Isnin, 30 September 2013

KERABU PUCUK PAKU

 As-Salam buat semua..
Sayur pucuk paku  ini menjadi kegemaran saya sejak dulu lagi.Kat sini pucuk paku di jual dengan harga Rm1 sebanyak 4 ikat.Satu ikat dah sebesar lengan.Harga sayur yang cukup murah bagi saya.Biasanya saya buat Kerabu pucuk paku dalam dua versi,dengan santan dan satu cara lagi dengan kerisik seperti yang saya postkan hari ini.Dua-dua pun sedap...


KERABU PUCUK PAKU
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan
3 ikat pucuk paku
1/2 cawan isi kerang
1 biji lada merah-potong nipis
1/2 cawan kelapa goreng-mesinkan/tumbuk jangan sampai pecah minyak
1 labu bawang besar-hiris
limau kasturi/limau nipis-ambil jusnya
sos ikan secukup rasa
gula 

Cara membuatnya
  • Pucuk paku di ambil daun dan sedikit batang yang lembut sahaja.Basuh dan celur sebentar sahaja.Toskan airnya.
  • Isi kerang di celur sebentar dan toskan airnya.
  • Dalam satu mangkuk satukan kesemua bahan dan gaul rata.Jika ingin pedas bolehlah di tambah cili padi.
  • Sesuaikan rasanya mengikut citarasa sendiri.Jumlah bahan di atas sebagai panduan sahaja.

Ahad, 29 September 2013

PUDING LAICI

As-Salam buat semua..
Puding laici ini nampak ringkas sahaja tetapi jika ingin di buat sebagai pembasah tekak di kala cuaca panas sedap juga.Ia ada rasa laici di dalamnya dan ia juga cair dalam mulut!...he..hee..komen oleh para juri.

PUDING LAICI
Resepi:Norzailina Nordin

Bahan-bahan
1 tin  laici
200 ml. air laici
400 ml air
200 ml. susu cair
120 gm. gula pasir
10 gm serbuk agar-agar
sedikit pewarna merah
hirisan laici/strawberi-untuk hiasan

Cara membuatnya
  • Asingkan beberapa biji laici untuk hiasan.Kisar bakinya dengan air laici.
  • Jerang air,susu,gula,serbuk agar-agar dan pewarna merah atas api sederhana.
  • Kacau hingga mendidih,masukkan laici kisar.
  • Bila puding mendidih sekali lagi,ketepikan dari api.
  • Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang sesuai dan sudah di basahkan terlebih dahulu.
  • Biarkan sejuk sedikit sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Jumaat, 27 September 2013

BURUNG PUYUH GORENG BEREMPAH

 As-Salam buat semua..
Hari ini saya postkan satu lagi lauk kegemaran kami yang selalu di buat di dapur saya iaitu Burung puyuh goreng berempah.Dulu-dulu saya tak makan Burung puyuh ni tapi selalu masakkan untuk My bodyguard.Lama-lama saya 'termakan'sama dan jadi suka pula sebab ianya sedap digoreng garing-garing dan di makan bersama nasi putih.Jom tengok resepinya..

PUYUH GORENG BEREMPAH
Resepi:zalinah.blogspot.com/Thanks

Bahan-bahan(utk. 10 ekor)
10 ekor burung puyuh
2 sudu besar rempah kari

Bahan kisar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit
4 batang serai

3 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan manis
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar tepung beras

Bahan taburan   saya tambah
1 labu bawang besar-potong bulat
1 biji lada merah
1 biji lada hijau

Cara membuatnya
  • Burung puyuh di bersihkan dan toskan airnya.Masukkan ke dalam mangkuk dan masukkan semua bahan kisar dan bahan-bahan lain.Gaul sebati.Perap selama 2 jam.
  • Panaskan minyak secukupnya dan goreng Burung puyuh hingga kekuningan dan garing.
  • Angkat dan toskan minyak.Ketepikan.
  • Bawang besar di goreng bersama lada merah dan lada hijau hingga sedikit layu dan kemudian di taburkan di atas Burung puyuh goreng.Hidangkan panas-panas bersama nasi putih. 

