Jumaat, 31 Ogos 2012

IKAN TONGKOL REBUS AIR ASAM

Salam bahagia buat semua...
Selamat menyambut hari merdeka ke-55.

Semasa bulan Syawal ni banyak betul jemputan kenduri.Kebanyakkan rumah di Kelantan mengadakan kenduri semasa hari raya.Gulai sana,gulai sini sampai badan dah naik berlemak!.Jadi kat rumah saya cuma masak menu yang kurang berlemak pula.Di dalam resepi sebenar ia menggunakan Ikan Kembung.Oleh kerana dalam peti Doraemon saya hari tu tak ada Ikan Kembung,saya capai Ikan Tongkol sahaja.Di Kelantan ia di panggil Ikan Aya.

IKAN TONGKOL REBUS AIR ASAM
Olahan dari:decochoco.blogspot.com/Resepi Ikan Kembung rebus air asam.thanks
                   

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung/separuh ikan tongkol
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah-1/2 di hiris halus
  • 4 biji cili api merah dan hijau
  • 1/2 sudu teh belacan bakar
  • 1/2 labu bawang besar-hiris halus
  • 1/2 biji tomato -potong dadu
  • 1/2 sudu teh pes asam jawa-boleh di lebihkan jika suka
  • jus limau nipis secukup rasa
  • garam/gula atau sos ikan secukup rasa
Cara membuatnya
  • Rebus ikan di dalam kuali hingga air rebusan mendidih.
  • Tuang air rebusan ke dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali.
  • Tumbuk 1/2 biji cili merah dan hijau,bawang merah,belacan bakar dan campurkan dengan asam jawa.
  • Bancuhkan bahan tumbuk dengan air rebusan ikan tadi.
  • Masukkan bawang hiris,cili merah,tomato dadu,garam,gula atau sos ikan dan perahkan jus limau nipis(boleh ganti dengan cuka).
  • Letakkan ikan yang telah siap di rebus dan siramkam kuah tadi ke atas ikan.
  • Sedia untuk di makan dengan nasi panas.

Khamis, 30 Ogos 2012

CERITA AFIKAH


Salam bahagia buat semua...
Entri saya yang tertangguh sejak sekian lama.Dok tersimpan dalam draf hinga saya terlupa akannya.Cerita tentang anak sulung saya Che Nur Afikah Bahirah..anak sulung nama panjang..tengah excited la tu!menyambut hari lahirnya dalam bulan puasa yang lepas.Kek harijadinya tahun ini ialah Kek Coklat Mocha yang di hiasi dengan buahan segar.Sedap dan menggemukkan!!...

Saya mengalami morning sickness yang teruk hingga terpaksa admit wad.Muntah tak kira masa selama 4 bulan non-stop hingga tak dapat pergi bertugas.
Di lahirkan pada 8 ogos  1995 pada pukul 8.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan,Kubang Kerian Kelantan secara LSCS kerana kedudukan di dalam uterus secara songsang-Footling extended breech.Waa...sungguh menakutkan bila kali
pertama Dr.Ishak memberitahu anak saya berada dalam kedudukan breech...nanti kalau awak bersalin,kaki anak akan keluar dahulu.Waa..macam mana tu!.Terkedu.Tarikh yang di pilih untuk bersalin sedang elok kandungan berumur 9 bulan 10 hari.Dan pernah sekali menyambut hari lahir pada tarikh cantik-08.08.2008(8.8.8).

Semasa di lahirkan dia seberat 3.25 kg.Saya masih ingat lagi pada hari saya di sorong dengan troli ke dewan bedah,saya di temani oleh kedua-dua arwah ibu dan ibu mertua saya(tengah sebak!).Dengan doa mereka berdua semua tatacara pembedahan berjalan dengan mudah tanpa sebarang komplikasi.Itulah berkat doa ibu!
Selepas di lahirkan saya tak berkesempatan menatap wajahnya kerana masih dalam biusan am.Selepas tengahari,sebaik sahaja bangun dari tidur barulah jururawat membawanya ke tepi katil saya.Syukur kepada Allah saya mendapat anak pertama ketika berumur 24 tahun..mata sepet,makan muka anak cina!..kata saya dalam hati..
 
