.
  • Sedap di makan dengan sos.

Ahad, 22 Mei 2016

KEK BUTTER STRAWBERY PANDAN- melt cheese inside

 Assalam buat semua..
Petang semalam dok scroll FB, terjumpa resepi mudah Ni kat FB Azlina Ina.Panjang berjela nama resepinya.
Beliau suka post resepi yang mudah-mudah siap dengan gambar step by step.Thanks Ina.saya share di sini pula.
Keknya gebu dan moist juga,kelainannya sebab ada lapisan cheese
tapi cheesedale kraft yang di lapis tak melt pula.
Ingat nak letak banyak tapi ada 2 keping je yang tinggal.
Lepas Isya'terus masuk dapur lagi..baking.Petang tadi pun dah masuk dapur buat Puding karamel.
ada orang tu.. request nak makan Puding karamel.
Biasanya jarang saya masuk dapur pada waktu malam.
Kecuali nak 'mengintai' makanan dalam peti sejuk.
Bahan-bahan semua ada..ok,on saja!.
masih lagi dalam mood bercuti hujung minggu dan cuti Wesak,jadi boleh buat makan-makan hari ini.
Let's try baking.

KEK BUTTER STRAWBERY PANDAN melt cheese inside.

Bahan-bahan     -loyang saiz 6 /aluminium saiz 8x4.
1/2 cawan butter/marjerin
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar susu pekat manis-saya tambah

3 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepug jagung
1 sudu kecil baking powder
*jika ingin kukus tambah 1 sudu kecil soda bikarbonat

pewarna hijau dan perisa pandan
pewarna pink dan perisa strawbery
*boleh di guna pewarna dan perisa pilihan sendiri

kepingan cheesdale atau cheddar cheese blok-hiris nipis secukupnya

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 170'c.
  • Putar laju gula,susu pekat manis dan butter hingga ia ringan dan gebu(warna jadi putih).
  • Masukkan telur satu persatu sambil terus di putar.
  • Selang di antara satu telur selama 1 minit.Putar sebati.
  • Ayakkan kedua tepung bersama baking powder.
  • Perlahan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.Putar lagi hingga bergaul rata.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Warna hijau letak perisa pandan dan warna pink letak perisa strawberry.
  • Masukkan kedua warna ke dalam piping bag dan picitkan selang warna di dalam loyang
  • Potong cheesdale kepada kepingan kecil dan lapis di atas lapisan yang pertama .
  • Kemudian ulang langkah sehingga semua adunan habis.
  • Hentakkan sedikit loyang supaya adunan menjadi rata.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 170 'c sehingga masak (35 minit)bergantung pada jenis oven masing-masing

ada lubang-lubang kecil kek ni,adunan tak rata la tu!

Sabtu, 21 Mei 2016

LAMAN SENI 7,PART 2







Belanja gambar Street Art,Laman Seni 7,Seksyen 7,Syah Alam,Selangor.

LEMON CHICKEN CHINESE STYLE

Aassalam buat semua..
Lemon Chicken ni menu kesukaan kakak Afiqah.
Time cuti la baru dapat makan,tu pun kalau ada permintaan.
Kalau tidak asyik makan menu ringkas ayam goreng saja.
Sekali -sekala buat Lemon Chicken selera juga makan nasi
Buat sedikit berkuah untuk di gaul dalam nasi ..katanya.
Resepi dari daridapuraida.blogspot .Thanks
Let's try buat.

LEMON CHICKEN CHINESE STYLE

Bahan-bahan
1 keping dada ayam
1 sudu kecil kicap cair
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
lada sulah
garam

Gaulkan kesemuanya dengan ayam dan goreng.Ketepikan.

Bahan sos 
1 sudu besar minyak
1 cawan stok ayam-saya ganti dengan 1 kiub pati ayam
1/4 cawan jus lemon
2 sudu besar gula
2 keping lemon
bancuhan tepung jagung
bijan-untuk hiasan

Cara membuatnya

  • Panaskan minyak dan masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung.
  • Kacau sebati  dan sesuaikan rasanya.
  • Tambahkan bancuhan tepung jagung.Sesuaikan kepekatannya ikut citarasa sendiri.
  • Bila kuah agak pekat,masukkan ayam dan gaul rata.Biarkan sebentar .
  • Angkat dan taburkan bijan sangai ataupun daun bawang.
  • Bolehlah di hidangkan.