Khamis, 26 September 2013

SUPREME PIZZA

As-Salam buat semua...
Tiba-tiba terajin pula nak buat pizza.Rajin kena paksa!sebab dua-dua budak lelaki tu nak makan pizza yang di buat kat rumah.Biasanya roti pizza beli yang dah siap.Tu la orang dah kata ...terajin pulak!.Azim siap request nak pizza yang ada kerak cheese kat tepi.Manalah mama pandai buat pizza macam tu, Azim.Dapat buat roti pizza mudah macam ni pun dah kira lepas nak makan sendiri!.

SUPREME PIZZA
Resepi:sinar kehidupanku-yati memorries.

Bahan-bahan
200 gm tepung roti(high protein flour)
1 sudu besar
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air-tuang sedikit-sedikit hingga jadi doh
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu tepung
2 ulas bawang putih -cincang halus

**Topping pizza-keju mozarella parut,sosej ayam,sosej ketam ,pasli kering,daun bawang/sup cincang,nenas kiub,cendawan butang atau apa saja topping pilihan..
**untuk sapuan atas roti pizza-mayonis dan sos cili,sos tomato atau sos pasta prego

Cara membuatnya
  • Bahan-bahan untuk roti pizza dicampur dan di uli sehingga sebati.Biarkan selama 45-60 minit.Tutup doh dengan kain lembab.
  • Canai doh tersebut setebal 0.5 cm.Cucuk dengan garfu pada keseluruhan doh tersebut.
  • Bakar pada suhu 200'C selama 12-15 minit.Kalau tak mahu bakar pun tak apa.
  • Bila masak sejukkan sebentar dan sapu kulit pizza dengan mayonis kemudian di ikuti dengan sos cili dan sos tomato, ratakan sos ke seluruh bahagian.
  • Taburkan topping pilihan masing-masing di atas kulit pizza.Taburkan cheese mengikut citarasa masing-masing.
  • Masukkan pizza ke dalam oven sekali lagi dan bakar pada suhu 200'C selama 8 minit atau sehingga keju mencair sepenuhnya.
  • Kalau doh pizza  tidak di bakar dahulu,masa masak lebih kurang 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  • Sedia untuk di hidangkan panas-panas.

Ahad, 22 September 2013

MELON CRUSH

As-Salam buat semua....

MELON CRUSH
Sumber:Majalah Saji Julai 2013

Bahan-bahan
1/2 gelas jus tembikai
3/4 gelas jus laici
3 biji buah laici
ais kiub secukupnya

Cara menyediakannya
  • Kisar jus laici,jus tembikai, ais kiub.Kisar hingga hancur dan sebati.
  • Masukkan ke dalam gelas dan tambahkan 3 biji buah laici.
  • Hiaskan dengan hirisan tembikai.Sedia untuk di hidangkan

Sabtu, 21 September 2013

KURMA AYAM

As-Salam buat semua..
Saya masak Kurma ayam untuk di makan dengan Nasi tomato kerana Azim  tak makan Ayam masak merah.Tu pun dia rasa pelik kerana kurma berwarna terang tidak seperti warna Kari ayam yang selalu dia makan.Susah juga nak penuhi selera budak sorang yang pemilih makanan ni.Kalau dulu terus kata tak nak,tapi sekarang dia ada sikit perubahan,nak tengok,hidu kemudian rasa dulu.Macam iklan susu sekolah kat TV pula!...