..dan kini setelah 17 tahun berlalu,saya sentiasa doakannya siang dan malam supaya dia menjadi anak yang soleh dan beriman dan tentulah juga menjadi anak yang kuat hati dan jiwanya.Amin.
D

UDANG MASAM MANIS UMMI


Salam bahagia buat semua...
Ada 10 ekor udang sederhana yang masih bertapa dalam peti sejuk.Sekali masak 3-4 ekor,hai bila la nak habis!.Resepi udang ini selalu juga saya masak tetapi kali ini saya cuba resepi dari blog Kak Ummi.Terimakasih ya,izinkan saya kongsi di sini pula.

UDANG MASAM MANIS UMMI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan

  • 1/2 kilo udang sederhana besar (bersihkan)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos cili Thai
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 1/4 cawan air
  • 1 batang lobak merah - potong nipis/ikut suka
  • sedikit kacang pea   
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar Kasar
  • 3 tangkai cili merah
  • 4 tangkai cili padi
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar dengan api sederhana. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak sikit.
  • Masukkan semua jenis sos dan cuka makan serta air. Biar mendidih sekejap.
  • Masukkan udang dan kacau balik rata sebentar.
  • Masukkan lobak merah, kacang pea/nenas kiub dan bawang besar. Gaul sebati.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Masak hingga semua elok masak dan seimbangkan rasa. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.
Nota
  • saya telah menggantikan kacang pea dengan nenas kiub
  • bawang besar pula di potong kiub kecil 
 

APABILA TERJAGA...

 Jika Anda Terjaga Di Tengah Malam....

  • Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Allah s.w.t. kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.
  • Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”-Ensaiklopedia melayu lama.
Sumber:Google image

Rabu, 29 Ogos 2012

COKLAT WAFFLE

Salam bahagia buat yang sudi membaca....
Catatan harian saya selalunya dimulakan dengan sedikit intro dahulu.Intro saya hari ini ialah..

Buatlah sesuatu supaya kita beri orang suka,
Buatlah sesuatu supaya kita beri orang gembira,
Buatlah sesuatu supaya kita beri orang mudah....dan itulah yang berlaku hari ini bila tiba-tiba saya di panggil bekerja ketika dalam cuti.Saya anggap itu semua ketentuanNYA...dan saya terima dengan hati yang terbuka.
Saya telah berbuat sesuatu untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang saya hormati.titik.
Jeng..jeng, hari ini nak letak lagi gambar coklat homemade.Kali ini saya menggunakan pula biskut Waffle.Hari tu saya menggunakan biskut Oreo dan anak-anak komplen rasanya manis sangat walaupun habis dimakannya(pandai je komplen,yang kita ni habis comot tangan dengan coklat cair!)..versi edit membebel sorang-sorang...kalau tak edit ayat ni lagi panjang!

COKLAT WAFFLE
Olahan dari resepi Coklat Oreo
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
  • coklat compound(Collata)
  • biskut waffle coklat
  • acuan coklat bulat
  • bunga hiasan
 Cara membuatnya
  • Cairkan coklat secara double boiler.
  • Sudukan atau masukkan ke dalam piping bag(biar sedikit sejuk).
  • Masukkan sedikit coklat ke dalam acuan bulat,letakkan biskut waffle dan tekan sedikit.
  • Kemudian masukkan sedikit lagi coklat ke atas biskut waffle hingga menutupi kesemua iskut.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk dan bila ia sudah keras,keluarkan dari acuan.
  • Hiaslah coklat anda mengikut kreativiti sendiri.

Selasa, 28 Ogos 2012

SAYUR CAMPUR UDANG

Salam bahagia buat semua...
Hari ini saya masak Sayur campur udang yang mudah dan ringkas sahaja.Demi untuk menghabiskan saki-baki lauk dan sayur dalam peti sejuk yang ada sebelum hari raya lagi.Kita saja cepat-cepat nak habiskan supaya dapat stok baru!.Perasan lagi.... padahal bukan selalu pun ada lauk dalam peti sejuk tu!.

