style="text-align: center"

Ahad, 28 Oktober 2012

PIZZA DAGING DAN CHICKEN PEPPERONI

 Salam bahagia buat semua...
Entri seterusya adalah Pizza daging dan Chicken pepperoni yang saya buat tiga hari lepas.Dan pada hari ini saya buat lagi pizza saiz L sebanyak dua biji.Semuanya di sapu licin oleh budak tiga orang tu.Sebelum ni selalu juga beli kat Pizza hut.Lama-lama my bodyguard minta saya buat sendiri.Tak tahan agakya si tukang beli tu!sebab asyik tak cukup sahaja..
Di Kota Bahru ni ada satu kedai yang menjual semua bahan-bahan untuk membuat pizza.Nama kedai tu adalah De' Casa yang terletak di Jalan Yaakubiah.Kalau nak buat pizza saya suka menggunakan roti pizza yang ready made.Malas nak buat sendiri sebab lambat nak siap.(sebenarnya tak berapa pandai!)


PIZZA DAGING DAN CHICKEN PEPPERONI
Sumber;daridapursuzana

Bahan-bahan(2 biji pizza saiz L)
  • 200 gm daging cincang
  • chicken pepperoni secukupnya
  • 2 biji bawang Holland-potong dadu
  • 5 ulas bawang putih-cincang halus
  • 1 bij capsicum hijau-dadu
  • 1 biji tomato-buang isi dan dadu
  • 1 tin kecil nenas kiub
  • keju Mozarella parut-secukupnya
  • 2 keping roti pizza saiz L
  • 4 sudu besar sos prego tradisional
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • garam/gula secukupnya
  • 1 sudu besar sos lada hitam
Cara membuatnya
Sediakan topping pizza
  • Panaskan kuali dan masukkan 1 sudu besar planta.Masukkan bawang besar dan bawang putih tadi dan tumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan sos prego dan sos lada hitam dan gaul sebati.
  • Masukkan daging cincang dan goreng sebentar sehingga daging masak.Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  • Biarkan sebentar sehingga semua bahan-bahan sebati dan masak.
  • Tambahkan tomato dan capsicum,gaul rata dan tutup api.Ketepikan.
  • Rebus chicken peppperoni sebentar di dalam air mendidih dan toskan.Nenas tin di tos airnya dan di potong nipis.Panaskan oven.
  • Sapukan permukaan roti pizza dengan sos prego.Letakkan daging cincang rata-rata dan aturkan chicken pepperoni serta nenas di seluruh permukaan pizza.
  • Akhir sekali taburkan keju mozarella parut.Kalau suka keju banyak,boleh taburkannya sebanyak mana yang kita inginkan.
  • Bakar di dalam oven dengan suhu 180'C sehingga roti pizza garing di bawahnya dan semua keju menjadi cair.
  • Sedia untuk di hidangkan.

Jumaat, 26 Oktober 2012

KERABU LOBAK HIJAU


Salam bahagia buat semua...
Sayur lobak hijau juga di kenali sebagai sawi boleh di masak dengan pelbagai cara.Kali ini saya buat kerabu pula dan ia sangat sedap di makan dengan ikan masin  atau ikan rebus yang di goreng bersama nasi putih dan sambal belacan.Resepi kerabu lobak ini selalu di buat oleh arwah ibu dahulu.Tinggal kat kampung  sayur murah sungguh.Beli dengan mak cik yang menanam sayur,baru Rm 2 dah dapat beberapa ikat lobak hijau yang segar dari kebun!untuk cepat di habiskan saya buat Kerabu lobak ini.Cubalah buat,rasanya sungguh sedap.

KERABU LOBAK HIJAU
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 2 ikat lobak hijau
  • 2 ekor ikan kembung/selayang-di rebus
  • 5 biji cili padi-2 di potong kecil
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu teh biji lada hitam
  • garam/gula secukup rasa
  • sedikit air perahan limau nipis
  • 1 kotak kecil santan
Cara membuatnya 
  • Bersihkan lobak dengan cara merendamnya ke dalam air sekejap dan bilas dengan di alirkan di bawah air paip.Potong pendek dan celur dalam air mendidih sekejap dan toskan.
  • Tumbuk bawang merah dengan 3 biji cili api dan sedikit gula serta biji lada hitam.Bila bawang hancur,masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
  • Masukkan lobak celur tadi ke dalam mangkuk dan masukkan bahan tumbuk serta  santan.
  • Gaul rata dan sebati.Sesuaikan rasa masin dan manisnya secukup rasa.Perahkan sedikit air limau nipis dan taburkan cili api yang di potong kecil  dan gaul rata .
  •  Bolehlah di hidangkan untuk makan tengahari.