Ahad, 15 Mei 2016

PUFF GULUNG SOSEJ

Assalam buat semua...
Kudapan buat Azim dan Amzar makan di hujung minggu.
Stok pastri puff dan sosej pun dah lama terperuk dalam freezer.
Kalau buat macam ni cepat saja habis.
Let's try buat.

Bahan-bahan
5 keping pastri puff 4x4
5 batang sosej-potong dua
1 biji telur
bijan 

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 170 'c.
  • Lapikkan dulang pembakar dengan baking sheet.
  • Celur sosej sebentar dan toskan.
  • Gelekkan pastri puff dan potong dua.
  • Ambil sekeping pastri puff dan gulung dengan sosej kemas-kemas.
  • Tekan hujung gulungan dengan garfu supaya tidak terbuka apabila di bakar nanti.
  • Buat sampai habis dan susunkan di atas dulang pembakar
  • Sapukan dengan telur dan taburkan bijan.
  • Bakar di dalam oven hingga warna puff bertukar perang.
  • Sejukkan sebentar dan hidangkan bersama sos pilihan.

Sabtu, 14 Mei 2016

MACARONI SALAD

 Aassalam buat semua..
Semalam gi round kat oversea,jumpa resepi macaroni yang mudah ini.
Resepi tu bertajuk BLT Macaroni salad.
BLT adalah stands for-bacon,lettuce and tomato.
Saya tak letak tajuk asal kerana resepi ni telah di ubah-suai ikut bahan yang ada di dapur.
bacon yang tidak boleh di makan tu ,saya tukar ke
kepingan sosej yang cruncy.
buat separuh saja dari sukatan di bawah
Resepi sebenar ada di shewearsmanyhats.com
Let's try buat.

Bahan-bahan
480 gm elbow macaroni
3/4 cawan mayonis
1/4 sour cream
3 sudu besar cuka makan  
1 sudu teh garlic powder
1 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 batang sosej-potong nipis dan goreng 
1 cawan diced tomato
1 cawan chopped baby spinach-  ganti dengan salad iceberg


Cara membuatnya

  • Didihkan air dan rebus makaroni sehingga lembut.Toskan
  • Gaulkan dengan semua bahan di atas hingga sebati.
  • Simpan dalam bekas bertutup sehingga sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 13 Mei 2016

BUTTERCREAM -bunga

Assalam buat semua..
Tengah rajin sangat-sangat di suatu hari ..
Kali pertama try buat bunga dari buttercream.
Nak masuk proper class untuk cara buat buttercream dan hiasan kek yang lain pun sentiasa tak ada masa.
Tengok tutorial kat blog,FB dan You tube berulang kali.
Setakat ni hanya bunga rose sajalah yang boleh buat. 
Lagipun bukan nak jual kek,cukuplah untuk mengembirakan hati anak-anak dan berpuas hati sebab dapat buat sendiri.
Kejadiannya ..macam biasalah sepah sana sini..tangan keras lagi.Nantilah,practise make perfect.
Resepi dari www.azlitamasammanis.com.thanks
Let's try buat.

BUTTERCREAM
Resepi buttercream ini sesuai untuk bentuk bunga atau apa-apa bentuk yang kita nak decokan di atas kek kerana ianya mudah di bentuk.
Nak letak perasa dan pewarna pun sesuai juga.

Bahan-bahan
80 gm butter
250 gm cream well
1/2 cawan gula aising
1/4 cawan golden sirap

Cara membuatnya
Potong butter kecil
Kemudian satukan bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih.
Ayak gula aising
Masukkan ke dalam butter yang telah di pukul kembang tadi bersama golden sirap.
Gaul rata kesemua bahan ini menggunaakn spatula sahaja hingga bercampur sebati.
Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
Masukan buttercream dalam piping bag dengan nozzle pilihan dan bolehlah di bentukkan bunga atau paipkan di atas kek.
Letakkan bunga di atas kepingan kertas dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Tunggu ia keras dahulu baru di susun di atas kek mengikut kreativiti sendiri.


*Topping coklat ganache menggunakan resepi yang sama dalam post yang lepas.

Selasa, 10 Mei 2016

GERMAN APPLE PANCAKE


Assalam buat semua..
German Apple pancake..
dessert dari tiphero.com
Ianya naik tinggi mengelembung semasa di dalam oven
selepas keluar ia akan nipis semula
tak ada Granny Smith dalam peti sejuk
saya tukar guna Apple Fuji.
sedap juga buat sarapan pagi tapi saya buat makan -makan pada sebelah petang
Let's try buat.