SAYUR CAMPUR UDANG
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan(2 orang)
  • 10 ekor udang -di buang kulit
  • 1 biji lada hijau-potong bulat
  • berapa tangkai bunga kubis
  • 1 keping tauhu-goreng dan potong kiub 
  • 1/2 batang saderi-potong bulat
  • 1 batang karot-potong kecil
  • 2 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • sedikit suhun
Cara membuatnya
  • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan cili padi dan tumiskan dengan sedikit minyak.
  • Bila bawang naik bau,tambahkan air secukupnya untuk kuah sayur.
  • Masukkan pati ikan bilis dan semua sayuran.
  • Masak di atas api sederhana sehingga mendidih dan tambahkan udang dan suhun.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan.

AGAR-AGAR LAPIS ROTI



Salam bahagia buat semua...
Sungguh tenang rasanya bila dapat menghabiskan cuti dan duduk di rumah sahaja sepanjang minggu ini.Hujung minggu ini ada pula tetamu yang nak datang ke rumah.Dapatlah saya memasak dan membuat puding .
Gambar puding kat sebelah tu adalah Agar-agar lapis roti yang saya buat dalam bulan puasa yang lepas.Hari ini baru dapat entrikan.






AGAR-AGAR LAPIS ROTI
Sumber: Hajar fotopages

Bahan A(versi edit)

  • 1 paket agar-agar(10 gm.)
  • 1000 ml.air
  • gula-ikut manis
  • pewarna merah
Bahan B
  • 4 keping roti
  • 400 ml susu segar
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • gula-ikut manis
 Cara membuatnya
  • Masak aga-agar bersama air  sehingga mendidih.
  • Sementara itu kisar roti ,tepung kastard, susu  hingga sebati.
  • Masukkan bahan kisar ke dalam periuk lain dan sendukkan 7 senduk agar-agar ke dalamnya.
  • Masak di atas api yang sederhana dan kacau sebati.Tambahkan gula ikut kemanisan yang di ingini.Ketepikan
  • Agar-agar yang masih berbaki tadi,masukkan pewarna merah.Tambahkan gula ikut kemanisan yang diingini.
  • Lapiskan agar mengikut kreativiti sendiri atau boleh di masukkan ke dalam acuan yang di sukai dan di buat berlapis-lapis.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.Jika suka boleh hiaskan dengan buah koktel.
Nota
  • Bila melapis agar-agar,pastikan satu-satu lapisan itu mengeras dahulu kalau tidak ia akan bercampur.
  • Untuk melekatkan antara 2 lapisan agar-agar,goreskan permukaan agar-agar dengan garfu sebelum di curahkan lapisan seterusnya.
  • Sambil melapis agar-agar,pastikan agar-agar dalam periuk di panaskan tetrlebih dahulu sebelum di tuang ke atas lapisan lain.

Ahad, 26 Ogos 2012

SAGU BERKUAH


Salam bahagia buat semua...
Masih dalam mood raya lagi ke?Saya dah habis mood raya tu,yang tinggal mood kemas rumah lepas raya.Dapat seminggu cuti selepas seminggu raya(tak pe la..),selepas semua orang balik bekerja saya pula ambil cuti.Tu pun bahagia juga!
Entri seterusnya adalah entri tertunggak sebelum raya.Kena masukkan di sini juga sebagai kenangan.....mengusik jiwaaaaaa.

SAGU BERKUAH
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 cawan sagu merah/letak warna pilihan
  • 2 cawan air
  • air gula melaka @ gula merah
  • santan pekat-letak secubit garam
  • potongan buah anggur merah,kiwi dan peach/buah pilihan
Cara membuatnya
  • Rendam sagu sebelum di masak dan toskan.
  • Masak sagu bersama air.
  • Kacau hingga pekat dan kelihatan jernih.
  • Masukkan sagu dalam acuan dan sejukkan.
  • Tambahkan santan pekat dan air gula melaka di atas sagu tadi bersama potongan buah-buahan
  • Sejukkan sebentar,sedia untuk di makan.