Khamis, 25 Oktober 2012

KEK GULUNG KASIH

Salam bahagia buat semua yang mengunjungi dapur maya saya ini...
Hari ini saya entrikan satu lagi resepi kek yang selalu di buat di rumah ini tapi sentiasa saja tak sempat sampai tengahari ia sudah habis.Selalunya saya buat satu adunan sahaja cukup untuk sekali makan.Kek ini memang gebu dan ia tidaklah manis sangat.Saya meletakkan topping buttercream dan strawberi filling di tengahnya.Digulung semasa masih panas sedikit membuatkan buttercream sedikit mencair,tu yang nampak bersepah...hee..hee.
KEK GULUNG KASIH
Sumber:Dayang Jack-dapurku sayang.blogspot

Bahan-bahan
  • 70 gm tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 gm gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara membuatnya
  • Panaskan oven 170-180C. Sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  • Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  • Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau spatula plastik.
  • Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau. 
  • Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian,tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya. Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.(seperti gambar.
  • Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  • Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
  • Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
  • Gulung kek dengan kemas. 
  • Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 


Tip menggulung kek berdasarkan pengalaman DJ
tq untuk dayang,izinkan saya kongsikan di sini juga untuk rujukan pada masa depan. 
  • Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
  • Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
  • Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
  • Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kepada kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
  • Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking. 
  • Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
  • Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
  • Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
  • Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.

Selasa, 23 Oktober 2012

BUTTERCREAM

Salam bahagia buat semua..
Resepi aising buttercream yang selalu saya gunakan untuk topping pada kek.Ia tahan lama berada pada suhu bilik dan bentuk bunga yang kita buat tetap kekal walaupun pada suhu panas.Rasanya tidaklah begitu manis sangat.

BUTTERCREAM
Sumber:Azlita masam manis

Bahan-bahan
  • 80 gm mentega
  • 250 gm creamwell
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1/4 cawan golden syrup
Cara membuatnya
  • Potong mentega bentuk kiub.Satukan mentega bersama creamwell dan pukul sehingga kembang dan putih.
  • Ayak gula aising .Masukkan gula aising dan golden syrup ke dalam mentega yang telah di pukul kembang tadi.
  • Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula sahaja hingga bercampur sebati.
  • Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan.
  • Masukkan buttercream ke dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah di paipkan pada kek mengikut kreativiti sendiri.

Isnin, 22 Oktober 2012

KERABU TERUNG

Salam bahagia buat semua..

KERABU TERUNG
Sumber:My resepi(Sah)

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • 3 biji terung panjang ungu
  • 2 ulas bawang merah.
  • 5 tangkai cili padi.
  • 4 ekor ikan bilis.
  • 1 sudu besar kerisik.
  • kicap manis secukupnya.
  • sedikit garam    saya ganti dengan sos ikan

Cara membuatnya

  • Terung dicuci,bakar hingga lembut/masak.Tumbuk cili,bawang,gula dan ikan bilis.
  • Masukkan ke dalam mangkuk dan masukkkan kerisik , tuang kicap dan kacau sebati.
  • Terung yang dah masak tadi dibelah dua dan tuangkan bahan tumbuk beserta bahan lain ke atasnya.
  • Gaul sebati kerabu secukup rasa dan siap untuk di hidangkan.
*Saya telah memotong serong terung bakar dan di gaul bersama bahan tumbuk.

Jumaat, 19 Oktober 2012

PUDING KASTARD LAICI


























Salam bahagia buat semua...
Jom buat puding kastard laici yang sedap ini!
Resepi yang mudah dan cepat untuk di sediakan.Simpan dalam peti sejuk,balik kerja boleh makan!nyamannya dapat makan puding yang sejuk -sejuk ini.Boleh juga di gunakan buah koktel atau buah tin yang lain.

