style="text-align: center"

Selasa, 28 Februari 2012

SCONE COKLAT CIP DAN KISMIS


Salam bahagia buat semua....

Kali pertama cuba membuat scone apabila terbaca artikel pasal scone di Utusan malaysia yang di tulis oleh chef Azli Razali.Bahan-bahan yang di gunakan kebetulan ada di dapur,jadi saya terus cuba membuatnya.Ia sedap dan crunchy tapi agak manis sedikit.
Cerita di sebalik kejadian scone ini...
Tengah-tengah sedap mengadun bahan lupa pula nak keluarkan coklat cip.Bila cari dalam almari tak jumpa pula.Padahal ada kat depan mata.Terus saja saya gantikan dengan coklat urai.Bila siap semuanya barulah ternampak coklat cip tu dok tersenyum memandang saya !geramnyaaa..
SCONE COKLAT CIP DAN KISMIS
Sumber:azlirazali.blogspot.com/Dapur Azli Razali

Bahan-bahan
  • 260 gm.tepung gandum
  • 50 gm.gula kastor
  • 1 1/4 sdt.serbuk penaik
  • 1/4 sdt.soda bikarbonat
  • 115 gm.mentega
  • 90 gm.coklat cip
  •  75gm.kismis
  • 100ml.susu cair
  • 1 sdt.esen vanila
Cara membuatnya
  • Campurkan tepung,serbuk penaik,soda bikarbonat,gula dan mentega.
  • Gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Campurkan kismis dan coklat cip dan gaul rata.
  • Campurkan esen vanila dan susu kemudian gaulkan bersama adunan tepung tadi.
  • Gaul sehingga membentuk doh.Jangan di gaul keterlaluan.
  • Buat gulungan memanjang dan potong doh ikut saiz yang di kehendaki
  • Sapu dengan susu cair di atas scone.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah di sapu dengan marjerin.
  • Bakar scone pada suhu 180'C selama 15-20 min. sehingga ia masak dan warnanya menjadi perang.
  • Setelah masak biarkan sejuk seketika.

PUDING KEJU



PUDING KEJU
Sumber :Alongroz

Bahan-bahan

  • 13g Serbuk agar-agar
  • 1 liter Air
  • 120g gula
  • 3 biji telur
  • 120-150g Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sdb. tepung kastad
  • 400ml susu cair
  • 200g susu pekat 
  • 50g mentega

Cara membuatnya

  • Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga hancur. Kacau selalu.
  • Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
  • Pukul telur sehingga rata dan campurkan biskut dengan tepung kastad.
  • Masukkan susu dan kacau sebati.
  • Tuangkan ke dalam adunan agar-agar tadi dan tutup api apabila mendidih.
  • Masukkan mentega sehingga sebati. Tuang ke dalam tin/acuan dan biarkan sejuk di suhu bilik.
  • Sejukkan sebelum di hidangkan.
**Untuk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard,blend semua sekali dalam blender.
**Bila dah tuang ke dlm adunan agar-agar, adunan akan jadi pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. 

** Padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sedikit), baru lah dituang kedalam mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang).-Kak Nor secubit garam.

Isnin, 27 Februari 2012

SOTONG MASAK LADA HITAM


SOTONG MASAK LADA HITAM
Sumber:Home sweet home

Bahan-bahan

  • 500 gm sotong sederhana besar -dipotong kecil
  • 1 labu bawang besar -dipotong gelang
  • 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam -ditumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang
  • 1 biji tomato - dibelah 6
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumis
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 tangkai cili merah - dihiris

Cara membuatnya
  • Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  • Masukkan lada hitam, bawang besar dan sos lada hitam, kacau sebentar.
  • Masukkan sotong dan biarkan masak sekejap sambil dibalik-balikkan.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Tutup api dan taburkan daun bawang. Siap untuk hidangan

KENAPA PERLU MEMBUAT ROTI SENDIRI




Roti sudah menjadi makanan asas sejak dahulu lagi. Bertahun-tahun lamanya, aktiviti membakar roti adalah sesuatu yang biasa bagi sesetengah rumah. Akan tetapi, ramai juga yang tidak tahu langsung bagaimana membuat roti walaupun gemar memakannya.