GERMAN APPLE PANCAKE

Bahan-bahan
3 biji telur
3/4 cawan susu-suhu bilik
3/4 cawan tepung  gandum
3 sudu besar gula kastor
4 sudu besar butter-bahagikan
3/4 sudu teh serbuk kayu manis
1 biji epal granny smith-buang kulit dan potong setebal 1/4 inci
1 sudu besar gula perang
gula aising


Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 200'c.
  • Di dalam mangkuk pukul telur dengan susu,gandum dan gula kastor sehingga licin.
  • Cairkan mentega(separuh)dalam skillet/kuali leper dan masukkan potongan epal dan serbuk kayu manis serta gula perang.
  • Masak selama 5 minit sehingga epal kelihatan lembut.
  • Lapkan skillet/kuali leper dengan paper towel dan letakkan di dalam oven yang telah di panaskan tadi selama lebih kurang 8-10 minit.(saya bakar dengan cara sama tetapi mneggunakan bekas kaca tahan panas)
  • Letakkan  butter yang separuh lagi dan sapukan rata-rata di dalam skillet/bekas kaca
  • Masukkkan epal yang telah di masak tadi.
  • Curahkan adunan pancake tadi ke atas epal.
  • Bakar untuk selama 18-20 minit sehingga pancake gelembung pada bahagian tepi-tepinya dan menjadi perang keemasan.
  • taburkan dengan gula aising dan hidangkan panas-panas.
**Video cara membuatnya ada di Tip Hero.com

Ahad, 8 Mei 2016

NO BAKE OREO CHEESECAKE

Assalam buat semua..
No bake Oreo Cheescake...walau bersepai dan bersepah kejadiannya.. 
tetap nak post jugak.
Nak buat next entri entah la bila pula.
Dah lama rancang nak buat..tapi tiap kali beli biskut Oreo,asyik kena kidnap kat Azim saja.
Best bagi saya sebab buat ikut citarasa sendiri.
Adunan kek di kurangkan sedikit sukatan gula kerana saya menambahkan serbuk Oreo dan kepingan Oreo di dalamnya.
Saya hanya menggunakan sebanyak 80 gm gula sahaja di dalam resepi ini.
dan supaya cepat set,saya tambahkan 1 sudu teh gelatine halal ke dalam adunan...supaya cepat dapat makan.
Resepi dari zalinzalina.blogspot.com .thanks
Let's try buat.

NO BAKE OREO CHEESECAKE

Bahan base
200 gm biskut oreo yang di hancurkan
100 gm butter-di cairkan

Kedua bahan ini di gaul bersama dan di tekan di dalam loose pan hingga padat.
Letak dalam peti sejuk.

Bahan kek
300 gm atau 1 1/2 cawan krim putar
500 gm cream cheese
200 gm gula     
sedikit perahan lemon
1 sudu teh serbuk gelatine halal campur dengan 2 sudu besar air panas.

hiasan/pilihan
kepingan oreo
serbuk oreo
krim putar

Cara membuatnya

  • Putar krim putar hingga kental.Ketepikan.
  • Pukul cream cheese hingga lembut bersama gula kastor.Tambahkan larutan gelatine halal dan pukul rata.
  • Kemudian gaulkan dengan krim putar yang telah di pukul tadi.
  • Campurkan sedikit jus lemon dan gaul rata.
  • Tambahkan dengan sedikit serbuk oreo dan kepingan oreo ke dalam adunan dan gaul rata
  • Tuangkan adunan ke dalam base dan hentakkan sedikit loyang supaya rata.
  • Taburkan dengan serbuk oreo dan hiaskan dengan krim putar dan kepingan oreo di atas nya jika suka.
  • Jika tidak menggunakan gelatine sejukkan lebih kurang 24 jam di dalam peti sejuk hingga adunan set.
  • Saya hanya sejukkan semalaman sahaja. 

Sabtu, 7 Mei 2016

UDANG MASAK KICAP TAUCHU

Assalam buat semua...
Jalan-jalan kat pasar basah di RTC Kelantan..jumpa anak Udang galah.
Anak pun anak lah,nak jumpa 'bapak' udang yang kaki biru tu entah bila.
Beli dalam setengah kilo,masak untuk abang Amzar.
Let's try masak.