Sabtu, 25 Ogos 2012

CHOCOLATE FILLING

Salam bahagia buat semua...
Disini saya akan tunjukkan cara-cara membuat Chocolate filling yang boleh di jadikan sebagai hiasan kek coklat.Rasa coklatnya sedap dan ia lembut sekali.Resepinya mudah dan ringkas sekali.Lupa pula ambil kat mana.

CHOCOLATE FILLLING
Bahan-bahan
  • 120 gm coklat masakan
  • 100 gm fresh cream

Cara membuatnya
  • Potong kepingan coklat kecil-kecil dan gunakan kaedah double boiler untuk mencairkan coklat.
  • Bila coklat cair,masukkan fresh cream padamkan api dan kacau sehingga kesemua coklat sebati dengan fresh cream..
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan putarkan coklat tadi sehingga ia lembut dan gebu dan warnanya berubah  menjadi lebih muda.
  • Boleh di gunakan terus untuk di paipkan bunga di atas kek coklat atau di simpan di dalam peti ais untuk di gunakan bila-bila masa.


Khamis, 23 Ogos 2012

1 SYAWAL 2012..

Salam bahagia buat semua..
Hari ini Syawal ke -5.Baru saya berpeluang menulis disini.Dari hari pertama Syawal hingga ke hari ini program padat sungguh.Pada sebelah pagi saya bekerja manakala petangnya saya dan keluarga mengunjungi sanak saudara.Sudah menjadi satu kemestian,saya akan membawa anak-anak mengunjungi dan berjumpa saudara-mara supaya mereka tahu asal-usul mereka dan belajar menghormati orang yang lebih tua walaupun jarang berjumpa.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua...hargai lah keluarga kita kerana mereka yang memberi kebahagiaan buat kita.......
Di antara hidangan kek dan puding yang saya sempat buat untuk hidangan tetamu pada hari raya.Saya sempat buat kek cawan untuk kanak-kanak,Peach cream cheese butter cake,Puding karamel koktel,Nasi impit dan Kuah kacang daging cincang serta Sate ayam goreng ,Kek fruit flan,Roti jala dan kari ayam serta buah-buahan .Sapa -sapa yang cari nasi memang tak jumpa kat rumah ini(gila buat kuih dan kek sampai tak masak nasi!..he..he) .Pada hari raya,kami semua tak makan nasi!..Tak sempat dan malu nak ambil gambar tetamu ramai yang datang.
Inilah sahaja yang sempat saya rakamkan di hari raya.Semoga kita berjumpa lagi jika ada kesempatan.Wassalam.

TIP MEMBUAT PAVLOVA

Tip sebelum membakar Pavlova
Disini saya ingin kongsikan beberapa tip tentang cara membuat Pavlova.Ia adalah rujukan dari blog Irma di London.Izinkan saya berkongsi di sini pula sebagai rujukan di masa akan datang.
  • Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit pun telur kuning yang masuk dalam telur putih. 
  • Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih.
  • Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.
  • Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.
Cara-cara 
  • Pukul putih telur menggunakan hand mixer/stand mixer dengan kelajuan perlahan.Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form'-separuh kental adalah tahap bilamana kita angkat pemutar elektrik,puncak putih telur berbentuk melengkung.
  • Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.
  • Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat.Bila diangkat dia akan mengeluarkan tanduk.Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue.Jika belum, atau tanduk tak tajam dan belum mantap, pukul lagi 2-3 minit. 
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.
  • Tanda meringue anda dah jadi ialah bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam dihujung.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka.Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
  • Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak(parchment paper).Boleh juga di tekapkan tin kek yang berbentuk bulat.
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis.Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah.
Masa membakar
  • Panaskan oven pada suhu 150'c.Letakkan rak di tengah bahagian oven. 
  • Masukkan adunan meringue.Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C.Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tapi dalam tak masak.Bila api tak cukup panas pun tak kena juga.
  • Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam.Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka.Jangan keluarkan meringue terus dari oven.Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias
  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.Satu petua nak mudahkan kerja,masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Bila whipping cream dah kental,masukkan gula dan esen vanila.Whipping cream tu dah manis, sekiranya nak kurangkan atau tidak, masukkan gula pun tak jadi masalah. 
  • Masukkan whipped cream dalam plastik.Simpan dalam peti ais beku sekejap.Nanti bila nak hias baru keluarkan.
  • Bila rasa nak makan, baru picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.Kalau hias awal sangat nanti takut Pavlova tu berderai.