Jika anda berminat dengan roti yang tidak mempunyai bahan pengawet seperti yang dikeluarkan dari kilang, berita baiknya ialah membuat roti adalah sangat mudah. Ada beberapa perkara asas untuk dipelajari dan prinsip untuk
difahami, namun selalunya membuat roti adalah senang dan menyeronokkan.

Kenapa perlu membakar roti sendiri:
  • Roti yang dibuat sendiri adalah lebih berkhasiat dan memuaskan berbanding yang dibuat di kilang. Jika dibandingkan keduanya, anda akan lihat bahawa kebanyakan roti yang dijual tidak padat.
  • Satu perkara yang tidak dapat dibeli ialah apabila anda dapat merasa kesegaran roti panas yang baru keluar dari ketuhar, apabila mentega sedang mencair. Ini adalah satu pengalaman yang hanya dapat dirasai di rumah apabila membuat roti sendiri.
  • Asalkan anda ada tepung, garam, dan yis di rumah, anda sudah boleh membuat roti sendiri. Semua bahan-bahan ini dijual dengan murah. Fikirkan, berapa kali anda ke kedai runcit semata-mata untuk membeli roti.
  • Menguli doh roti dengan tangan merupakan salah satu aktiviti meditasi yang membuatkan anda lupa tentang hal duniawi seketika. Ramai yang mempunyai jadual yang sibuk seharian. Membuat roti adalah salah satu cara untuk melupakan semuanya dan fokus kepada satu perkara yang ringkas dan mudah.
  • Apabila anda memegang doh di tangan, anda tahu bahawa yisnya ’hidup dan bernafas’ di dalamnya. Anda akan diseliputi tenaga kreatif. Anda sedang membuat sesuatu untuk dimakan. 
  •  Anda akan dikagumi ramai kerana membuat roti sendiri. 
  • Sandwich adalah lebih sedap jika menggunakan roti yang dibuat sendiri. Malah anda juga akan merasa lebih kenyang. 
  • Anda akan merasa lebih bebas kerana mengetahui bahawa anda tidak perlu bergantung kepada kilang roti untuk setiap keping.

        • Membuat roti bukan sahaja boleh menjadi aktiviti menyeronokkan untuk dilakukan berama ahli keluarga, malah kosnya sangat rendah.

        • Anda boleh mencari resepi dari budaya berlainan atau anda boleh lebih mengenali tradisi anda sendiri. Ini kerana terdapat berbagai jenis roti di serata dunia bergantung kepada budaya tersendiri.
        Tidak ramai yang mempunyai masa untuk membuat roti sendiri. Akan tetapi, tidak mustahil untuk kita mempelajari cara membuatnya dan mengambil sedikit masa untuk membuat roti sekali- sekala. Membuat roti adalah cara terbaik untuk mendalamkan kefahaman tentang makanan anda.
        sumber:Trymasak-Artikel

        Ahad, 26 Februari 2012

        JEJARI TAUHU

        Salam bahagia buat semua....
        Tauhu yang di masak cara begini rasanya amat sedap sekali pada selera saya.Terimakasih kepada pemilik Blog Sinaran Menu iaitu Puan Ros kerana sudi berkongsi resipinya disini.Walaupun terpaksa menunggu selama 2 jam setengah untuk uploadkan gambar ini.Kenapalah line internet lambat pula hari ini,selalunya tiada masalah.Saya letak banyak gambar macam selalu supaya penonton dapat merasa kesedapannya.