PUDING KASTARD LAICI
Sumber:Yatimemorries.blogspot

Bahan-bahan puding
  • 1 cawan tepung kastard
  • 4 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
Cara membuatnya
  • Satukan tepung kastard bersama gula,susu cair dan air.Gaul semuanya.
  • Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa dalam anggaran 20 minit.
  • Setelah agak pekat,matikan api dan tuang dalam bekas kecil-kecil atau loyang yang sesuai.
  • Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti sejuk.Setelah beku barulah di keluarkan dari acuan atau boleh juga di potong .                     
Bahan untuk kuah
  • 1 tin buah laici
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 1 cawan gula(sukatan boleh ikut citarasa sendiri)
  • air secukupnya
Cara membuatnya
Masak gula bersama air sekadar gula hancur.Setelah itu biarkan sejuk(saya tambah 1 sudu besar tepung kastard).
Setelah sejuk ,tuangkan susu dan laici.
Ambil puding tadi dan masukkan ke dalam mangkuk,tuangkan kuah susu yang bercampur buah laici
Sedap di makan sejuk.








Rabu, 17 Oktober 2012

MINI SAMOSA


Salam bahagia buat semua..(1 Zulhijjah 1433H)

Saya baru saja habis menonton siri Master Chef Malaysia musim kedua.Malam penyingkiran yang bertemakan pai berciri rasa Malaysia.Giliran Ilaika pula yang terkeluar.Melihat semua orang mengalir air mata,saya pun tumpang sekaki!.dah makcik ni jiwang sangat nak buat macam mana.Mungkin juga terbawa-bawa dengan peristiwa siang tadi membuat hati saya sedikit tersentuh.Mungkin orang ingat saya ni naif sangat tapi mereka sebenarnya silap!..he..he,ni entri masakan la makcik oii..bukannya entri mencurah perasaaaaannnn...
Jom tengok gambar dan resepinya sekali.Samosa adalah sejenis kuih savouri.

MINI SAMOSA
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 biji kentang besar
  • 250 gm daging cincang
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang putih-cincang halus
  • 3 tangkai daun ketumbar-hiris halus
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 biji lada merah-potong nipis
  • 1 sudu besar kicap manis
  • kulit popia secukupnya(saiz 4x4) 
  • 1 sudu besar tepung gandum dan sedikit air sebagai bahan pelekat
  • sedikit garam- jika perlu
Sediakan inti samosa            
  • Kentang di bersihkan dan potong dadu kecil.Masukkan ke dalam air mendidih dan rebus sebentar sahaja.Angkat dan toskan.
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar dadu serta bawang putih cincang sehingga naik baunya.
  • Masukkan cili kering kisar dan bila cili masak ,masukkan serbuk kari.Tambahkan sedikit air.
  • Tambahkan sos cili , masukkan daging cincang dan masak hingga daging empuk.Tambahkan kentang dadu dan gaul rata.
  • Bila semua bahan masak ,masukkan serbuk lada hitam dan kicap manis serta di gaul rata dan sebati.
  • Bila inti hampir kering dan rasanya sesuai dengan selera kita,bolehlah di angkat.Tambahkan daun ketumbar cincang. 
Sediakan kulit popia
  • Ambil kulit popia,potong dua dan sambungkan hujungnya dengan gam tepung gandum.
  • Letakkan sedikit inti di hujungnya dan lipat serong seperti di dalam gambar di atas.Gam hujungnya sekali lagi.
  • Buat sehingga habis.Boleh di simpan di dalam freezer dan keluarkan untuk di goreng bila perlu(time nak makan la tu!). 
  • Sedap di makan bersama sos atau di makan begitu sahaja.

Selasa, 16 Oktober 2012

UDANG GORENG MADU

Salam bahagia buat semua...


Udang Goreng Madu
Sumber:daridapursuzana 


Bahan-bahan
  • 250 gm udang
  • Sedikit  serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 biji cili merah-di hiris
  • 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu   besar  madu
  •  2-3 biji cili api -diketuk
  • 1 sudu besar sos cili 
  • 1 sudu besar  jus lemon/limau nipis
  • 1 sudu besar kicap manis 
Cara membuatnya
  • Bersihkan udang dan gaulkan bersama bawang merah kisar, bawang putih kisar,serbuk kunyit,sedikit garam,sos cili,jus lemon, kicap manis dan madu.Perapkan seketika.
  • Panaskan sedikit minyak dan masukkan udang yang telah di perap tadi dan gaulkan hingga sebati di atas api yang sederhana.
  • Masukkan bawang besar cili api ,cili merah dan goreng sebentar lagi.
  • Sesuaikan rasanya dan bolehlah di hidangkan. 