KURMA AYAM
Sumber:periuktanah.blogspot.com/ Thanks

Bahan-bahan
1 ekor ayam-potong kecil
1 cawan santan pekat
3 cawan atau secukupnya santan cair

Bahan di tumbuk kasar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

bahan tumis
rempah 4 sekawan-kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga
1 pek kecil(24 gm) rempah serbuk kurma ayam dan daging-bancuh dengan sedikit air untuk di jadikan pes

1 biji bawang besar-belah 4
2 biji kentang-belah 4 
2 biji lada hijau    saya tambah
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak-untuk menumis


Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan.Kemudian masukkan pula bahan tumbuk dan goreng sehingga agak garing
  • Masukkan pes kurma,jika pes agak kering,masukkan sedikit santan cair dan masak hingga pes terbit minyak sambil di kacau sekali-sekala.
  • Masukkan ayam dan kentang dan dikacau rata,biarkan ayam seketika sehingga ayam dan kentang empuk.
  • Kemudian masukkan pula santan cair secukupnya untuk kuah yang diperlukan.
  • Masukkan pula santan pekat,lada hijau,bawang besar,garam dan gula secukup rasa.
  • Bila kuah mendidih,bolehlah di matikan api dan sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 20 September 2013

BANANA BLUEBERRY CAKE

As-Salam buat semua...
Kek pisang yang di tambah dengan blueberi ini amat lembut dan moist sekali.Saya kurangkan sukatan gulanya kerana pisang dan blueberi sudah manis.Saya cuma menggunakan blueberi filling sahaja kerana hanya itu stok yang ada.

BANANA BLUEBERRY CAKE
Resepi:dapur ibundo/resipiibundo.blogspot.comThanks Bahan-bahan
250 gm tepung naik sendiri
150 gm unsalted butter
150 gm gula castor    saya letak 100 gm
3 biji telur
1 sudu teh vanila
1 cawan pisang yang telah dilenyek
1 cawan blueberry
1/2 cawan fresh milk

Cara membuatnya
  • Blueberry dilenyek sedikit dengan garpu.
  • Ayak tepung.
  • Pukul gula dan butter sehingga lembut.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.Pukul sehingga kembang.
  • Masukkan esen vanila dan tepung. Pukul speed perlahan sehingga bergaul rata.
  • Masukkan pula susu.
  • Akhir sekali masukkan pisang dan blueberry.Gaul rata dengan spatula.
  • Alas dulang pembakar dan tuang adunan.Bakar sehingga masak.

Khamis, 19 September 2013

NASI AYAM ISTIMEWA

As-Salam buat semua..
Hari ini saya hidangkan di dapur maya ini Nasi ayam yang sangat di gemari oleh anak-anak saya.Resepinya adalah dari Kak Azie kitchen yang banyak membuat Nasi ayam yang sedap-sedap.Walaupun resepinya lebih kurang sama sahaja tetapi penyediaan Nasi ayam itu yang membuat rasanya jadi berbeza.Dalam resepi ini saya skip sos lada kerana anak-anak hanya makan Nasi ayam dengan sos pencicah dalam botol sahaja.

NASI AYAM ISTIMEWA
Resepi:Azie kitchen

Bahan-bahan(6-8 orang)
Untuk rebus
1 ekor ayam
2 ulas bawang putih
2 cm halia-di ketuk
air secukupnya

Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia
2 ulas bawang putih
sedikt kicap cair
sedikit minyak bijan


  • Ayam di potong ikut suka besarnya,bersihkan dan lumur dengan bawang putih yang di tumbuk dan halia yang di ketuk.Rebus sehingga empuk. 
  • Toskan ayam ,simpan air rebusan ayam tadi dan perap ayam dengan bahan-bahan perap dan tabur sedikit gula dan garam.
  • simpan dalam peti ais selama 15-20 minit.Lumurkan semua ayam dengan sedikit madu.Goreng hingga keperangan.
  • Angkat ayam dan di ketuk sedikit sebelum di hidangkan
Tips:Ayam di goreng sekejap sahaja iaitu secara touch and go,barulah ayam lembut

Untuk nasi
5 cawan beras
3 sudu besar butter
1 cm halia
4 ulas bawang putih-di tumbuk
air rebusan ayam secukupnya
sedikit garam

Bahan penumis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 batang serai-di ketuk
2 helai daun pandan
pewarna kuning -jika suka