        Cerita tentangnya.....
        Nama resipinya ialah Jejari Tauhu.Proses membuatnya lama sikit.Mula-mula ia perlu di kukus terlebih dahulu.Selepas betul-betul sejuk barulah boleh di potong dan di goreng.Nak menggorengnya pun kena berhati-hati takut berterabur.Inilah kali pertama agaknya saya menggoreng dalam keadaan yang sopan-santun.Letak perlahan-lahan dalam kuali,tak boleh campak begitu sahaja.Kena maintain sopan selalu!!,kalau tidak ...fragile


          ** Gambar tauhu sebelum di kukus dan sehari selepas di kukus.
        JEJARI TAUHU
        Sumber:sinaranmenu.blogspot.com .thanks
        Bahan-bahan
        • 4 keping tauhu pejal
        • 150 gm.daging cincang
        • 2 biji telur A
        • 2 sdb.tepung potato
        • 1/2 biji karot-parut halus
        • 2 pokok daun parsli-potong halus
        • 1/2 biji bawang besar-potong dadu
        • garam,gula dan lada sulah secukup rasa.
        • 1/2 biji cili merah-potong halus
        • minyak utk.menggoreng
        C
        Cara membuatnya
        • Panaskan pengukus terlebih dahulu.
        • Ramaskan tauhu sehingga hancur di dalam mangkuk kemudian campurkan dengan semua bahan-bahan lain.
        • Gaulkan semuanya hingga sebati dan secukup rasa.
        • Masukkan ke dalam bekas yang sesuai untuk mengukus.Buat potongan memanjang seperti jejari di atas adunan tauhu .
        • Bila air mendidih,masukkan adunan tauhu dan kukus selama 20-25 min.
        • Angkat dan sejukkan.Boleh di simpan sehari di dalam peti ais selepas dikukus untuk memudahkan kerja memotong tauhu ke saiz lebih kecil.
        • Jejari tauhu di golekkan di dalam tepung potato dan di goreng secara deep fry sehingga garing.
        • Sedap di makan bersama sos pilihan.
        **Saya menggantikan tepung potato dengan tepung goreng serbaguna yang dicampurkan dengan sedikit air.
        **Saya menggantikan daun parsli dengan  daun sup/bawang dan taugeh.

        Rabu, 22 Februari 2012

        PASTRI POKOK DUIT

        Salam bahagia buat semua..
        Kali pertama melihat resipi ni nampak macam mudah sahaja sehingga teruja untuk mencubanya.Lagipun Pastri Puff banyak lagi ada dalam simpanan.Rasanya sedap juga terutama bila di makan semasa masih panas.Begitu rangup sekali.Kalau petang-petang tu tak mahu makan yang berat-berat makan 'pokok duit' ni kenyang juga.

        PASTRI POKOK DUIT
        Sumber:Blog Tiffinbiru....tq!

        Bahan-bahan
        • 10 batang sosej
        • 10 keping puff pastri
        • kuning telur untuk di sapu
        • serbuk lada hitam kisar
        • sos pilihan untuk mencicah
         
        Langkah-langkah untuk membuat Pastri pokok duit

        Cara membuatnya
        • Puff pastri di biarkan lembut sedikit,tabur tepung atas meja kerja/papan canai,ambil sebatang sosej dan ukur dengan Puff pastri tadi.
        • Canai sedikit Puff pastri tadi sehingga sama panjang dengan sosej .
        • Letak sosej di tengah-tengah Puff pastri dan lipat dua,kemaskan hujungnya seperti dalam gambar di atas.
        • Kerat hingga putus sosej yang bersalut dengan Puff pastri tadi sebanyak lapan bahagian yang sama besar.
        • Kemudian tolakkan satu potongan ke kanan dan satu lagi ke kiri,buat kaedah sama untuk potongan yang lain sehingga mendapat bentuk seperti dalam gambar.
        • Buat sehingga semua siap dan susun di atas dulang pembakar yang telah digriskan.Sapu kuning telur di atasnya dan jika suka bolehlah di tabur sedikit serbuk lada hitam.
        • Bakar pada suhu 200'C selama 20-25 min.bergantung pada oven masing -masing.
        • Sejukkan sedikit sebelum di makan dengan sos pilihan

        Selasa, 21 Februari 2012

        KEK PISANG GORENG



        Salam bahagia buat semua...