Sabtu, 18 Ogos 2012

MAAF....

Salam bahagia buat semua...
Sehari menjelang Aidil Fitri..tiba-tiba kena panggil bekerja pula.KetentuanNya saya terima dengan hati yang terbuka ,kita hanya merancang Dia yang menentukannya.Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf di atas segala kesilapan saya semasa menulis di sini buat semua pengunjung blog ini dan tidak lupa juga kepada kawan-kawan sekerja .Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri di ucapkan kepada semua...Bye.
Sumber gambar:Cik Google

Rabu, 15 Ogos 2012

KIWI PANNA COTTA

Salam bahagia buat semua....
Empat hari menjelang Syawal,sudah terasa betul-betul mood raya!.Dapat cuti ke atau tak dapat saya kira ia adalah ketentuan Allah.Mengingatinya saya jadi redha dengan keadaan diri yang kena bekerja sepanjang minggu seperti juga tahun lepas.Malas nak fikir benda-benda negatif yang sentiasa cuba menguji diri,malas nak fikir sikap manusia kadang-kadang tu membuat hati kita terasa....biarlah ia berlalu begitu sahaja..
Resepi kali ini  ialah Kiwi Panna Cotta.Dessert yang saya buat untuk berbuka puasa petang semalam.
Resepinya sangat mudah dan ringkas sahaja,

KIWI PANNA COTTA
Sumber:Gert(Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
  • 9 gm.gelatin(lebih kurang 1 sudu besar dan di lebihkan sedikit)
  • 4 sudu besar air
  • 2 1/2 susu segar
  • 1/4 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 biji buah kiwi-kisar dengan 3 sudu besar gula untuk di jadikan puri.Simpan dalam peti ais.
Cara membuatnya
  • Campurkan gelatin dengan air dan biarkan ia mengembang.
  • Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih-buih kecil.
  • Padamkan api dan masukkan gelatin tadi dan kacau sebati sehingga gelatin larut sepenuhnya.
  • Tuangkan ke dalam gelas yang sesuai.
  • Boleh juga di masukkan potongan kecil buah kiwi ke dalamnya.
  • Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang 6-8 jam.
  • Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah di hidang sejuk-sejuk.

24 RAMADHAN...

 Click here for interactive mapSalam bahagia buat semua...
Saya dan kawan-kawan sekerja telah berbuka puasa di  Restoran Kheng Som Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia pada 13 ogos lepas.
Kami telah menempah dua meja dengan dua menu yang berlainan.Makanan di restoran ini boleh tahan juga sedapnya(pada tekak saya).Mari kita layan gambar-gambar semasa acara makan-makan itu.Photos worth more than thousand words...



























Ahad, 12 Ogos 2012

PAVLOVA

Salam bahagia buat semua..
Sepanjang Ramadhan ini entri yang selalu masuk sini ialah dessert,puding dan biskut raya sahaja.Seperti hari ini entri dessert yang di buat minggu lepas untuk berbuka puasa ialah Pavlova.Waaaa..berbuka puasa sambil makan Pavlova...sedapnya(my taste la!)Di lidah saya ia menduduki carta kedua selepas Tiramisu.
Cerita Pavlova...
Ia merupakan sejenis dessert manis yang berasal dari New Zealand dan Australia yang di sertakan dengan buah-buahan segar di atasnya(meringue with fruit filling).
Si pemanis mulut yang garing di luar,halus dan lembut di dalamnya telah di hasilkan oleh pakar-pakar masak New zealand bersempena dengan kedatangan penari ballet yang di kagumi pada tahun 1926 iaitu Anna Matveyevna Pavlova.
 