Cara membuatnya
  • Basuh beras dan toskan.Panaskan butter,tumiskan bahan penumis,daun pandan,serai, halia serta bawang putih hingga garing .
  • Masukkan beras dan goreng sekejap sehingga terbit baunya.Masukkan air rebusan ayam secukupnya(bergantung pada jenis beras yang di gunakan) dan sedikit garam.Masukkan pewarna kuning jika suka .Masak nasi seperti biasa hingga masak.
**Saya tidak menggunakan garam tetapi menggantikannya dengan 1 kiub pati ayam.

untuk sos
5 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Kisarkan kesemua bahan di atas.Boleh tambah sos tomato/sos cili jika suka.Boleh juga di masak sebentar jika suka.

Untuk sup
air rebusan ayam
1 biji bawang besar-di kisar
rempah sup
garam secukup rasa
daun sup yang di hiris


Untuk kicap
kicap manis cap kipas udang
gula
3 biji cili api
air rebusan ayam

Masukkan kicap manis,gula dan cili api kedalam blender dan kisar sampai jadi pekat
Sedia untuk di hidangkan.


Isnin, 16 September 2013

AGAR-AGAR GULA MERAH

As-Salam buat semua...
Petang semalam buat agar-agar yang mudah untuk buat stok dalam peti sejuk.Bila buka peti sejuk nampak agar-agar terasa sejuknya tekak dalam cuaca panas begini.Mujur juga semua bahan-bahan ada.Agar-agar ini boleh di buat dalam acuan kecil-kecil dan boleh juga di masukkan kesemuanya dalam loyang besar dan di potong kecil seperti yang saya buat.

AGAR-AGAR GULA MERAH
Resepi:homekreation-recipes.blogspot.com/Along Roz@My Resepi.Tq...

Bahan-bahan
  • 1 peket (13gm) Agar-agar serbuk
  • 150 gm gula Merah/Palm serbuk
  • 100 gm gula pasir
  • 1150 ml air
  •  140 ml santan -kurangkan jika mahu 2 lapisan
  • 2 biji Telur -di pukul dengan santan
  • 1 helai Daun Pandan - koyak dan simpul 
  • sedikit garam     saya tambah

Cara membuatnya


  • Rebus agar-agar dengan air sehingga mendidih.
  • Masukkan gula dan daun pandan .Masak hingga gula hancur.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan telur ,santan dan sedikit garam.Kacau supaya tidak bergentel dan masak lagi beberapa minit.
  • Angkat dan tuangkan ke dalam acuan pilihan. Sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.

Ahad, 15 September 2013

KUAH YONG TAU FU

As-Salam buat semua...
Entri hari ini pasal kuah Yong Tau Fu.Saya memang suka makanan yang di rebus ini dan di makan pula dengan kuah manis pedasnya.Tapi tak teringin pula rasanya nak makan yang sedia di jual di pasar-pasar malam kerana saya meragui frozen foodnya.Usaha juga lah cari resepi nak buat sendiri.Yong Tau Fu ni kekuatan pada kuahnya.Bahan-bahan lain tu kebanyakkannya adalah frozen food mana yang kita suka. Saya pula hanya makan frozen food jenama Fusipim kerana ia ada status halal.

KUAH YONG TAU FU
Resepi:Minami @ My Resepi.Tq..

Bahan-bahan
10 tangkai cili kering
gula melaka 
bijan goreng
gula-kalau kurang manis
1 sudu kecil garam
3 cm. belacan
300 ml. air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung
sedikit perasa jika suka     saya guna serbuk cukup rasa Maggi

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali.Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  • Setelah garing,angkat dan kisar cili dengan sedikit air.
  • Panaskan air bersama gula melaka.Masukkan cili kering kisar tadi dan juga belacan.
  • Setelah mendidih,masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  • Masukkan garam,serbuk perasa dan gula jika gula melaka tidak cukup manis.
  • Masukkan bijan goreng dan siap untuk di hidangkan bersama frozen food pilihan dan juga sayur kangkung celur.Saya hanya makan dengan daun salad segar.