        KEK PISANG GORENG
        Sumber:Khazaini Khalid

        Bahan-bahan
        • 250 gm.pisang emas/pisang lain
        • 4 biji telur
        • 3/4 cawan gula kastor
        • 2 cawan tepung gandum
        • 1 sdk.baking powder
        • 1 sdk soda bikarbonat
        • 1 cawan minyak suam-minyak goreng pisang/mentega cair
        • 1 sdk esen vanila
        • 2 sdb.cincangan coklat compound 
        Bahan hiasan 
        • ceri merah dan hijau secukupnya
        • sedikit nestum
        • sedikit coklat compound campur 1 sdb.susu segar-cairkan guna kaedah double boiler.(175gm.coklat/100ml krim atau susu)
        Cara membuatnya
        • Panaskan minyak dan goreng pisang sebiji-sebiji hingga warna perang gelap,angkat dan sejukkan sebentar.
        • Kisar bersama minyak masak/mentega cair
        • Panaskan oven terlebih dahulu.
        • Sementara itu,putar telur dan gula hingga kembang dan putih.
        • Kemudian ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat .Sedikit demi sedikit masukkan kedalam adunan telur sambil di gaul perlahan menggunakan kaedah kaup- balik.
        • Akhir sekali tuangkan adunan yang telah di kisar tadi.
        • Kacau guna kaedah kaup balik,masukkan cincangan coklat compound yang di gaul terlebih dahulu dengan sedikit tepung gandum,kacau sekali lalu sahaja dala adunan.
        • Tuang dalam acuan yang telah digriskan dan di lapik dengan baking sheet atau dalam cawan muffin dan bakar pada suhu 160'C selama 40 min atau sehingga masak bergantung pada jenis oven masing-masing.
        • Hiaskan dengan bahan hiasan-coklat ganache,sedikit nestum dan ceri.

        Isnin, 20 Februari 2012

        BUN SOSEJ BERKEJU


        Salam bahagia buat semua yang sudi membaca catatan resipiku ini....
        Hari ini saya ingin kongsikan resipi Bun Sosej Berkeju yang telah di buat pada minggu lepas tetapi terlewat entri dek kesibukan dengan tugas seharian yang tak habis-habis.




        BUN SOSEJ BERKEJU
        Sumber:Majalah Rasa

        Bahan-bahan
        • 300 gm.tepung high protein
        • 150 ml.air
        • 65 gm.gula 
        • 50 gm.marjerin
        • 15 gm.susu tepung
        • 1 paket mauripan
        • 1 biji telur
        • 6 batang sosej
        • 1 sdt.bread improver
        • 1/2 sdt.garam
        • keju parut/mayonis secukupnya












        ** Gambar menunjukkan roti sebelum di bakar.

        Cara membuatnya
        • Panaskan oven ke suhu 180'C-200'C.
        • Satukan kesemua bahan kering-tepung high protein,susu tepung,gula,garam,bread improver dan mauripan di dalam mangkuk adunan.Gaul rata menggunakan hujung jari.
        • Kemudian masukkan telur dan air sedikit demi sedikit hingga membentuk doh dan boleh di uli.
        • Setelah itu masukkan marjerin dan uli sehingga doh menjadi lembut(10- 15min).
        • Rehatkan doh sehingga mengembang sekali ganda dari saiz asal(1/2-1 jam).Tumbukkan doh untuk mengeluarkan udara yang terperangkap.Uli doh sebentar(1 min).
        • Seterusnya bentukkan doh-ambil sedikit doh , leperkan dan di letakkan satu batang sosej dan di gulung.
        • Boleh juga di buatkan bentuk lain mengikut kreativiti sendiri.
        • Buat sampai habis dan rehatkan kembali doh roti sehingga mengembang semula.Sapukan dengan telur kuning/susu pekat manis.
        • Aturkan di atas dulang,kemudian letakkan keju parut di atasnya.Boleh juga di paipkan mayonis di atasnya.
        • Bakar roti selama 15 min.sehingga masak bergantung pada oven masing-masing.
        • Bila masak simpan roti di dalam bekas bertutup atau di bawah tuala bersih supaya roti sentiasa lembut.
        ** Glis untuk roti
        • Telur kuning atau susu pekat manis yang di campurkan dengan sedikit air.Boleh juga di tambahkan sedikit esen vanila.
        • Saya telah menggunakan keju Mozarella parut dan almond slices untuk di taburkan di atas roti.
        **Untuk mengetahui roti yang kita bakar masak sempurna,apabila di jentik dengan hujung jari ia berbunyi kosong-Chef Wan.