Ini adalah kali pertama saya membuat Pavlova. Banyak lebihan telur putih yang tidak di gunakan tersimpan di dalam peti sejuk selepas membuat biskut raya yang hanya menggunakan telur kuning sahaja.Pavlova ku retak seribu kerana tersilap mengeluarkannya terus dari oven sebaik sahaja ia masak.Sepatutnya ia perlu di biarkan berada di dalam oven sekejap supaya ia tidak terkejut dengan perubahan suhu tiba-tiba.
Ini dia resipinya....
PAVLOVA
By:Joy of Baking
Rujukan-My Resepi

Bahan-bahan
  • 4 biji putih telur
  • 1 cawan gula kastor  ia amat manis bagi saya
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
Topping
  • 1 cawan krim putar/whipping cream
  • 1 1/2 sudu makan gula aising   tak letak
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara membuat topping
  • Pukul krim putar dengan gula dan esen vanila sehingga kembang/bertanduk/stiff
Bahan hiasan
  • Buah-buahan segar pilihan seperti strawberi,markisa,raspberi,pic,nenas dan lain-lain buah kesukaan anda                                                                                                                
Cara membuatnya
  • Pukul putih telur sehingga setengah kembang.Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya.Pastikan kesemua gula telah hancur.
  • Kemudian masukkan esen vanila ,cuka dan tepung.Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  • Sediakan baking sheet.Buat garisan bulatan di atas baking sheet.Bentukkan meringue tadi mengikut bulatan yang telah di lukis membentuk kubah.
  • Bakar dalam oven dengan suhu 130'C selama lebih kurang 1 jam sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda.
  • Bila di pegang terasa garing di luar dan lembut di bahagian dalam. 
  • Tutup suis oven dan biarkan Pavlova di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka 
  • Jangan keluarkan terus dari oven.Tunggu sehingga sejuk supaya ia tidak mendap atau retak.
  • Keluarkan dari oven dan sapukan dengan topping.Hiaskan dengan buah-buahan segar pilihan.Sejukkan di dalam peti ais sebelum di makan.

BISKUT GAJUS


Salam bahagia di angin lalu....
Jarang-jarang saya dapat menulis di sini sekarang. Banyak perkara yang perlu di bereskan menjelang hari raya minggu depan.Persiapan anak-anak semuanya sudah selesai.Mungkin 3 hari terakhir Ramadhan nanti menjadi hari yang paling sibuk buat saya.Menu berbuka pun macam biasa,masak yang ringkas sahaja.Hari ini saya tidak bekerja jadi dapatlah masak Nasi ayam yang menjadi makanan kegemaran budak bertiga tu.Pada sebelah paginya saya menyiapkan sejenis biskut lagi iaitu Biskut gajus .

BISKUT GAJUS
By :Kak Fida
Rujukan :
www.azlitamasammanis.com/

Bahan-bahan

  • 225 gm mentega - dilembutkan
  • 140 gm gula aising- ayak
  • 1 biji kuning telur
  • 140 gm gajus -panggang dan kisar halus
  • 380 gm tepung gandum -ayak
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk emplex atau lacinta -jika tiada tak mengapa
  • 1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
  • secukup kuning telur - utk sapu
  • secukup kacang gajus panggang - belah dua utk hiasan
Cara membuatnya
  • Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga rata.
  • Masukkan pula vanilli, emplex, baking powder, gajus kisar dan kacau sebati lagi.
  • Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dibentukkan.
  • Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn satu biji kacang gajus sebagai tangkainya.
  • Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
  • Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yang di gemari, sapu kuning telur dan hias dgn kacang gajus.
  • Bakar pada suhu 150'C selama 15 min. atau hingga kekuningan.
  • Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.