MANGKUK TAUHU


Salam bahagia buat semua ...
Hari ini yang penuh dengan rasa bahagia(ayat jiwang lara saya!),entri resepi Mangkuk tauhu yang telah di buat petang semalam,bosan duduk keseorangan di hujung minggu kerana semua orang balik kampung. 
Sedap di makan dengan sos cili dan jus oren segar.

MANGKUK TAUHU
Sumber:Puan Ros/sinaran menu.blogspot

Bahan-bahan
    ,
  • 2 paket tauhu kering 
  • 200 gm minced chicken   saya guna minced meat
  • 1 biji tauhu pejal(tukar dgn udang jika suka)
  • 1/2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 pokok daun bawang dipotong halus
  • beberapa biji cili padi (sebanyak yang disukai) dipotong halus
  • 5 sudu besar bread crumb 
  • 1 biji cili hijau dipotong halus
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu sos Lea and Perins  
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • 3 biji telur
Cara membuatnya
  • Buat potongan bentuk + dibahagian atas tauhu(no.1).Korek keluar sedikit bahagian dalam tauhu dan terbalikkan bahagian dalam tauhu menjadi bahagian luar untuk membentuknya seperti mangkuk bagi memudahkan kerja memasukkan inti(no.2)
  • Campurkan semua bahan didalam sebiji mangkuk.Pecahkan telur dan gaul rata.
  • Sudukan inti kedalam tauhu dan ratakan permukaannya.(no.3)
  • Panaskan 1 1/2 cawan minyak masak dan goreng tauhu dengan api sederhana.
  • Balik-balikan tauhu hingga semua bahagian garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  • Siap untuk dihidang bersama nasi atau makan begitu sahaja.Hidang bersama sos kegemaran anda . 
                                   

Note: 1- Boleh dicampurkan  hirisan daun kesum jika suka.
          2- Tauhu ini boleh digoreng atau dikukus mengikut pilihan masing-masing

Isnin, 15 Oktober 2012

TERUNG KICAP PEDAS

Salam bahagia buat semua...
Wordless...otak dok setting nak tidur!.taip resepi terus..

TERUNG KICAP PEDAS
Sumber:CMG

Bahan-bahan
  • 2 biji terung biru
  • 1 genggam ikan bilis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2-3 titik minyak bijan
Hiasan
  • hirisan daun bawang
  • cili merah-buang biji dan dadu kecil
Bahan tumbuk lumat
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • 6 bii cili padi
 Cara membuatnya
  • Terung di buang sedikit kulitnya,hiris serong dan rendam.Ikan bilis direndam 10 minit,toskan dan perah sedikit.
  • Toskan terung tadi dan lap kering dengan kitchen paper. Panaskan non-stick pan,tuang 1 sudu besar minyak zaitun/minyak masak,ratakan dan masukkan terung.
  • Goreng hingga terung lembut dan keperangan pada kedua-dua bahagian dengan api kecil.Angkat dan susun dalam bekas sesuai.
  • Ikan bilis di goreng sehingga garing.Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali,tumis bahan tumbuk hingga garing.Masukkan sos tiram dan kicap manis,kacau dan tuang sedikit air.
  • Masak hingga pekat,gunakan api kecil.Akhir sekali masukkan minyak bijan,kacau rata dan matikan api.
  • Tuangkan kesemuanya ke atas terung,ratakan dan tabur ikan bilis goreng,hirisan daun bawang dan cili merah yang di dadu tadi.
  • Hidangkan segera bersama lauk lain dan nasi putih atau bubur nasi.


ROTI PITA INTI DAGING


Salam bahagia buat semua,...
Hai semua...hari ini saya buat Roti pita berintikan daging cincang.Sepanjang minggu ini saya makan roti untuk menggantikan nasi.Naik penimbang tak turun-turun kilogramnya.Berat badan statik kat situ juga!.Roti pita yang saya gunakan adalah Roti pita keju yang ready made di beli kat pasaraya TESCO.Dalam satu pek ada 5 keping.Roti pita ini boleh di letakkan berbagai inti di dalamnya.Antaranya ialah inti tuna,daging/ayam burger,kepingan dada ayam yang disalut tepung dan kemudiannya di goreng rangup.Pilihan saya adalah daging cincang yang di masak sendiri.