        Ahad, 19 Februari 2012

        WUDUK

        Salam bahagia buat semua,dah lama saya tak menulis perkara lain.Hari ini saya ingin menulis pasal wuduk setelah membaca mengenainya semalam .Kita kongsikan di sini sebagai pedoman sehari-hari...juga untuk pengetahuan anak-anakku.

        GANJARAN WUDUK SERTA NIAT

        Rasulullah SAW bersabda"barangsiapa berwuduk dengan membaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari jemarinya"(hadis Riwayat Muslim)
        Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sahaja berguna di dunia malah di akhirat dengan keredhaan-Nya .
        • Ketika berkumur
        Berniatlah,Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".Penjelasannya,setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan,semoga kita tidak lagi  memperkatakan  sesuatu yang tidak membawa kebaikan.
        • Ketika membasuh muka.
        Berniatlah,"Ya Allah,putihkanlah wajahku di akhirat kelak.Janganlah kau hitamkan muka ku ini".Penjelasannya,ahli syurga,wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.
        • Ketika membasuh tangan kanan
        Berniatlah,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".Penjelasannya,ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.
        • Ketika membasuh tangan kiri
        Berniatlah,"Ya Allah ,janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".Penjelasannya,ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.
        • Ketika membasuh kepala
        Berniatlah,"berniatlah,Ya Allah ,lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu".Penjelasannya,panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.
        • Ketika membasuh telinga
        Berniatlah,Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini".Penjelasannya,setiap hari kita mendengar orang mengumpat ,memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.
        • Ketika membasuh kaki kanan
        Berniatlah,"Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim".Penjelasannya,ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
        • Ketika membasuh kaki kiri.
        Berniatlah,"Ya Allah, bawakanlah aku pergi ke masjid,surau dan bukan tempat maksiat".Penjelasannya,qada dan qadar kita di tangan Allah SWT.
        Sumber:Harian Metro 
        Gambar:Google

        Sabtu, 18 Februari 2012

        PUDING TEMBIKAI


        Salam bahagia buat semua....

        Selepas sepetang menghabiskan rutin yang agak sibuk juga di tempat kerja,tibalah masa untuk saya merehatkan minda.Tadi keadaannya aman sahaja.... sehinggalah kemasukan dua kes gun-shot.Apalah dia orang ni main tembak-tembak buat sakit je.Apakata tukar siaran main masak-masak macam saya ni,boleh juga di buat makan!.
        Cerita puding....
        Puding ini amat sedap sekali.Tambahan pula bila di makan semasa sejuk.Kerana nak cepat saya telah terambil warna pink.Dah terletak dalam agar-agar tak dapatlah saya nak selamatkan lagi!.Adunan warna merahnya perlu di tebalkan lagi supaya nampak isi tembikai berwarna merah.


        PUDING TEMBIKAI
        Sumber:Yatimemories.blogspot


        Bahan-bahan
        • 1 paket agar-agar serbuk
        • 2 keping roti sandwich
        • 6 cawan air
        • 1 1/2 cawan gula/ikut sesuai rasa
        • 1/2 tin susu pekat
        • 1 cawan susu cair
        • 2 sdb.mentega
        • 1 sdk.esen vanila
        • cincau-potong kecil
        • sedikit pewarna hijau dan merah
        • secubit garam

         Cara membuatnya
        • Masak agar-agar bersama gula dan air hingga gula hancur dan sebati dengan agar-agar.
        • Sementara itu carik-carikkan roti dan rendam dalam susu cair .
        • Masukkan ke dalam blender bersama dengan susu pekat manis dan kisar hingga halus.
        • Masukkan bahan yang telah di kisar ke dalam periuk .Kacau hingga mendidih dan pekat.Masukkan esen vanila dan mentega.
        • Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau-sebagai kulit tembikai.Biarkan keras sebentar.
        • Ambil sedikit sahaja warna asal,curahkan di atas warna hijau tadi dan biarkan keras sedikit.
        • Adunan selebihnya di warnakan merah,curahkan di atas lapisan warna asal tadi.Taburkan potongan cincau sebagai biji tembikai.
        • Sejukkan di dalam peti dan sejuk dan bolehlah di potong dan hidangkan.