UDANG MASAK KICAP TAUCHU

Bahan-bahan
1/2 kilo udang galah saiz sederhana
serbuk lada hitam
serbuk lada putih

2 sudu besar tauchu
5 sudu besar kicap manis
4 biji cili padi-di ketuk
2 sudu besar sayur campur
1/2 labu bawang besar-potong nipis
6 ulas bawang putih-di ketuk
3 batang serai
6 helai daun limau purut
1 sudu teh serbuk cukup rasa Maggi
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos cili thai
minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  • Basuh udang dan gaul bersama serbuk lada hitam dan lada putih.
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng udang sebentar.Ketepikan
  • Dengan menggunakan minyak yang sama,tumiskan bawang besar,bawang putih hingga naik baunya.
  • Masukkan serai dan daun limau purut dan cili padi serta sayur campur.
  • Masukkan tauchu dan kicap manis dan sos cili thai dan tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan gula dan serbuk cukup rasa.
  • Biarkan ia mendidih sebentar dan masukkan udang.Gaul rata.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di angkat.

Isnin, 2 Mei 2016

Warm APPLE PIE BREAD with CINNAMON

Assalam buat semua..
Jumpa resepi mudah dan ringkas lagi,terus cuba buat.
Teksturnya tidaklah gebu macam roti dan tidak juga macam kek.Duk tengah-tengah.
Kebetulan kat dapur  ada bahan-bahan yang di perlukan 
Aroma dan rasanya seperti Apple pie.Makan dengan secawan Nescaffe..best!
saya ubah suai sedikit mengikut citarasa sendiri
Biasalah resepi omputih ni manis yang amat.Sukatan gula di dalam resepi ini saya suaikan ikut selera sendiri
tu pun masih terasa....manis!
Resepi dari www.spendwithpennies.com
Let's try baking.

Warm APPLE BREAD PIE with CINNAMON!

Bahan-bahan
1/2 sudu besar serbuk kayu manis/cinnamon
1/3 cawan gula kastor
2/3 cawan gula perang-bahagi dua
1/4 cawan butter-di lembutkan
*1/4 cawan apple sauce
jika tiada* boleh gunakan 1/2 cawan butter sepenuhnya
2 biji telur-pukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/3 cawan susu
1 biji epal besar atau 2 biji epal kecil-buang kulit dan cincang(saya potong dadu)
1 sudu besar butter-cairkan
loaf pan

Cara membuatnya

  • Panaskan oven pada suhu 350'c.Sapukan butter dan taburkan tepung pada loaf pan.
  • Satukan 1/3 cawan gula perang dan serbuk kayu manis dalam mangkuk kecil.Ketepikan.
  • Pukul gula kastor,gula perang selebihnya dan butter sehingga kembang.
  • Campurkan sos epal(pilihan).
  • Tambah telur yang telah di pukul sedikit dan esen vanila.
  • Ayak tepung dan baking powder.
  • Tambahkan campuran tepung gandum ke dalam adunan telur dan kacau rata.Jangan overmix.Tambahkan susu,gaul rata.
  • Tuangkan separuh adunan ke dalam loaf pan,taburkan epal dan dan separuh dari campuran gula perang tadi.(saya hanya taburkan sedikit sahaja gula perang)
  • Campurkan epal selebihnya dengan separuh adunan lagi dan tuangkan kesemuanya.
  • Atas sekali taburkan campuran gula perang(saya taburkan sedikit saja bersama epal dadu).
  • Bakar selama 40 minit.
  • Keluarkan kan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.
  • Sambung semula dan bakar selama 5-10 minit lagi sehingga masak sepenuhnya.Cucuk dengan lidi untuk periksa sama ada masak atau tidak.
  • Biarkan sejuk selama 10 minit baru di keluarkan dari loaf pan.


Ahad, 1 Mei 2016

TEPUNG BUNGKUS.

Assalam buat semua..
First time try buat Tepung bungkus.
Ianya adalah salah satu dari kuih dulu-dulu yang menjadi kesukaan saya.
Berjangkit la pula kat Azim,suka juga makan Tepung bungkus.
Itu sebab rajin sangat nak buat sebab ada peminat.
Resepi dari chef Hanieliza.Thanks
Let's try buat

TEPUNG BUNGKUS

Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
2 cawan santan campur sedikit garam
daun pisang

Bahan inti
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka 
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Cara membuatnya

  • Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering.Sejukkan
  • Jadikan inti bebola kecil.Ketepikan.
  • Bancuh tepung beras bersama santan.Masak hingga naik wap dan nampak agak pekat.
  • Layurkan daun pisang di atas api dan potong anggaran di perlukan.Lap dan bersihkan.
  • Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang.Letakkan dua biji inti.
  • Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
  • Sejukkan dan hidangkan.