ROTI PITA INTI DAGING
Sumber:daridapurSuzana 

Bahan Roti Pita
  • 5 keping roti Pita-potong dua
  • Marjerin-disapu pada luar roti

Bahan Inti:
  • 250 gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar-potong dadu
  • 2 biji tomato -dipotong dadu
  • 1 ulas bawang putih- dicincang halus
  • 1/2 batang lobak merah -dipotong dadu
  • 1 biji kentang-potong dadu
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar sos cili thai 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit sos ikan
  • sedikit kicap saus manis Heinz
  • daun salad secukupnya
  • mayonis dan sos cili secukupnya
Cara membuatnya
  • Sapu marjerin pada roti pita dan bakar sekejap atas kuali non-stick.Kemudian belah dua roti pita.Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak/marjerin, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering kisar dan goreng hingga cili masak.Tambahkan sos cili thai dan sos tiram.
  • Masukkan daging cincang ,kentang dan lobak merah. Kacau hingga daging masak.Tambah sedikit air.
  • Gaul rata dengan api sederhana hingga masak.Tambahkan pula serbuk lada hitam dan kicap saus manis secukup rasa.
  • Masukkan tomato yang dipotong dadu tadi.Akhir sekali tambahkan sos ikan secukup rasa.
  • Gaul rata hingga masak. Siap untuk dihidangkan bersama roti pita.
Cara menghidang
  • Ambil roti pita bakar yang di belah dua  tadi,kemudian alaskan dengan daun salad.
  • Masukkan inti daging dan paipkan mayonis dan sos cili keatasnya.Siap untuk di makan.

Ahad, 14 Oktober 2012

KEK OREN SUNQUICK

Salam bahagia buat semua...
Kek Oren Sunquick yang penuh dengan rasa orennya.Kali pertama membuatnya saya tidak meletakkan sebarang topping di atasnya.Sedap juga di makan tanpa di letak topping.
Pada kali kedua membuatnya saya meletakkan topping seperti di dalam resepinya.Kek ini adalah kek mentega yang mempunyai rasa jus pekat oren sunquick...dalam hati ada taman,jadi hiasannya berbunga-bunga!.Sukatan gula dikurangkan dalam adunannya kerana topping kek ini sudah manis.Saya membuatnya sempena hari lahir my bodyguard pada 7 Oktober yang lepas.Mr Azim yang minta saya tuliskan seperti itu,konon-kononnya kek tu dia yang hadiahkan.Waa..my bodyguard sudah masuk era 40-an macam saya!.Dia seperti saya juga,masih perasan muda.Sulah hampir tue..hee..hee..

KEK OREN SUNQUICK
Sumber : Happy Cooking Time

Bahan-bahan kek
  • 250 gm mentega-biarkan lembut pada suhu bilik
  • 4 biji telur saiz L
  • 210 gm gula      saya letak 150 gm.
  • 200 gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 60 mls jus pekat oren sunquick
  • 20 mls air panas-bancuh bersama jus oren
  • Sedikit esen vanilla
  • 1/2 sd teh garam halus*
  • 1 sd teh baking powder*
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat*
Cara membuatnya
  • Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 180' C
  • Pukul mentega bersama gula hingga gebu.
  • Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul sehingga kembang,lebih kurang selama 1 1/2 minit
  • Ayakkan semua bahan yang bertanda * ke dalamnya dan masukkan juga jus oren.Pukul perlahan sehingga sebati sahaja.
  • Tuangkan ke dalam loyang yang dialas dengan cooking sheet/digris dengan mentega.
  • Bakar pada suhu 170 C lebih kurang 45-55 minit atau sehingga masak,bergantung pada jenis oven.
  • Untuk test kek sudah masak atau belum,cucuk ditengah-tengah kek dengan lidi sate, jika lidi bersih maknanya kek dah masak.Jika belum, tutup atas kek dengan aluminium foil (tujuannya untuk mengelakkan bahagian atas kek hangus ) dan teruskan membakar lagi .
Bahan-bahan krim
  • 600 mls whipping  krim
  • 7 sd besar gula.....boleh dilebihkan/dikurangkan
  • 1/2 sd teh garam
  • 2 sd besar jus pekat oren sunquick 
*saya tidak meletakkan gula dan garam di dalam bahan krim .
Cara membuatnya
  • Satukan semua bahan di dalam satu bekas.
  • Putar sehingga kembang dan pekat
Bahan-bahan jeli oren
  • 100 mls air panas
  • 1 sd besar gelatin
  • 2 sd besar jus pekat oren sunquick
  • 2 sd besar jem oren...optional
  • 1 sd besar gula halus....boleh ditambah/dikurangkan
  • 30 mls air panas.. untuk bancuh dengan jus oren dan jem oren
Cara membuatnya
  • Masukkan gelatin ke dalam 100 mls air panas,kacau dan biarkan beberapa minit supaya ia larut.
  • Campurkan jus oren, jem oren, gula bersama lebih kurang 30 mls air panas dan kacau.
  • Masukkan campuran jus oren tadi ke dalam campuran gelatin dankacau sebati.
  • Biarkan ia menjadi sedikit pekat sebelum dicurahkan ke atas kek.
Bahan hiasan : Buah limau mandarin dalam tin   saya guna bunga hiasan ready made.