        Rabu, 15 Februari 2012

        BISKUT KEPINGAN RASBERI

        Pertama sekali di ucapkan berbanyak terimakasih untuk gee-hut.blogspot.com kerana sudi menjadi kawan alam maya saya...
        Resipi biskut ini adalah hasil idea kreatif dari Puan Fauziah Hassan.Bentuknya lebih kurang sama dengan Biskut Frambozen Kenari yang saya pernah buat dahulu.Tetapi resipinya adalah berlainan.



        BISKUT KEPINGAN RASBERI
        Sumber:Puan Fauziah Hassan,Taman Sri Gombak







        Bahan-bahan
        • 125 gm.mentega
        • 3/4 cawan gula kastor
        • 2 biji kuning telur
        • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
        • 1/2 cawan tepung gandum
        • 3 sdb.jem rasberi
        • 1/2 cawan badam hiris
        Lapisan atas
        • 1/4 cawan gula kastor
        • 2 biji putih telur
        Cara membuatnya
        • Panaskan oven terlebih dahulu.Ayak kedua-dua tepung .
        • Pukul mentega dengan 3/4 cawan gula kastor hingga kembang.Masukkan telur kuning dan pukul lagi.
        • Masukkan tepung gandum dan tepung naik sendiri , adun hingga rata.Jika masih terlalu lembik tambah sedikit tepung.
        • Sediakan dulang pembakar yang telah di lengserkan,tekan adunan setebal 1/4 cm.Bakar hingga kekuningan dengan suhu 160'C.
        • Keluarkan dulang pembakar dan ketepikan.
        • Pukul putih telur bersama 1/4 cawan gula kastor hingga putih dan pekat(meringue).
        • Sapu jem rasberi di atas biskut,tuang putih telur dan ratakan ke seluruh permukaan biskut.
        • Tabur badam hiris,bakar lagi selama 10 min.atau sehingga putih telur(meringue) keras.
        • Sejukkan dan potong biskut menjadi kepingan.

        DAGING GORENG BATANG SADERI

        DAGING GORENG BATANG SADERI
        Sumber:dari dapur

        Bahan-bahan
        • 250 gm.daging
        • 1 labu bawang besar-hiris
        • 1 batang saderi-potong bulat
        • 1 biji cili merah-hiris
        • 1 biji cili hijau-hiris 
        • 2sdk.lada hitam-tumbuk kasar
        • 2 sdb.kicap manis
        • garam secukup rasa
        • 2 sdt.gula
        • 2 biji bawang merah
        • 1 biji bawang putih
        • 1/2 inc.halia
        • sedikit minyak
        Cara membuatnya
        • Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia.
        • Potong daging nipis dan perapkan seketika dengan gula ,lada hitam dan bahan yang telah di tumbuk.
        • Panaskan kuali dan masukkan daging perap tadi bersama dengan batang saderi.
        • Biarkan daging hingga hampir masak dan air sedikit kering barulah masukkan minyak.
        • Goreng daging sambil di gaul rata.Tambahkan kicap.Bila daging hampir masak masukkan bawang besar dan cili.
        • Tambahkan garam secukup rasa.Setelah di sesuaikan rasanya bolehlah di angkat dan hidangkan.

        Isnin, 13 Februari 2012

        MY LITTLE LESS ATTENDED GARDEN

        FLAMING GLORYBOWER-flowers always make people better,happier and more helpful.They are sunshine,food, medicine  for the soul!.

        MEXICAN ASTER
                                      BLEEDING HEART VINE
                                                 
        ORCHID-I am the most beautiful flower in the garden!..and for all times,I shall remain.
        TORENIA FOURNIER/BLUEWIGS-Foto bunga ini telah di keluarkan dalam Majalah Laman Edisi ke -36 Januari/Februari ,2012.