Rabu, 10 Oktober 2012

KERABU KACANG BOTOL

Salam bahagia buat semua..
Kerabu kacang botol sedap di makan bersama Ikan goreng dan nasi putih sebagai hidangan makanan tengahari.Ia biasanya boleh di buat dengan dua cara sama ada di celur terlebih dahulu atau di makan begitu sahaja.Saya menambahkan isi ikan rebus ke dalam kerabu ini supaya rasanya lebih sedap.Kalau membuat kerabu jumlah bahan-bahan yang di gunakan tidak semestinya mengikut sukatan tepat sebab ia di buat secukup rasa.Bahan-bahan yang di tulis di bawah adalah sebagai panduan sahaja.
KERABU KACANG BOTOL
Sumber:daridapursuzana

Bahan-bahan
  • 1 ikat kacang botol
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji lada merah besar
  • 1 ekor ikan -di rebus,ambil isinya
  • sedikit lada hitam
  • 1 biji limau nipis
  • sos ikan dan gula secukup rasa
  • 1 sudu besar kerisik
Cara membuatnya
Kacang botol di basuh dan toskan serta di potong kecil-kecil.Bawang merah(1 biji) di tumbuk bersama lada hitam dan sedikit gula.Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.
Lada merah besar di buang bijinya dan potong nipis.Sebiji bawang lagi di potong nipis.
Masukkan kacang botol ke dalam mangkuk dan tambahkan bahan tumbuk tadi,kerisik ,lada merah,bawang merah,perahan air limau nipis dan sos ikan.
Gaulkan kesemuanya biar sebati dan sesuaikan rasanya . 

Isnin, 8 Oktober 2012

MAGGI GORENG

























As-Salam buat semua....
Selamat bertemu lagi di ruangan ini.Banyak sungguh resepi yang tertangguh tak sempat saya nak up-datekan di sini.Salah satunya resepi Maggie goreng ini.Saya menggunakan mee kering yang di beli di TESCO.Ia adalah mee kering tanpa perasa.Di dalam paketnya ada 10 keping mee kering.Perlu di celur sebentar sebelum di gunakan.Sorry ya! ,gambar nampak blur  sedikit sebab di ambil menggunakan kamera telefon saya yang hampir kehabisan baterinya..


MAGGI GORENG
Olahan:daridapursuzana

Bahan-bahan(1 orang makan)
  • 1 keping mee kering
  • sedikit taugeh
  • 5 ekor udang
  • 1 ekor sotong
  • beberapa hirisan isi dada ayam
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 1 sudu besar bawang merah kisar
  • 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar sos cili thai 
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit kicap saus manis
  • sedikit sos ikan jika perlu
   Cara membuatnya
  • Didihkan air dan celur mee kering sekejap dan toskan.Jangan celur lama nanti mee akan menjadi lembik.
  • Buang kulit udang dan belah belakangnya,sotong pula di hiris kecil.Isi dada ayam di potong kecil.
  • Sayur lobak/sawi di potong pendek
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah,bawang putih sehingga naik baunya.Masukkan pula cili kering kisar dan goreng lagi hingga cili masak.
  • Masukkan sos cili thai dan sos tiram .
  • Tambahkan pula isi dada ayam,sotong dan udang tadi.Gaul sebati.Bila nampak lauk hampir masak,masukkan mee celur tadi..
  • Gaul rata kesemuanya,jika agak kering bolehlah di tambah sedikit air.Masukkan kicap saus manis dan gaul lagi hingga rata.
  • Tambahkan sayur lobak dan sesuaikan rasanya(jika perlu tambahkan sedikit sos ikan).
  • Bolehlah di hidangkan panas-panas.


Ahad, 7 Oktober 2012

AIR SOYA


Salam bahagia buat semua..
Membuat air soya sendiri tidaklah rumit seperti yang saya sangkakan selama ini.Lepas ni tak nak beli lagi air soya,saya mesti nak buat sendiri,lebih terjamin 'keselamatannya'.
Rupanya lebih kurang sama dengan yang di beli malahan lebih sedap dan puas di minum kerana di buat sendiri.Saya rasa teruja untuk membuatnya kerana ia di minum oleh semua ahli keluarga ini termasuk anak-anak saya.Di blog ada berbagai cara di gunakan,tapi tak kisahlah sebab endingnya sama iaitu air soya.Hampas kacang soya yang di panggil Okara boleh di gunakan untuk membuat cookies.
AIR SOYA
Sumber:my resepi(Yani)

Bahan-bahan
  • 200 gm kacang soya
  • 6 cawan air
  • 2 helai daun pandan   saya tambah
  • secubit garam            saya tambah
*Saya gandakan sukatan ini 
 Cara membuatnya
  • Basuh dan toskan kacang soya.Kemudian rendam dengan 6 cawan air selama setengah hari.Kalau air dah kurang boleh tambah.
  • Selepas rendam,kisar kacang soya tadi.Kemudian masukkan ke dalam periuk dengan 4 cawan air dan 2 helai daun pandan
  • Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  • Bila mendidih,itu tandanya air soya telah masak.Bolehlah di angkat.Hati-hati kerana ia biasanya membuak naik.Tambahkan sedikit garam.
  • Biarkan sejuk sekejap.Tapiskan dan perah air soya tadi dengan kain bersih seperti memerah santan .Lebih elok di gunakan penapis teh yang di buat dari kain.
  • Dapatlah air soya dan okara.Okara ini boleh di guna untuk pelbagai masakan.
  • Jika suka manis ,bolehlah di tambah gula secukup rasa.Sejukkan dan bolehlah di hidang ikut kesukaan masing-masing,sama ada bersama ais atau begitu saja.

Rabu, 3 Oktober 2012

PUDING YORKSHIRE
























Salam bahagia buat semua...
Saya mencuba resepi Puding Yorkshire ini setelah melihat resepinya di blog Puan Ros.Dulu-dulu semasa di sekolah menengah resepi Puding Yorkshire ini ada dalam buku resepi masakan pada masa itu,tetapi saya tak pernah cuba untuk membuatnya.Kejadian puding ini tidak seperti yang ada dalam blog Puan Ros.Bahagian atas sepatutnya tenggelam sedikit tapi yang saya buat ni timbul pulak permukaanya.Macam tu la kalau budak baru belajar!(eh..eh budak ke?).
Yorkshire Pudding and Roasted beef adalah makanan kebangsaan orang-orang England.Bentuknya yang kelihatan seperti mangkuk kecil yang comel membolehkan kita meletak inti didalamnya.Kita makan dengan pelbagai inti yang direka sendiri.Saya hanya menggunakan krim putar dan buah strawberi sahaja sebab pada masa tu tiada inti yang sesuai(versi manis).Boleh juga di masak daging hancur,tuna mix mayonis dicampur pula hirisan dadu timun tanpa biji dan bawang besar.Juga boleh digoreng telur hancur campur kobis dan bawang besar yang dihiris halus.Terpulang pada citarasa masing-masing.                                       
PUDING YORKSHIRE
Sumber:Sinaran Menu.blogspot

Bahan-bahan
  • 170 gm. tepung gandum
  • 180 ml susu segar
  • 120 ml air biasa
  • 2 biji telur
  • secubit garam
  • minyak masak secukupnya
Cara membuatnya

  • Pukul telur sekejap,masukkan susu dan air dan pukul lagi dalam 2-3 minit.
  • Campurkan tepung gandum dan garam di dalam mangkuk dan buat lubang di tengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Kacau hingga adunan sebati dan tapis ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Panaskan oven dengan kepanasan 220'C.Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak ke dalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
  • Masukkan acuan muffin ke dalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
  • Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan puding hingga penuh.Masukkan semula ke dalam oven dan masak dalam 10 -15 minit dan puding kelihatan keperangan. 
  • Angkat dan sejukkan.Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.

*Nota
Puding akan mengelembung semasa proses memasak dan akan turun semula selepas dikeluarkan dari oven.Sekiranya ada sedikit minyak dalam lekukan puding tadi setelah masak sapukan saja minyak tu dengan kitchen towel.